Langit pada petang ini tidak menunjukkan sebarang perubahan yang berarti melainkan pergerakan burung2 yang tak berkeruan yang mulai menjauhi pantai. Tidak terdetik sebarang pemikiran yang bukan2 di benak hati. Tapi sang mentari mulai turun secara perlahan2 dr singahsananya ke ufuk barat. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5petang, berarti waktu solat asar sudah masuk kira2 30menit yang lalu. Tanpa menunggu asar begitu jauh meninggakanku,aku bergegas untuk mengambil wudu’ bagi menunaikan tanggungjawab sbg muslim pada petang itu. Setelah siap berwudu’, terasa hati ini ingin mengatakan sesuatu tapi belom dapat didefinisikan oleh akal yang seakan menyuruh aku solat di depan pintu utama. Tidak menjadi kebiasaan untuk aku solat di ruang tamu terutama di depan pintu utama sambil pintu terbuka luas mengadap luasnya sawah yang indah terbentang. Tapi dek dikarenakan tidak mahu melambatkan waktu, ku bentangkan sejadah tepat di muka pintu dan mulai mengangkat takbir. Alhamdulilah, rakaat pertama ku selesaikan dengan baiknya (InsyAllah) dan diikuti dengan rakaat kedua. Takala aku ingin melaksanakan ruku’ yang pada rakaat yang kedua, terasa gegaran yang teramat kuat pada 5.16ptg (1716) yang memaksakanku meloncat keluar secara spontan.
Di luar rumah, mulai kedengaran hiruk pikuk tetangga yang menjerit dan menangis serta ada juga yang melembutkan keadaan dengan bertakbir,bertahmid dan berselawat. Gegaran makin kuat terasa, motor yang kuparkirkan di depan rumah mulai jatuh kesamping kiri. Begitu juga motor2 tetanggaku yang turut berjatuhan. Wargh, aku tak membiarkan aku larut dalam keadaan dahulu kerana aku menghadapi masalah sekarang iaitu kaca mata ku tertinggal di ruang tamu di samping sejadah. Tanpa kaca mataku, aku tak mampu perbuat banyak ibarat si buta yang kehilangan tongkatnya. Tanpa mempedulikan gegaran yang masih terasa, ku meluru masuk kedalam rumah untuk mendapatkan kaca mata ku yang tertinggal dan secepat kilat aku keluar bagi megelakkan perkara yang tak diingini. Begitu aku keluar kembali di halaman rumah, dari kejauhan aku mulai melihat asap hitam mulai naik di mana2 di seluruh pelosok kota Padang. Teriakan dan tangisan makin nyaring kedengaran dimana2. Hampir 30 menit aku berada dihalaman rumah bersama tetanggaku yang lain membiarkan gegaran itu benar2 berhenti. Setelah merasakan ianya benar2 aman, ku beranikan sekali lagi melangkah masuk kedalam rumah dengan begitu hati2. Dengan lafaz Bismillah, kukuatkan hati melangkah masuk. SubhanAllah, tiada mampu kukatakan melainkan air mata yang bergelinang dr kelopak mataku tanpa ku sedari. Rumahku berantakan, dengan akuarium yang pecah membasahi lantai, begitu juga dengan perlengkapan rumah lainnya seperti TV, buku2 yang sebelumnya tersusun rapi dirak yang berjatuhan tanpa ada yang mampu kecegah. Rumahku sekarang tidak seindah dulu, sekarang benar2 berantakan ditambah lagi dengan bekalan api yang terputus.
Tiba2 langit mulai membasahi bumi ibarat turut meratapi kesedihan kami pada petang itu. Tidak membiarkanku larut, aku kembali teringat solat asar aku pada petang itu masih belom tuntas. Maka bersegeralah aku berwudu’ seadanya dengan menadahkan tangan kelangit, kubasahkan tubuhku dengan air hujan. Setelah selesai tanggungjawabku padaNya, ku memanjatkan doa seraya memohon keampunan padaNya dan meminta perlindungan dari segala merbahaya.
Kemudian ku bergegas mendapatkan motorku yang telah kubalikkan pada posisi awal sebelum jatuh. Berulang kali kucuba hidupkan ‘starter’nya, terasa kali ini adalah waktu yang paling lama utuk aku hidupkannya yang mana tidak seperti sebelumnya. Ku periksa secara menyeluruh, dan tidak ku dapati apa2 kebocoran terutama petrol. Setelah berusaha sekitar 15menit, Alhamdulilah motorku kini kembali mendapatkan ‘hidup’nya. Hari mulai gelap, keadaan dalam rumah makin sukar untuk dilihat. Aku mengambil keputusan untuk kembali mendapatkan teman2 Malaysia lainnya megingat mereka semua adalah adik2 kelas dibawah ku. Pasti mereka pada kebingungan ibarat anak ayam kehilangan induknya.
Setelah kukunci pintu rumah yang masih mampu dikunci, aku meluncur keluar dari halaman rumah menuju ke rumah teman2 yg lain bersama tertanggaku. Bersebelahan rumahku, terdapat dua pelajar Malaysia yang sama2 menuntut di university yg sama. Sebelum kami bergerak keluar, ku arahkan masing2 diantara kami untuk memantau keadaan teman2 yang lain mengingat hanya segelintir kami yang memiliki motorsikal dan ini satu kelebihan di saat genting ini. Teman ku yg pertama meluncur perlahan di balik tembok2 pagar yg roboh bersebelahan rumah menuju rumah teman2 yg lain.
