seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Wednesday, November 10, 2010

UTP convo fair

Bersempena konvo UTP pada 16 &17 oktober 2010, pihak UTP telah mengundang RM3 RCMP utk mengadakan booth kesihatan....alhamdulilah, aku dipertanggungjawabkan sebagai salah satu anggota untuk menjalankan booth kesihatan dan juga sebagai penyelaras untuk pelajar-pelajar perubatan lainnya


sembang kosong sebelum berangkat ke UTP
meja kaunselling kesihatan
terlalu khusyuk memberi nasihat kesihatan...cewaaah
mengajarkan teknik penggunaan spgymometer yang benar
dengar ni betul-betul,jgn skip salah satu procedure nich
nihla kereta F1 yang ditayangkan sempena majlis 
konvo tersebut



Wednesday, November 3, 2010

Program Khidmat Masyarakat

Pada 31 Oktober 2010, telah berkesempatan bersama masyarakat Kampung Buaya, Padang Rengas, Perak dalam menjayakan program khidmat masyarakat anjuran bersama Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Program yang diperkasai UPSI dan GMP ini merupakan program yang menekankan aspek kebersamaan dan kekeluargaan sesama masrakat melayu di samping merapatkan hubungan antara bakal-bakal pendidik dan masyarakat. Dan pada masa yang sama, kami telah diberi penghormatan untuk melakukan pemeriksaaan kesihatan dan kaunseling kesihatan pada masyarakat setempat.

kaunter pendaftran dan pemeriksaan tekanan darah
memeriksa peralatan dan perlengkapan yang di bawa
uncle RELA
Dr Hashim memberi tunjuk ajar penggunaan alat 
yang tergolong moden  dan canggih
pemeriksaan gula darah
pemeriksaan tekanan darah
menanti giliran dengan penuh sabar
vrooom vrooom...ops salah, ni utk 
untuk ukur berat,BMI, body fat...
pelajar-pelajar UPSI yang terlibat dalam 
menjayakan program
pelajar-pelajar UPSI dan adik-adik sekolah setempat 
yang menjadi peserta program anak angkat

Thursday, October 28, 2010

Hobi

masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

catatan sejarah masjid Ubudiah

muzium diraja Kuala Kangsar

gerbang utama kediaman resmi Sultan Perak, Kuala Kangsar
menara pengintai, gunung Lang

air terjun buatan, gunung Lang

perkhidmatan bot yang ditawarkan untuk 
ke seberang tasik

selamat datang

'scene' di Taman Jepun

temapt rehat

denah Taman Jepun

tasik di taman DR





Wednesday, October 27, 2010

Peringatan yang berterusan dari Allah

Firman Allah 
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (17;16)

25 Oktober 2010

Tidak pernah putus-putusnya teguran dari Allah swt. Terbaru Allah menguji hambaNya di belahan bumi Allah di Sumatera Barat Indonesia dengan gempa bumi yang berskala 7.5SR. Gempa yang berpusat di dasar laut itu telah menyebabkan berlakunya tsunami. Dicatatkan seratus orang yang meninggal dan 500 orang lagi yang hilang. Bersamaan dengan itu juga, letusan gunung berapi yang paling aktif di dunia iaitu gunung merapi di Jogjakarta, Indonesia sekurang-kurangnya telah meragut sekitar 16 nyawa.

Masih segar di ingatan kira-kira setahun yang lalu, gempa bumi yang besar juga pernah meluluh lantahkan bumi Sumatera Barat. Gempa tersebut yang mempunyai kekuataan 8.1SR telah mengguncang Sumatera Barat beserta isinya tepat pada pukul 1716.Tapi pernah kita mengambil iktibar??

28 Oktober 2010

hingga ke harini, dicatatkan terdapat 282 yang dinyatakan mati dan ratusan yang lain dinyatakan hilang.











Sunday, October 24, 2010

Kellie's Castle, Batu Gajah

perjalanan pulang dari seri iskandar melalui batu gajah. disempatkan untuk melihat-lihat peninggalan sejarah di sana iaitu istana Kellie...





 zuryn & aween dihadapan istana Kellie

panaroma dari atas bumbung istana

ladang kelapa sawit, suatu ketika dahulu ladang getah

rumah keluarga Kellie yang asal sebelum 
roboh dimakan usia

pemandangan dari belakang istana, 
dari tapak kediaman lama keluarga Kellie
menara istana
sisi kanan istana
sungai yang megalir tenang di hadapan istana
Kellie's castle

sedikit sejarah tentang Istana Kellie


bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka Britishbernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra,India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.



Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.


Monday, October 18, 2010

Bicara Kematian

Hidup ini terkadang zalim jika hanya difikirkan sesaat. Tapi jika kita merenung jauh ke hadapan,barulah kita mampu menyingkapi apa yang tersimpan disebalik semua itu. Kerana Allah tak akan memberi dugaan kepada hambaNya melainkan hambaNya mampu untuk itu. Begitu juga dengan kematian, kematian adalah sesuatu yang amat ditakutkan oleh semua manusia. Tapi bagi yang beriman, kematian adalah sesuatu yang amat dinantikan setiap masa.

