seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Sunday, June 26, 2011

Fisiologi Neonate



Terminologi
Fetus                :  neonate yang masih dalam rahim (in utero)
Neonate          :  umur 0 hari hingga 1 bulan kehidupan
Bayi                 :  di atas sebulan dan di bawah setahun


Meconium staining of the liquor
Meconium (fetal stool) pada kebiasaanya akan nampak pada semua kelahiran tapi berbeza dari segi peratusannya. Untuk bayi yang lahir cukup bulan (Term baby; 38w-40w), terdapat sekitar 15% kejadian adanya meconium di dalam saluran pernafasan. Manakala peratusannya akan makin meningkat sesuai dengan umur kehamilan iaitu pada lebih bulan (post date; 42w ke atas).
Secara teorinya, mekanisme ini dirangsang oleh saraf vagus (parasympathetic) di dalam uterus (rahim) yang menyebabkan usus ‘fetus’ ini berkontraksi (contraction) dan menyebabkan ‘anal sphincter’ (otot sirkular pada anus) menjadi relax dan terbuka. Kejadian ini biasanya dipacu oleh kerana respon terhadap ‘fetal hypoxia’ (fetus kekurangan oksigen). Kejadian meconium ini akan semakin meningkat sekiranya ada faktor penyebab kepada ‘fetal incompromise’. Biasanya, sebelum proses kelahiran akan ada satu alat yang dikenali sebagai CTG (Cardiotocograph) untuk ‘ observe’ keadaan bayi di dalam uterus. CTG yang normal adalah merupakan gambaran yang baik, iaitu fetus berada di dalam keadaan tidak stress (dengan kata lain tiada faktor luaran dan dalaman yang datang ‘mengusik’). Tapi sekiranya CTGnya abnormal, ini memberikan gambaran bahwa fetus di dalam uterus berada dalam keadaan stress.  Faktor ini dapat dipicu oleh mekanisme jalan lahir (samaada kelahiran normal ; spontaneous vaginal delivery(SVD) , ‘ induction’ dengan obat, menggunakan alat bantu atau secara caeserean). Setiap daripada teknik memberikan stress yang berlainan, dan jawapan yang terbaik adalah semakin singkat tempoh kelahiran semakin pendek bayi berada dalam keadaan stress.

Meconium stained-liquor’ adalah petanda kepada ‘Meconium Aspiration Syndrome’. Lazimnya meconium ini ditemukan pada salur pernafasan (trachea) . Semakin jauh ke dalam meconium ditemukan di dalam saluran pernafasan, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan jangkitan kuman pada paru-paru (Neonatal pneumonitis). Kepekatan meconium ini juga amat berpengaruh kepada MAS, semakin kental dan pekat akan meningkatkan prevelensi MAS kerana saluran pernafasan makin mengecil (narrowing).
Sebagai penatalaksanaanya, setelah selesai proses kelahiran, ‘Neonate’ akan segera di resusitasi dengan menggunakan tube khas untuk menyedut meconium ini keluar. Semakin panjang tempoh neonate ini berada dalam keadaan MAS, berarti ancaman masih tinggi kerana apabila otak tidak mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi dalam waktu yang tertentu, ini akan mendorong kepada toksik otak hingga menyebabkan kematian otak sehingga menjejaskan perkembangan dalam pembesaran bayi kelak bahkan boleh menyumbang kepada kematian.

Respiratory Distress Syndrome (RDS)
Juga dikenali sebagai ‘ Hyaline Membrane Disease’ dimana terdapat kekurangan dari segi jumlah surfactant (bentukan daripada fosfolipid & protein yang berperanan mengurangkan tekanan permukaan). Dan di dalam RDS, jumalah surfactant ini kurang sehingga menyebabkan alveolar collapse dan tidak terdapat cukup pertukaran gas (inadequate gas exchange) dan manisfestasi yang umum kelihatan adalah kesukaran bernafas (breathlessness).
Antara faktor penyumbang kepada peningkatan prevelensi RDS adalah umur kehamilan yang di bawah matang (term) yaitu di bawah 36 minggu (preterm). Semakin muda usia kehamilan, semakin tinggi risiko RDS.
Secara mudahnya, surfactant ini berperanan untuk mengekalkan tekanan di dalam alveolar agar tetap sama dengan tekanan udara di luar hingga wujudnya pertukaran gas yang diperlukan bayi.


Selain ‘pretem baby’, masih ada beberapa lagi faktor risiko kepada RDS
          Mempunyai kelahiran anak dengan RDS (past obstetric history)
          Gestational Diabetes Maternal (Diabetes sewaktu hamil)
          Kelahiran dengan Caserean
          Kelahiran dengan komplikasi
•          Kelahiran Kembar




No comments:

Post a Comment