seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Saturday, September 29, 2012

Konduktor Bas

Apa itu cita-cita? Waktu kecil kita selalu ditanya guru kita apa cita-cita kita bila da besar nanti. Jawapan yang diberikan pun akan bervariasi dan adakalanya lucu, almaklom bebudak. Ini tak terkecuali aku secara peribadi.

Cita-cita adalah merupakan apa yang diharapkan kelak, iaitu dalam tempoh waktu yang tertentu kita mengharapkan ianya menjadi realiti. Yang pastinya, ianya haruslah disertakan dengan kerja keras dan usahan yang konsisten.

Berbalik kisah tatkala kita kanak-kanak. Antara cita-cita yang selalu jadi 'top 10' adalah doktor, jurutera, cikgu, bomba, polis, askar, nurse dan pelbagai prospek kerjaya lain yang akrab dengan lingkungan kita. Ada yang tertarik dengan seragam yang rapi dan bersih selalu seperti jururawat, dan ada juga yang tertarik dengan kedisplinan polis dan tentera dalam berbaris dan begitu juga kerjaya cikgu kerana nak mengajar.

Waktu aku kecik-kecik dulu, antara percaya tak percaya , cita-cita pada ketika itu adalah konduktor bas. Nampak macam tak betul je, tapi tuh la cita-cita aku.hahaha

Sebenarnya, cita-cita ini muncul tatkala aku suka sangat duit yang berkepuk kat tangan konduktor bas tuh.Macam gambar kat atas lah.  Dahla banyak, gaya dia lipat duit pon ada 'style'. Kanak-kanak macam aku memang la teruja. Bukan nak kata aku mata duitan, tapi sikit tu adela. Tu sebab sekarang 'part time ' aku jadi tokey emas. Kalau tak percaya, boleh refer kat blog ni :) Emas Saudara

Sebetulnya, aku teringat je kisah ni waktu kecik-kecik dulu coz baru-baru ini aku ada menaiki bas dari Kuala Terengganu-Dungun. Bas lompat-lompat tuhla, or sesetengah panggil bas henti-henti or banyak lagila namanya. Tapi betul orang-orang kata, memori waktu kanak-kanak adalah yang terindah. :)

No comments:

Post a Comment