Petang rabu, 29 September 2010 adalah merupakan hari terakhir yang menemukan aku dan beliau. Tarikh ini juga mudah diingat  dikeranakan bertepatan sehari sebelum bencana gempa bumi Padang 2009 pada 30 September yang mana aku adalah satu korbannya. Beliau yang aku maksudkan adalah bapa saudaraku yang aku kasihi.

Dalam pertemuan terakhirku, masih segar dalam ingatan apa yang kami bicarakan. Tidak pernah terlintas begini akhirnya. Bapa saudaraku telah kembali menghadap Yang Maha Kuasa pada pagi Ahad, 3 Oktober 2010 berselang 3 hari sesudah pertemuanku dengannya.

Diringkaskan cerita, bapa saudaraku telah didiagnose menghidap ‘oesophagus cancer stage 4’. Dalam ilmu perubatan, stage 4 adalah tingkat yang paling kritis. Jangka hayat yang diperkirakan juga sudah tidak lama.Tapi itu hanyalah perkiraan manusia berdasarkan ilmu yang mereka perlajari. Sesunguhnya yang Maha Megetahui tetap Allah SWT. Jika Dia berkehendak, maka terjadilah sesuai kehendakNya. Ini ditambah dengan pemergian saudara sepupuku, yaitu anakanda beliau pada pertengahan bulan Mei. Ibarat jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang dialami beliau. Psikis beliau benar-beliau jatuh, kejadian inilah yang memperburuk keadaan kesihatan beliau.

Masa terus berlalu hingga memasuki bulan Oktober. Sepanjang bulan dari Mei-Oktober, pelbagai usaha telah dicoba oleh keluarga bapa saudaraku terutama kakak sepupuku yang terus berjuang termasuk mendapatkan pengobatan alternatif. Tapi, ternyata sel-sel kanser ini langsung tidak memberi sedikit ruang untuk mereka. Sel-sel kanser ini terus merebak dengan cepatnya.

Dijadikan cerita, pada petang rabu tersebut aku berinsiatif untuk memberi sedikit nasihat memandangkan sepanjang pengamatanku, psikis bapa saudaraku benar-benar ‘drop’. Psikis yang tidak stabil akan menyumbang cepatnya sel-sel kanser ini merebak. Sebetulnya, aku tidak sanggup untuk melakukan ini tapi dikarenakan kasih dan sayangku, kukuatkan juga setelah aku mendapatkan izin dari keluarga bapa saudaraku.


Assalamulaikum P’lang....P’lang dapat dengar suara saya? Sebelumnya, saya minta maaf sedalam-dalamnya dari hujung rambut sampai hujung kaki jika kata-kata saya nanti kasar atau tidak sopan. Sebetulnya saya tak layak untuk duduk disamping P’lang untuk memberi nasihat, tapi sebab saya tak sanggup lihat P’lang dalam keadaan macam ni, saya kuatkan juga. Maafkan saya P’lang.


P’lang, P’lang ikhlas terima sakit ni? (Mata P’lang ku sayu menatap mataku, kemudian berlinang airmatanya jatuh membasahi pipi)Maaf kan saya P’lang kalau saya lancang tanya soalan ni. (P’lang ku berusaha untuk bersuara walaupun agak sukar untuk beliau, P’lang ikhlas jawabnya terbata-bata) Tidak kusedari,ternyata pipiku juga telah basah dengan air mata yang jatuh berlinangan.

Maafkan saya P’lang. Kalau P’lang ikhlas, kenapa P’lang terus murum? Sesungguhnya Allah tak pernah bagi cobaan pada hambaNya jika hambaNya tak mampu untuk pikul itu. (Mata P’lang ku terus berlinangan air mata, sesakali kelihatan beliau ingin mengatakan sesuatu tapi terbata-bata) Maafkan saya sekali lagi P’lang.

Suasana hening untuk seketika, di mana otak ku ligat berpikir apa lagi yang harus aku katakan.

P’lang, sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati, tak terkecuali kita sebagai hambaNya. P’lang harus yakin dan percaya akan ini, kerana ni kata-kata Allah. Dalam surah Yaasin, ayat-ayat terakhir ada Allah berfirman : Jika Aku berkehendak, maka jadilah ia.

Mata P’lang ku terus berlinangan, setiap kali berlinangan air mata, setiap kali aku meminta maaf. Sudah tak terhitung berapa kali aku meminta maaf.

P’lang kena kuatkan semangat, tabahkan hati dalammenghadapi dugaan Allah. Betapa kita ikhlas, tabah dan kuat terima dugaan Allah, makin Allah sayang. Sehari-hari kita dah bersumpah dengan Allah 17 kali siang malam, ini terlihat setiap kali kita baca doa iftitah : kuserahkan solatku, hidupku, matiku hanya untuk Mu Tuhan sekalian Alam. Adakah kita tak ikhlas P’lang?

