seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Sunday, March 11, 2012

Cambodia Relief Mission 2011 (edisi khas)

CRM edisi khas memaparkan sedikit rakaman yang tidak pernah didapatkan oleh mana-mana pihak terkait ajaran yang disampaikan oleh kumpulan yang menamakan mereka sebagai jemaah Zahidin. Di dalam video ini terlihat, Alfadhil Ustaz Muhammad Abu Bakar , Mudir Sekolah Annikmah dan juga merupakan Cancelor Daerah Kampong Chenang yang bertindak sebagai moderator dan penerjemah di antara ahli rombongan CRM dan Mufti Jemaah Zahidin. 


Mufti Jemaah Zahidin sedang membacakan Alif Ba Ta, tetapi menurut Ustaz Abu Bakar terdapat beberapa huruf yang hilang. Berdasarkan keterangan beliau, ajaran ini mengambil asas kepada awal pertama kali AlQuraan yang diturunkan dengan ketidaksempurnaan huruf-huruf AlQuraan.


Mufti Jemaah Zahidin sedang memperdengarkan bacaan Al Fatihah versi mereka. Jika diamati secara teliti, gaya pembacaan terlihat sama dengan sami yang membaca mantera di kuil-kuil. Hal ini diakui kebenaran oleh Ustaz Muhammad. Tambah beliau, ini dimungkinkan oleh pengaruh buddha dan hindu yang masih mengental saat pertama kali Islam disebarkan di bumi Khmer ratusan tahun dahulu. Wallahualam.

Beberapa ciri untuk mengenal pasti jemaah ini ;
1. Solat hanya seminggu sekali, iaitu solat Jumaat sahaja
2. Khutbah Jumaat disampaikan dalam Bahasa Arab (kalau tak silap ada bahasa Champ lama)
3. Berserban tapi tidak berkopiah
4. Apabila suami berkeinginan melakukan hubungan kelamin, si suami akan memberi isyarat pada siang hari sebelum malam menjelma. Si isteri harus mempersiapkan ranjang dengan hamparan kain putih dari pintu masuk bilik hingga ke katil. Bilik turut dihiasi sebaik mungkin dengan isteri akan memberi layanan terbaik.
5. Selepas selesai solat Jumaat, akan ada kenduri yang disiapkan oleh para isteri

Disamping itu, pihak jemaah Zahidin ini turut disokong oleh Amerika Syarikat terutama dalam menyediakan guru-guru bahasa Inggeris serta pembukuan kembali kitab-kitab ajaran mereka. Menurut mufti jemaah ini juga, ahli-ahli jemaah Zahidin di Amerika Syarikat turut aktif dalam membantu penyebaran ajaran mereka. Apa yang dipikirkan oleh kita dibalik agenda tersirat Amerika ini?

p/s : ini adalah merupakan hasil yang didapatkan di lapangan, dan mungkin masih memerlukan penelitian lanjut oleh pihak-pihak yang arif dan berwibawa. Tapi secara harfiah, mereka sudah tergolong kepada golongan yang terpesong dari asas akidah Islam.














Saturday, March 10, 2012

Cambodia Relief Mission 2011 (part2)

Meneruskan perjalanan CRM di wilayah Chenang (kampong Chnang), yang memakan masa hampir 3jam perjalanan dari pusat bandar Phnom Peng. Antara yang menarik di perkampongan ini adalah, seperti mengimbau kembali keadaan di Malaysia sebelum kemerdekaan. Jalan tanah merah, kereta lembu, kereta kuda menghiasi pemandangan kami selama berada di sana. Antara yang tak terlupakan adalah, melewati malam hari dengan berlampukan cahaya dari bateri kereta serta kedinginan malam yang tak terkata melainkan 'berbungkus' lah kami. :) Dicatatkan suhu pada malam hari adalah di bawah 20°C beserta angin malam yang sepoi-sepoi berhembus menambahkan lagi nikmatnya :)

kereta lembu, pengangkutan yang diandalkan 
untuk mengangkat  hasil padi yang telah dituai
antara pelajar-pelajar sekolah Annikmah,
 kampong Chnang
menyucikan diri terlebih dahulu sebelum
mengadapNya
pondok tempat tinggal pelajar 
yang disumbangkan oleh 
dermawan-dermawan dari
 Malaysia
dapur bersama, masih mengandalkan kayu api
 sebagai bahan bakar
pam air bumi sebagai sumber air bersih utama 
(USD100)
pemeriksaan gua darah
pemeriksaan kesihatan dan konsultasi kesihatan

