seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Saturday, July 30, 2011

Hari Kesihatan Komuniti



Alhamdulilah, amanah telah diberikan oleh pihak Jabatan Psikiatri Hospital Raja Permasiuri Bainun (HRPB), Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri HRPB serta Pejabat Ahli Parlimen Tambun untuk mengemudikan satu program kesihatan yang berlandaskan kepada pendidikan kesihatan psikiarti untuk masyarakat umum.

Program yang dinamakan Hari Kesihatan Komuniti Psikiatri (HKKP) adalah merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan daripada masyarakat untuk masyarakat dengan kerjasama dan bimbingan pihak-pihak terkait. Idea ini untuk mengadakan HKKP tercetus apabila belakangan ini statistik menunjukkan ianya dalam trend menaik. Suatu perkara yang amat membimbangkan.

Psikiatri, atau lebih dikenali sebagai kesihatan mental selalu difikirkan sebagai perkara tabuh yang tidak harus diperbincangkan umum dan seringkali mengundang pelbagai persepsi buruk dikalangan masyarakat. Walhal, jika diperhatikan secara mendalaman, skop kesihatan mental akhir-akhir ini telah meluas. Sebelum ini, orang gila yang begitu identik dengan sakit mental, tapi seiring waktu, depresi dan kecanduan ubat-ubatan terlarang juga telah diklarifikasikan sebagai bahagian dari kesihatan mental.

Antara sebab lainnya adalah, ingin mewujudkan keprihatinan dan kepedulian dikalangan masyarakat akan hal ini. Sebelumnya, ia mungkin difikirkan adalah merupakan tanggungjawab pihak hospital semata-mata, tapi peranan masyarakat juga penting dalam melahirkan komuniti yang bertanggungjawab dan berpengetahuan. Ini karena, pesakit mental bukan hanya dapat diobati dengan ubat-ubatan sahaja, tapi juga memerlukan dorongan moral dari masyarakat sekeliling. Begitu juga yang keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang sakit mental, mereka memerlukan sokongan yang jitu dari komuniti setempat dan bukannya penghinaan dan cacian.

Disamping itu, ingin mendekatkan agensi-agensi kerajaan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang disahkan mempunyai masalah kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan dan hak-hak yang sewajarnya dari pihak JKM dan Majlis Agama Islam Perak.

Program sehari ini, telah diadakan pada 24 Julai 2011 bertempat di perkarangan Masjid Arrahman, Sungai Tapah telah diresmikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Ke2 merangkap ahli parlimen Tambun. Program ini diiisi dengan ceramah pendidikan kesihatan psikiatri, pameran kesihatan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Perak, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan pelbagai aktiviti sampingan untuk memeriahkan majlis tersebut.


Alhamdulilah, program tersebut telah berjaya minat ramai masyarakat setempat kerana konsep yang diterapkan dari awal adalah dari masyarakat untuk masyarakat. "Bersama Kita Prihatin" Disamping lawatan rumah ke rumah ke atas keluarga yang ada masalah kesihatan mental yang telah dimulakan sebulan lebih awal sebelum program dijalankan,

No comments:

Post a Comment