Dalam surah alfatihah ; Allah ada berfirman : Hanya pada Mu aku sembah dan hanya padaMu aku memohon pertolongan. Ini buktinya, Allah nak suruh kita meminta padaNya kerana Dia adalah sang pencipta yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Teruslah meminta padaNya agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Jangan pernah kita putus dari berharap dariNya.

P’lang aku terus berusaha untuk berkata, tapi kelihatan begitu sukar baginya untuk mengatakan sesuatu, yang kelihatan adalah linangan air matanya. Aku terus menjadi hiba, adakah kata-kataku begitu kejam dan tak berperikemanusiaan?? Sekali lagi aku memohon kemaafaan, maafkan saya dari hujung rambut sampa hujung kaki saya P’lang. P’lang aku mengganguk

Allah tak akan merubah nasih sesuatu kaum melainkan mereka sendirilah yang merubah nasib mereka. Begitu juga dengan kita semua,saya, M’lang ,K’yan,Aween,Zurin dan K’linda tak dapat berbuat banyak melainkan untuk terus menyokong dan berbakti pada P’lang.Tapi semuanya tetap terletak pada P’lang, kalau P’lang berterusan macam ni berarti P’lang tak ikhlas terima hakikat ini. P’lang tak lumpuh, P’lang sakit kat dada je. Kaki dan tangan P’lang masih ada dan kuat. Tapi kalau P’lang terus berpikir sakit dan sakit dan tak nak bergerak dan terus berbaring. Nanti akan memudaratkan yang lain. P’lang kena kuatkan semangat, P’lang tetap kena makan sendiri, jalan sendiri. Kuatkan semangat P’lang.Hanya P’lang seorang je yang mampu melakukan semua ini.

P’lang jangan terus larut dalam keadaan muram, bagi kita orang Islam, berdosa besar nanti. Dalam rukun iman pon jelas kata, percayakan qada’ dan qadar. Jika sudah tersurat macam ni, P’lang kena ikhlas dan kuat. Ini tandanya Allah sayangkan kita.

Tetiba aku terdiam setelah P’lang ku akhirnya dapat mengumpulkan tenaga untuk berkata-kata. P’lang ikhlas dan redha akan cobaan ini.Terima kasih banyak-banyaksebab ingatkan P’lang.

Akhirnya aku menjawab alhamdulilah. Aku sekali lagi memohon maaf sambil mencium tangan beliau. Suasana semakin sebak, dan aku tak sanggup lagi untuk meneruskan kata-kata.

P’lang, P’lang rehatlah. Kalau nak apa-apa nanti saya panggilkan M’lang. Sesugguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita akan kembali. Teruskan membasahi lidah dengan istighphar,bertahmid,bertakbir. Jangan biarakan larut dengan sedih.




Assalamulaikum P’lang. (waalaikumsalam, jawab P’lang ku terbata-bata)


Sekitar jam 3 pagi ahad, aku mendapat panggilan dari M’lang yang menyuruh aku bersegera kerumahnya. Aku langsung berpikir sesuatu yang tak beres pasti telah berlaku. Tapi aku belom berani untuk berasumsi yang tidak-tidak. Sebelum aku bergegas keluar dari rumah, ku sempatkan untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat. Kemudian aku bergegas keluar.

Sesampai dirumah P’lang,  kelihatan sedara mara M’lang sudah berkumpul. Kelihatan juga sepupuku, abg kipli dan P’ngah. Aku langsung bergegas ke katil P’lang. Tanpa diminta, aku terus memeriksa pupil di mata beliau dengan ‘pen light’ yang telah ku bawa dari rumah. Tiada sebarang reflex, aku memeriksa kedua-dua belah tapi hasilnya sama, pupil mata P’lang tidak memberi respon. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan pada waktu itu melainkan air mata ku yang tiba-tiba jatuh membasahi pipi. Ahli keluarga yang lain bertanya, tapi tak mampu ku katakan melainkan terus menangis. Innalilahi waiinahilahirajiun.

Peristiwa inilah yang tak akan ku lupakan sampai akhir hayatku, kerana perbualan terakhir kami terus terngiang-ngiang di telinga ku sampai hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat pada beliau.  Amin yaRabbalamin.

Friday, October 15, 2010

Lebaran 2010



'get ready to ambush'

Bro Zaha Jamaluddin

juadah di pagi raya

ayah ngah with gengster cilik
berkumpul di tempat sasaran, umah haji mokhtar
silakan duduk semua.....
jom buat bulatan
akulah gengster
muke xleh blah, xmandi lagi pagi raya
'satay sword'
labu labi
haiaaak
bersama kita melangkah
serius giler discussion nich