Berkesempatan meluangkan masa bersama sekumpulan masyarakat yang mengaku sebagai Islam (kumpulan zahidin) tetapi pada hakikinya bertolak belakang dari asas akidah. Antara yang ketara pada kumpulan masyarakat ini adalah, hanya menunanikan solat sekali seminggu iaitu hanya solat Jumaat, berserban tanpa berkopiah, membaca khutubah Jumaat dalam bahasa Champ yangmana teks khutubah tidak pernah berubah sejak puluhan tahun lalu serta banyak lagi yang tak terpikirkan oleh kita semua. Terima kasih kepada Ustaz Muhammad, Mudir Sekolah Annikmah yang membawa kami kesana. ( Kami naik kereta yang baru ustaz beli tuh :) )


 
Ustaz Muhammad, 2 dari kiri disamping mufti 
kumpulanZahidin (2 dari kanan)
antara jemaah kumpulan Zahidin
beserban tanpa berkopiah
teks khutbah Jumaat campuran bahasa Champ
 lama dan Arab
teks khutbah Jumaat (khutbah pertama)
teks yang akan dibacakan setiap hari
 Jumaat, 4 kali sebulan, 56 kali setahun
antara kitab yang diguna pakai
2 skrol untuk 2 khutbah
mimbar imam, seperti
singgahsana Ayah Pin
pemandangan dalam Masjid Kumpulan Zahidin
silaturahmi dan bertukar pandangan
antara kegiatan yang dilakukan sehabis program

memunggah hasil di atas kereta lembu


pekerja buruh paksa yang menjalani hukuman :)
gambar bersama anggota CRM dan warga 
Annikmah Kampong Chnang
Ustaz Toyyib, tenaga pengajar di Annikmah 
serta tuan rumah rasmi  CRM
kembar 3 (Hassan, Hussin, lupa lak satu lagi)
vrooom vrooom
jom balik rumah
gambar bersama ahli keluarga Ustaz Toyyib, Ustaz Qadir,
 Ustaz Asnawi, bprong Yusuf
Perjalanan ke Cambodia Islamic Centre (CIC), CIC adalah merupakan pusat pendidikan Islam terbesar di Kemboja. CIC menjadi simbol kepada perjuangan masyarkat Islam Champa yang senantiasa dahagakan ilmu. Tapi sayangnya, ia tidak diselia denga begitu baik memandangkan keterbatasan dana dalam menguruskannya. Sebelumnya, ia adalah merupakan sumbangan dari salah satu negara Islam di timur tengah, tapi dananya dihentikan sejak peristiwa 9 september.


kiri sekali, Mudir CIC
gaya parking Mudir CIC
rombongan CRM meninjau suasana
 pembelajaran di CIC
warga CIC muslimah
Prof Madya Dr Abdul Karim, Penasihat CRM
Dr Hasif dan Ustaz
Dr Haqif bersama srey-srey saat :)
Perjalanan ke Seam Reap, bandar yang terkenal dengan Angkor Watt. Agenda CRM diawali dengan pertemuan dengan staf Reproductive Health Association of Cambodia (RHAC) Seam Reap. Dilanjutkan dengan tinjauan ke lapangan yakni taklimat pendidikan kesihatan reproduksi serta pengambilan contoh darah pekerja-pekerja rumah urut di Seam Reap.

observasi lapangan (bukan melanggan
 tapi meninjau :D)
sesi tawar menawar, Dr Zainul menjadi model
 buku ...haha
korban kekejaman Pol Pot yang
 berusahamenjual buku-buku
pegawai RHAC memberi taklimat kepada
pekerja-pekerja rumah urut


sampel darah untuk kajian khususnya untuk 
pendataan HIV
suasana di atas bot, Tonle Sap
gereja terapung, Tonle Sap
rumah air di Tonle Sap
sekolah terapung
perkampungan di Tonle Sap
warga perempuan Tonle Sap sedang mengasingkan
 ikan dari jaring
kandang babi terapung
Angkor Watt


gambar bersama di Angkor Watt












pasar barang-barang cenderahati
 di Seam Reap






gambar bersama di depan pejabat Mufti Kemboja,
 Phnom Penh