seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Thursday, November 8, 2012

Berbicara tentang Obese dan Kesihatan

Diet dan olahraga yang tepat menjamin kepada kebugaran badan seseorang. Dan ini diiyakan dalam pepatah arab "Al Aqlu Salim Pi Jismi Salim" yang bermaksud, akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Jadi, bagaimana ingin menerjemahkan ini kepada realiti? Jawabanya terletak kepada kita sendiri.

Diet dapat diartikan sebagai persoalan pemakanan atau lebih teperinci adalah, sejumlah makanan yang diperlukan oleh tubuh dalam kadar tertentu untuk memastikan metabolisme tubuh dapat berfungsi secara optimal bergantung kepada usia, jantina dan aktiviti seharian. Tapi, ini cuma definisi yang hanya dipakai apabila kita bercakap tentang pemakanan sihat, hakikatnya adalah keterbalikkannya. Diet yang tepat dan benar sangat mempengaruhi kepada faktor kesihatan. Jadi benarlah kata pepatah arab tersebut.

Tapi, harini kita digemparkan dengan penemuan yang agak mendukacitakan tapi mungkin mengembirakan bagi pihak yang lain. Kenapa dikatakan berdukacita? Kerana, pada sidang parlimen beberapa waktu yang lalu, Timbalan Menteri Kesihatan mengatakan Malaysia adalah juara Obese peringkat ASEAN dan naib juara peringkat Asia. Suatu pencapaian yang tak sewajarnya kita kecapi. Tapi, bagi pihak yang lain ini mungkin awal kepada proses kekayaan iaitu melalui pengenalan pelbagai jenis obat 'magik' yang mampu menurunkan berat badan berlebih.....hummm, indah khabar dari rupa...

Melalui kajian yang dijalankan aku secara peribadi tapi lebih spesifik kepada Orang Asli. Cara hidup dan diet adalah dua indikator terpenting yang mampu mempengaruhi status 'Obese' seseorang. Buktinya, pada kajian yang dijalankan pada tahun 1993 pada Orang Asli, didapati peratusan mereka yang mempunyai Diabetes adalah dibawah 3%, manakala penemuan Obese dikalangan mereka adalah jauh sama sekali.

Tapi, seiring waktu, Orang Asli ini telah mengalami perubahan secara sosioekonomi dan sosiodemographi. Jika dulu, mereka berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat dan tinggal jauh di pedalaman tapi sekarang sudah banyak berlakunya transformasi. Kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Penempatan Semula (RPS) dan menyediakan pelbagai fasiliti asas termasuk kepada perhubungan. Bila bicara ekonomi, sudah ramai yang beralih arah dari pertanian secara tradisional kepada penanaman berkelompok yang diterapkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti FELCRA, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia dan banyak lagi.

Alhasilnya sekarang, dengan perubahan asas kepada cara hidup dan diet seperti orang di bandar telah turut mepengaruhi status kesihatan mereka. Kesimpulan mentah yang diperolehi, telah terjadi kenaikan yang significant bahkan membimbangkan. Dulu, Orang Asli tiada kencing manis, darah tinggi dan Obese dikarenakan cara hidup mereka yang masih banyak melakukan aktiviti-aktiviti menuntut kosumsi kalori yang tinggi. Tapi harini, dengan perubahan cara hidup dan pemakanan, turut merubah status kesihatan mereka.

Dan ini kita berbalik kepada kita masyarakat Malaysia ammnya, adakah kita sedar akan hakikat ini? Di sini ingin dikatakan bahwa, cara hidup dan diet yang tidak sihat telah mempengaruhi kita semua kepada kesihatan yang tidak sihat. Makanan segera, berlemak, kedai makan 24jam, teh tarik, roti canai dan pelbagai lagi begitu idnetik dengan cara hidup kita sekarang. Tak percaya? Malaysia adalah satu-satunya negara yang ada kedai makan 24 jam di dunia. Malaysia lah negara yang mempunyai kadar Obese tertinggi di ASEAN, bahkan juga di Asia Pasifik. 

Diet yang tidak sihat bukan bersendirian dalam menentukan status kesihatan seseorang, tapi cara hidup juga turut menyumbang. Kita pada harini, kurang melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Ini dikarenakan terdapat pelbgai kemudahan dalam urusan seharian. Jalan jauh, takpa ada kenderaan. Tukar channel TV, takpa ada remote. Naik bagunan, takpa ada lift dan begitula seadanya.

Cara hidup dan diet inilah yang sebenarnya akar permasalahan kepada mereka yang mempunya berat badan berlebihan. Tapi hakikat ini sering dinafikan. Dan selalu mengambil jalan mudah iaitu, obat 'magik' kurus. Dari sinilah akan muncul kesempatan kepada orang yang suka mengambil kesempatan seperti penjual-penjual obat kurus. Adakah produk mereka dijamin selamat?Adakah obat mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia?Adakah obat ini tidak mengandungi kesan sampingan? Dan adakah obat ini betul-betul diperlukan? Jawabannya adalah tidak sekiranya kita kembali memikirkan dua faktor tadi, iaitu diet yang tepat dan cara hidup yang sihat.

Dan begitulah seadanya penulisan kali ini. So, fikir-fikirkanlah. "Al Aqlu Salim Pi Jismi Salim"

Sebetulnya, aku tertarik nak menulis topik ni sebab aku melihat perubahan yang significant kat junior aku sorang ni....tak caya?jom kita tengok dia sket.....Btw, dia pon ada menuliskan bagaimana dia boleh kurus dengan jalan yang sihat. selamat beramal semuanya :)

Boleh singgah ke FB beliau kalau senang


No comments:

Post a Comment