seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Saturday, January 18, 2014

Ibu

Mimbar Pencetus Ummah musim pertama telah melabuhkan tirai secara rasminya, dengan menyaksikan PU Hafidz muncul sebagai juara. Kepetahan beliau berhujah dan berpidato, di samping huraian yang begitu rinci mampu menarik perhatian juri-juri profesional. Bukan hanya kepetahan beliau dalam berbicara, tapi pembawaan emosi yang betul betul mampu mengugah hati-hati yang mendengarnya. Tahniah untuk PU Hafidz.

Tapi kali ini saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah yang berjudul 'Ibu'. Tiada yang menyangka, Dr Ridhuan Tee Abdullah menjadi peserta bidang terjun dan dikehendaki menyampaikan tazkirah kepada umum. Tazkirah singkat ini mungkin dilihat biasa-biasa sahaja, tapi kisah dibalik ini telah mampu menyentuh banyak hati hingga meneteskan air mata termasuk AF Dato' Hassan Al Hafiz dan AF Ustz Kazim Elias Al Hafiz.

Biarpun berlainan agama, kasih seorang anak terhadap ibu tidak pernah putus apatah lagi Islam mengajarkan ummatnya agar senantiasa berbakti kepada kedua orang tua. Begitu indahnya Islam mendidik ummatnya.

Jom kita sama-sama hayati tazkirah yang disampaikan oleh beliau ;


Tuesday, January 7, 2014

Diam Membisu

Tahun 2014 sudah beberapa hari lalu menjengah tiba, tapi blog daku masih diam membisu...hehe..Almaklum akhir-akhir ini disibukkan dengan sifat malas yang menggunung untuk update info atau cerita terbaru. Idea untuk menulis itu ada, tapi biasela apabila malas menguasai diri, jadi tetap zero....dengan datangnya tahun 2014, maka berlalu sudah 2013 yang tidak akan kembali lagi. Kenangan manis, pahit, masam dan tawar sudah sebati menemani hari-hari kita. Bahkan hari yang berlalu disifatkan oleh Imam Syafie sebab kerugian terbesar kita. Sebab apa? Sebab kita tidak mampu menggantinya kembali....

Hajat dihati masih ingin menulis, tapi mata berkata lain...mungkin sudah masanya untuk tidur. Assalamualaikum dan salam 2014.

Thursday, September 12, 2013

Belajar fitur Panorama

Anda tahu itu apa panaroma? Kalau dari segi bahasa semua orang mungkin tahu bahkan lebih arif dalam mendefinisikan makna ini. Tapi panaroma ini lebih terkait setting atau fitur pada kamera smartphone. Bahkan di DSLR pon ada, tai dikarenakan kejahilan dan kurang cakna, tak pernah pon nak ambil tahu.Haahaa....Sebenarnya, fitur ni secara tak sengaja belajar dengan adik aku. Almaklom, dia nak upgrade dari samsung S2 ke Iphone4s, pastu dia ajarla abang dia yang ntah apa-apa ntah ni. Maka aku pon bergurula dengan dia tapi tu bab mukadimah jela, selebihnya belajar sendiri jela...

Ternyata, fitur panaroma ni best guna kalau anda betul-betul pandai ambil angle and moment dia. Macam aku ni, aku ada DSLR dan kepakaran aku adalah natural picture or candid, so aku kurang perhatikan la bab-bab fittur panorama nih. Tapi ibarat orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta..Apabila da berkenalan, maka aku ambil keputusan untuk bercinta dengan fitur panoroma. Setiap moment aku nak buat panorama. Tapi xdela guna DSLR, sebab malas. So guna ajela hp cikau aku nih, Galaxy Note...Dan dikarenakan itu, bermulalah pengembaraan aku dengan fitur panoroma :)

muara Sungai Dungun 7am
Pantai Bandar Dungun

Tasik Kenyir dan lebuhraya belantara :)




