seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Tuesday, November 6, 2012

Lelaki dan Dapur


Humm...akhir2 ni keinginan nak memasak dan belajar memasak makin membuak2 walaipun secara hakiki tahu selama ini bidang ini identik dgn perempuan. Pada awalnya, memangla tak reti memasak tapi seiring waktu belajarla. Ini semua dipicu oleh kehidupan berdikari dan jauh dari keluarga. Dan tak dinafikan, kehidupan sebagai pelajar di perantauan adalah titik mula (faham2lah student kan kene control budget :D)

Daripada yang tak tahu apa2 tentang masakan, kemudian berkenalanlah dengan kehidupan dapur sedikit demi sedikit. Secara jujurnya, banyak ilmu diperolehi ketika awal minat datang dari suka bertanya mak, mak sedare dan terkadang tukang masak kat kedai...tak tahu mahu betul...haha

Perlahan tapi pasti, aku mula berkenalan dengan barang-barang dapur terlebih dahulu. Bawang merah, bawang besar, bawang putih, lada, cili padi, halia dan sebagainya. Sejak da kenal semua bahan-bahan asas ni, maka rajin jugakla pergi pasar...Ternyata pergi ke pasar dan berbelanja barang-barang dapur memang menarik...

Dan begitu juga menu masakan pertama yang menjadi andalan pada pertama kali berminat dengan dunia masakan, nasi goreng cina. Simple dan menarik...Tapi yang lebih pasti mengenyangkan, almaklom bilis dan telor sudah cukup sebagai sumber protein.

Seiring waktu, kemahiran memasak diasah dengan lebih baik dan teratur dengan nasihat pakar masakan iaitu mak aku sendiri. Biasela, kita selalu mendambakan masakan mak kita kerana dalam masakan mak kita tersimpan kasih dan sayang mereka. Nampak macam tak logik, tapi itula hakikat sebenarnya. 

Selain daripada itu, acara MasterChef di Astro turut memotivasi untuk lebih mengenali dunia masakan. Ini kerana, apabila kita masak dengan penuh perasaan kasih dan gembira, ia akan merefleksikan pada makanan yang kita wakilkan.

Hari demi hari, kemahiran dan menu masakan semakin membaik. Bahkan antara perkara percaya  tak percaya adalah, pernah memasak untuk 400orang asli. Impresif bukan untuk amatur.


Tapi terkadang ada juga kendala, iaitu masih kurang mahir dalam mengolah daging. Ini mungkin dikarenaka kurangnya minat untuk makan daging. :)

So, sekarang aku bolehla berbangga untuk kemahiran yang aku miliki ini walaupun masih terbatas. Tidak ketinggalan, desert dan kuih muih serta kek pob boleh. haha...bangga betul da....


No comments:

Post a Comment