seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Friday, July 27, 2012

Penyelidikan dan Ziarah KOA Tonggang

Alhamdulilah, pada 24 Jun 2012 telah berjaya diadakan mini program RM3 di Kampung Orang Asli  (KOA) Tonggang. Misi kali ini adalah untuk menjayakan beberapa penyelidikan kesihatan dikalangan masyarakat Orang Asli di samping ziarah dan dakwah. Di samping itu, program ini juga adalah pendedahan awal kepada adik-adik pelajar RCMP dalam mengenali masyarakat Orang Asli khasnya dalam mengembangkan potensi dalam berkomunikasi dengan masyarakat umumnya. Selain itu, untuk memeriahkan program tersebut turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan serta sukaneka. Dan yang pasti tidak pernah ketinggalan dalam setiap kujungan ziarah ke KOA adalah "Cak", iaitu bermakna makan-makan bersama :)

Peta KOA Tonggang, Ulu Kinta
Perjalanan masuk ke KOA Tonggang, 6KM dari jalan besar.
 Separuhnya berturap dan separuhnya lagi batuan kerikil 
Surau diri Jumaat KOA Tonggang
Dewan Komuniti
Pameran kesihatan ; Hypertension, Diabetes Mellitus,
 Obesity dan pemakanan sihat
Pendaftaran pemeriksaan kesihatan dan sukaneka
Sebahagian daripada pengunjung
Amek-amek menyiapkan bahan keperluan memasak
Bilik pemeriksaan kesihatan (Dr Najib & Dr Raihan)
Tim memasak
AdHoc Chef menyelia staff OA menanak nasi minyak :)
Divisi pengagihan
Maduh-maduh cak ( jom2 makan)

No comments:

Post a Comment