Bisnes Kueh Raya

Hummm......raya da lepas lama da, tapi baru nk update pasal kueh raya...Almaklom, mood nak menulis jarang sampai :) Nak dijadikan cerita, alhamdlilah ramadhan kali ini memberi berkah seribu makna buat aku. Jika ramadhan tahun lepas penuh dengan duka, ramadhan kali ini diselimuti suka dan gembira. Jika kita perhatikan secara saksama, 9/10 dari rezeki datang dari perniagaan ada benarnya bahkan ia telah terbukti oleh ramai orang. Ramdhan kali ini bertepatan dengan cuti semester, 2-3 bulan jugakla bercuti. So, bagi memaknai cuti ini agar lebih bermakna dan berfaedah, usaha pertama adalah dengan melakukan penjajakan atau survei pasaran terleih dahulu. Ini penting untuk memastikan keefektifan apa yang kita lakukan......hahaha...

Dipendekkan cerita, bisnes kueh raya dimulakan dengan penasihat dan sifunya adalah emak aku. Dan ibu pejabat operasinya adalah di Ipoh manakala pasarannya di Terengganu. Aneh bukan?Tapi itu lah hakikatnya..Emak aku datang dari Terengganu dan berkampung di Ipoh sebelum puasa lagi, bagi meraikan aku nak ujian. Dah habis exam baru operasi ini semua dijalankan,alhamdulilah lulus exam...
Emak aku ni pandai buat kueh mueh, tapi malas nak buat sebab takde mood. Sama je dengan anak dia..haha..Tapi sebenarnya, sebab takde sape kat umah tu yang mood nak memasak or buat kueh tak berapa nak datang. Adik beradik aku cuma dua, aku ade adik and adik aku ada abang...hehe

Bisnes ni bermula sebab ada permintaan dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bandar Dungun, mereka ingin mengagihkan kepada pelajar-pelajar OKU di sana sempena Hari Raya...Alhamdulilah, pesanan dalam 5000biji...Dan disertakan juga pesanan daripada pihak SATU (Syarikat Ayor Terengganu), ade la dalam 9000 biji..Lepas tu ada pesanan lain dalam 3000biji.Kesemua pesanan ni meliputi 3 jenis kueh jah..Ada almond chocolate, famous amous chocolate dan biskut lada...

So, dapur rumah aku di Ipoh da macam kilang biskut da...Lepas sahur, operasi dimulakan hinggalah petang. Kadang-kadang sampai malam, almaklom tenggat waktu sempit. Teraweh banyak disempatkan di rumah sahaja, bukan bermakna tak meraikan kedatangan ramadhan almubarak di masjid. Setelah sibuk mengadun, menguli, mengayak, menekap dan membakar, sampailah waktu untuk membungkus. Bayangkan, ada lebih 15000 biji yang harus dipacking ke dalam lebih kurang 500 bekas kueh..Lepas itu, nak dihantar ke Terengganu. Ada 9 kotak besar semuanya...Untung ada jiran sebelah rumah ada lori dan bisnes buat biskut gak, dan kebetulan nak ke Terengganu. So, apa lagi mintak tolongla...haha
Takpayah cerita banyak, kita tengok gambar kat bawah jah.. Pasal untung, alhamdulilah bolehlah buat tersenyum :)







Tuesday, August 27, 2013

Seharusnya aku pergi...............

Alhamdulilah, setelah sekian lama menyepi akhirnya kembali berkesempatan untuk kembali merungkai kata-kata. Sedar tidak sedar, ramadhan kembali menjelma dan ia mengingatkan kisah ramdahan yang lalu. Kisah di mana aku berjuang antara hidup dan mati, yang meninggalkan kisah suka dan duka buat aku sekeluarga. Tapi pada dasarnya, ujian yang melanda tempoh hari bukan penghalang dan penghambat serta melemahkan semangat tapi sebagai pemangkin untuk terus kuat berjuang untuk hari-hari mendatang. Kerana aku percaya, Allah tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya jika hambaNya tidak mampu menghadapinya, kerana dengan banyaknya ujian dariNya berarti kasih dan saying dari Nya tidak pernah putus.