Manakala aku bersama temanku yg satu lagi bergerak secara berasingan ke rumah Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara. Kerana, menurut hieraki komando plan kecemasan yg sebelumnya telah disiapkan, hanya dua orang yang dapat membuat keputusan tertumama di waktu2 kecemasan seperti ini. Salah satu diantaranya adalah Pengerusi KULN bersama YDP PKPMI Padang. Ini amat penting bagi mengelakkan dan mempermudahkan urusan kelak. Setelah rumahnya kudatangi, kami berbincang ringkas tetang tindakan selanjutnya. Ku sarankan padanya untuk kumpulkan semua pelajar2 Malaysia di satu tempat yg aman dan pada waktu yg sama agar dapat hubungi YDP PKPMI. Saranku diterima, maklum aku masih seorang yang masih berpengaruh walaupun sudah tidak menjabat sebarang jawatan lagi baik diperingkat cawangan mahupun pusat. Kami bersama2 bergegas mendapatkan teman2 yg lain, pada awalnya kami melihat pergerakan besar pelajar2 Malaysia ke arah Hospital MDjamil Padang bersama warga setempat. Tapi kami telah arahkan pada mereka untuk berpatah kembali ke arah halaman Kampus Fakulti Kedokteran mengingat kawasan tersebut jauh dari kerumunan orang ramai. Halaman Hospital MDjamil juga tidak mendukung pada waktu itu memandangkan terdapat sebahagian besar bangunan utamanya roboh menyembah bumi.
Hari mulai kian gelap, Kota Padang pada malam itu benar2 kacau bilau. Kegelapan malam menyelubungi setiap pelosok kota Padang. Semua hubungan dengan dunia luar benar2 terputus. Di jalan raya kelihatan orang berpusu-pusu meyelamatkan diri ke kawasan yg lebih tinggi. Kejadian ini wajar, memandangkan gempa kali ini datangnya dari bawah laut sehingga ada kemungkinan gelombang air naik (tsunami). Inilah yg menjadi pemicu kenapa orang ramai mulai menjauhi daerah laut. Kemudian, setelah semua pelajar2 Malaysia dikumpulkan di halaman kampus, mereka diarahkan menuju ke kawasan tinggi yang mana sebelumnya telah ditetapkan dalam plan kecemasan iaitu di Gunung Pangilun. Mereka mulai bergerak secara perlahan dan teratur dalam satu barisan. Perjalanan yang hanya mengandalan kudrat kaki betul2 menguras tenaga, kerana perjalanan yg dtempuh lumayan jauh iaitu sekitar 3km. Tapi, aku hanya mampu memantau dari atas kuda besiku bukan berniat untuk tidak menawarkan tapi kerana ketidakmampuan kerana aku harus mengawasi mereka yg berjumlah 330 orang. Bagi pengendara motor, tugas kami hanya memberikan tumpangan pada mereka yg benar2 memerlukan seperti kelelahan atau sakit disamping harus membatasi pergerakan motor bagi menghemat penggunaan petrol.
Setelah beberapa jam, kesemua mereka berjaya dikumpulkan di kawasan lapang bersebelahan salah satu rumah pelajar Malaysia. Mereka kemudiannya didata berdasarkan angkatan kemasukan. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pengiraan. Malam kian larut, ditambah cuaca malam yg lumayan sejuk turut mengetarkan semangat kami. Pimpinan berdua kemudia mengarahkan agar pelajar2 perempuan untuk masuk kedalam rumah setelah didapati ianya selamat untuk didiami. Bayangkan, terdapat hampir 200 org pelajar perempuan memadati rumah dua tingkat tersebut. Tapi, ramai diantara mereka tidak kebagian tempat didalam memilih untuk berada diluar bersama pelajar2 lelaki yg masih setia berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi. Pada malam itu, hanya hamparan ‘terpal’ atau canvas yg menjadi alas kami semua. Suara2 kebimbangan menyelubungi setiap diantara mereka tapi cuba ditenteramkan oleh AJK Kerohanian. Manakala pimpinan tinggi kedua organisasi berhempas pulas memikirkan cara selanjutnya nanti. Untungnya, masih ada satu talian telefon yg belom ‘break down’ iaitu XL, kemudahan komunikasi yg terbatas dimanfaatkan dgn sebaik mungkin oleh pimpinan ini untuk menghubungi pihak Kedutaan di Jakarta dan melaporkan perkembangan terkini.
Aku mulai meninggalkan kelompok pimpinan ini dan mulai bergabung bersama yg lain dalam kegelapan dan kesejukan malam. Dari kejauhan, ku dapat lihat kegusaran di hati pimpinan2 kami yg harus membuat keputusan berat utk kami semua. Tp ku yakini, mereka pasti dpt melakukannya dgn bimbingan dr pihak kedutaan di Jakarta dan pihak Konsulat di Medan. Kemudian, Pengerusi KULN berniat untuk bergerak kembali kerumahnya setelah beliau selesai bermusyawarah. Keputusan ini diambil bukan kerana tidak mempedulikan yg lain, tp kerana sdra pengerusi KULN telah mpunyai isteri dan anak kecil yg berusia 2thn stgh yg betul2 memerlukan tmpt yg layak. Perdebatan panjang pada awalnya terjadi, mengingat keadaan rumah beliau masih blom dpastikan. Kemudian, keptusan untuk kembali krumah dibatalkan dan beliau bersama kami hingga ke pagi. Dlm heningnya malam, ku mencari sumber air untuk kujadikan air wudu’ tp ternyata amat sukar. Dengan bersederhana, aku bertayamum dan menunaikan solat wajib seraya memohon selamat untuk kami semua. Dan malam yg panjang itu kami lalui dengan penuh siap siaga kerana gegaran2 kecil mahupun kuat msih terasa. Tanpa ku sedari, akhirnya aku terlelap kelelahan.
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment