seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Sunday, July 29, 2012

Pertubuhan Kebajikan Warga Emas, Bagan Serai

Malaysian Relief Agency (MRA) chapter Perak dengan kerjasama RM3 telah mengadakan program kesihatan sempena Majlis Sambutan Ramadhan di Pertubuhan Kebajikan Warga Emas , Bagan Serai pada 14 Julai 2012. Di samping perkhidmatan pemeriksaan secara percuma, turut disertakan sekali adalah physiotherapist daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Almaklom, bersesuaian dengan namanya, kesemua penghuninya adalah warga emas :)

Antara yang menarik di sini adalah konsep yang diterapkan di Pertubuhan Kebajikan Warga Emas iaitu pendidikan agama alias konsep pondok yangmana pondok-pondok kecil ditempatkan di sekitar surau yang menjadi pusatnya. Rata-rata penghuni di sini harus memohon terlebih dahulu sebelum diterima masuk dan ada bayaran yang akan dikenakan, yang pastinya ia adlah munasabah. Penghuni di sini diwajibkan untuk mematuhi segala peraturan yang diterapkan di Pertubuhan Kebajikan ini khasnya dari segi kelas keagamaan dan kehadiran solat berjemaah. Menarik bukan? Tapi dikecualikan kepada penghuni yang uzur.

Btw, kehadiran kami bukan semata-mata atas kepentingan perubatan melainkan turut diserikan dengan penyerahan barang-barang sumbangan kepada semua penghuni yang ada. Barang sumbangan yang berupa keperluan dapur adalah sumbangan daripada MRA. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

Ops sebelum terlupa, dikarenakan pertubuhan ini adalah merupakan badan bukan kerajaan (NGO), mereka sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan kepada mereka. Sebarang informasi boleh didapatkan di gamabar-gambar di bawah :)










No comments:

Post a Comment