Ramadhan kali ini turut disempatkan untuk kembali menghayati apa yang tersirat dan tersurat di balik ujian yang tidak pernah putus-putus daripadaNya. Dengan kesihatan yang sempat turun naik, dan beberapa kali mendapatkan perawatan di hospital bahkan beberapa kali harus diistirehatkan di hospital benar-benar menguji mental dan fizikal aku sebagai hambaNya. Tapi apa yang pasti, aku masih diberi kesempatan olehNya untuk terus menghirup udara segar hinggalah saat ini.

Tapi di balik ini semua, ada kisah yang terus membekas di hati aku hingga hari ini. Kisah di mana aku ditanya oleh SN Noryza yang menjaga aku di ICU tempoh hari. Kenapa aku mengalirkan air mata tanpa henti-hentinya sewaktu koma tempoh hari. Secara spontan aku menjawab  kepada beliau, bahwa aku tidak tahu. Berhari-hari aku memikirkan hal itu hingga suatu hari aku menemukan jawapan kepada soalan tersebut. Kenapa aku mengalirkan air mata tanpa henti-hentinya tempoh hari? Kerana aku belum redha untuk meninggalkan kedua orang tuaku, amal yang masih kurang dan hutang kebendaan dan budi yang masih belum mampu aku bayar. Di kala itu, aku merasakan berada di suatu kawasan yang luas dan cerah, tidak ada sempadan pasti hingga aku merasakan betul-betul tersesat. Di kala itu jua, aku seakan-akan ditanya soalan adakah aku siap untuk mati? Aku tidak mampu menuturkan sebarang kata melainkan mengalirkan air mata tanpa hentinya, yang pada akhirnya ia disedari oleh orang lain,iaitu SN Noryza. Ini mungkin kelihatan tidak munasabah bahkan cenderung diada-adakan tapi itulah yang aku alami. Jika ianya dikatakan sebagai mimpi, mungkin sahaja ia permainan tidur tapi yang nyata moral di balik itu.


Jika kita pada harini ditanya dengan soalan yang sama, adakah kita mampu memberikan jawapan pasti? Adakah kita siap untuk kembali ke alam sana? Yang pastinya, hanya amal kita yang mampu memberikan jawapan pasti kepada soalan tersebut. Allah telah mengingatkan kepada setiap hambaNya, bahwa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Maknailah kehidupan yang kita ada dengan redhaNya, insyAllah.

Monday, May 27, 2013

Paliatif Unit dan Makna Kehidupan



'Paliatif Unit' bukanlah pengakhiran kepada sebuah kehidupan kerana padanya masih tersimpan asa untuk diperjuangkan....asa yg harus sentiasa dibakar dengan semangat dan moral dari keluarga mahupun sahabat agar tetap tabah mengharungi dugaan.....

Suami terlantar kesakitan, isteri teguh setia menabur kasih dan sayang...
Isteri terbaring kesakitan, suami siap sedia berbakti....
Ibu bapa yang layu dimamah usia, anak kembali menebar senyum dan tawa...

Sebuah kitaran kehidupan yang padanya ada sebuah kisah kasih utk dipelajari. Bukan untuk siapapun tetapi untuk kita sendiri memaknainya.

Dan kiita mungkin terbiasa dibuai dengan kata kasih, sayang dan cinta setiap masa tapi adakah kita memaknainya? Adakah kita mampu merefleksikan semua ini kepada sebuah tindakan?

Ada 2 kisah yang menarik untuk dikongsi bersama :

Kisah 1.

Terbaring layu seorang lelaki yang dahulunya kuat dan bertenaga. Tapi kini kurus, tidak bermaya dan tidak bersemangat. Disahkan mengidap kanser kelenjar tahap 4 akhir tahun lalu, betul-betul merubah segala-galanya baik untuk empunya badan, mahupun keluarga.

