seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Friday, July 27, 2012

Iftar bersama masyarakat Orang Asli

Alhamdulilah, pada 26 Julai 2012 bersamaan 6 ramadhan 1423, telah berkesempatan untuk berbuka bersama masyarakat Orang Asli KOA Tonggang. Majlis turut diserikan dengan penglibatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta beberapa peserta tabligh.

Seperti lazimnya ditempat lain, waktu yang tersisa sementara menunggu berbuka diisi dengan sedikit zikrullah dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Halim Abdul Latiff dan diaminkan oleh Ustaz Megat. 

Dalam ziarah dan majlis iftar ini, majlis turut diserikan dengan kehadiran bekas Pengarah Tabung Haji Kelantan, Dato' Kamal yang aktif dalam ABIM dan Ketua Penolong Pesuruhjaya (KPP) JAIPk unit dakwah dan saudara baru.

Selanjutnya, majlis diisi dengan menunaikan solat sunat terawih dan menghidupkan malam oleh kumpulan tabligh tadi.



1 comment:

  1. salam ismail bgno tel dan link fb.. terima kasih

    azhar yayasan Al-Khalifah

    0176708076

    ReplyDelete