Tapi tiada yang menyangka, dibalik dugaan ini tersimpan rapi kisah kasih seorang isteri kepada suami. Ketabahannya sebagai isteri diuji tapi dengan kekentalannya dia masih mampu berdiri menghadapi kenyataan pahit ini. Sejak suaminya disahkan mendapat kanser,

sang isteri la yang memikul semua tanggungjawab yangmana dipikul suami sebelumnya. Ditambah dengan menjaga suami yang terlantar sakit.

Kasih dan sayang tidak berubah walau sedikit pon, ditambah dengan kebersamaan anak-anak yang selalu ada di sisi. Segala usaha dan keringat mereka perjuangkan agar ia bukan pengakhiran yang sia-sia. Tidak dinafikan, bahwa bantuan untuk golongan ini selalu ada, tapi sampai bila mereka harus menagih simpati? Dikarenakan itu, keluarga adalah segalanya.

Kisah 2.

Seorang nenek berketurunan Tiong Hwa telah sekian lama menjadikan wad paliatif sebagai rumahnya. Beliau telah disahkan menderita kanser mulut beberapa tahun lalu, tapi masih mampu bertahan hingga harini. Sebagai konsekuensinya, beberapa kali pembedahan telah dijalankan khasnya untuk membuang bahagian yang dijangkiti. Sekarang, sebahagian dasar mulut beliau elah tiada, tapi yang pastinya beliau masih ada hingga ke harini.

Tapi apa yang menarik dibalik kisah ini adalah, kasih sang suami yang telah pun uzur tapi masih selalu setia menemani. Jika ditelusuri secara mendalam kisah mereka, sebelum ini mereka tinggal bersama di Batu Gajah. Tapi, sejak disahkan kanser dan perlu mendapatkan rawatan yang sekerap mungkin. Pasangan warga emas ini telah dipisahkan oleh anak-anak mereka. Sang ayah, dijaga anak mereka di Batu Gajah manakala sang ibu, dijaga oleh anak mereka yang lain di Ipoh. Keputusan ini mungkin terlihat kejam bagi mereka, tapi ini semua adalah untuk kebaikan semua pihak. Sang isteri harus menerima rawatan yang sekerap mungkin di Ipoh, lantaran itu anak-anak mereka memutuskan ibu mereka tinggal di Ipoh. Manakala sang ayah masih ada di Batu Gajah. Tidak hanya itu, antara tujuan lain mereka dipisahkan adalah bagi memastikan ayah dan ibu mereka mendapat perhatian yang sewajarnya dari anak-anak. Menjaga warga emas yang telah lanjut usia bukan semudah disangka, ditambah lagi dengan pelbagai risiko kesihatan yang ada. Inilah yang menjadi pertimbangan mereka. Tapi ironinya, ibu bapa kita tidak mudah mengalah membesarkan anak-anak walaupun pelbagai dugaan dan rintangan.Mungkin untuk kes ini, terkecuali :)

Bilamana sang suami merindui isterinya di Ipoh, beliau akan berkelana dari Batu Gajah ke Ipoh dengan menggunakan bas. Itulah rutin beliau, ini dilakukan semata-mata tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka. Tatkala isteri ditahan di hospital, maka setiap hari la sang suami akan datang menziarahi isteri beliau dari Batu Gajah. Begitu kasih seorang suami yang telah pun uzur terhadapa isterinya. Mungkin janji hidup semati la yang mendorong pasangan ini terus bertahan hingga ke harini.

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:

1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit

5. Hidup sebelum mati.


Penjelasan:

1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.


Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

Friday, May 17, 2013

Hari Pendidik

Bilamana kita sibuk meraikan dan mengucapkan hari guru antara sesama.Kita melupakan insan-insan yang tiada hentinya mendidik kita dari kecil hingga besar iaitu ibubapa kita..Sisihkanlah sedikit penghargaan untuk Ayahanda dan bonda kita semua walau apa pun profesi mereka...kerana ada nya kita hari ini adalah hasil coretan mereka dari awal lagi...Selamat Hari Pendidik buat ayahanda dan bonda...

Ucapan ini juga tak terkecuali buat semua warga pendidik, tak kira seberapa besar ilmu dan pengorbanan yang anda curahkan.