seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Monday, December 24, 2012

Banjir di jalan alternatif Kuala Berang-Gua Musang

Hujan yang berterusan di beberapa buah daerah di Terengganu telah menegelamkan beberapa buah kampung dan jalan-jalan utama. Ini termasuk jalan alternatif dari Kuala Berang ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir. Pihak IPD Hulu Terengganu telah mengeluarkan notis bahaya khasnya untuk jalan alternatif tersebut. Ini dikhawtirkan akan keselamatan para pengguna jalan sewaktu melalui jalan tersebut. Sehubungan dengan itu, para pengguna jalan hendaklah merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat yang tepat terhadap situasi semasa kawasan yang bakal dilalui.



Monday, December 17, 2012

Bermusuh dengan kucing?


Umum diketahui bahwa kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat diminati oleh masyarakat kita di Malaysia. Tapi selain kucing, masih terdapat beberapa lagi haiwan yang menjadi pilihan antaranya arnab, anjing, hamster dan banyak lagi. Tapi utk kali ini, kita akan membicarakan ttg kucing.

Kucing, siapa yang tidak mengenali kucing. Bahkan kucing mempunyai saudara satu spesies sperti harimau, singa, cheetah dan apa-apa lagila. Jika biasanya kita membicarakan tentang kasih dan sayang terhadap kucing, tapi kali ini kita berbicara tentang bermusuh dengan kucing. Permusuhan apa yang dimaksudkan, permusuhan ini adalah apabila kucing tersebut telah melepaskan 'hasil olehan usus' di kawasan rumah anda. Bermula dari itu, permusuhan diperhitungkan....

Mungkin pelbagai cara dan strategi yang telah anda gunakan untuk memenangkan pertarungan tersebut. Pertarungan ini akan makin sengit sekiranya kucing tersebut adalah merupakan kucing jiran anda yang ada maklumi jiran tersebut kurang memperdulikan kucing-kucingnya.

Di sini saya ingin berkongsi berberapa startegi untuk memenangkan pertarungan tersebut. Antara klasik strategi adalah lidi ataupun air. Walaupun kedua ini dilihat sebagai oldschool tapi keampuhannya masih dapat diperhitungkan. Kalau tak caya, cuba lagi.

Antara strategi lain adalah, menggunakan cuka. Kenapa cuka?Jika difikirkan logik akal,kucing mempunyai deria bau yang sensitif. Manakala diketahui umum bahwa bau cuka amatlah keras. Jadi, kemungkinan ini dijadikan peluang untuk memenangkan pertarungan tersebut. Kalau kurang yakin, cuba anda berada di kawasan pengumpulan sampah,nescaya anda tidak mampu bernapas dengan keadaan sedemikian rupa....Taktik ini diguna pakai untuk menyahkan teritori kucing tersebut. Cuka ini anda sembur pada kawasan 'lepak' kucing tersebut. InsyAllah kawasan yersebut berjaya anda rampas.

Selain cuka, serai wangi yang banyak diwar-warkan sebagai pebasmi tikus juga dapat dijadikan alternatif. Konsepnya sama, iaitu mengakali deria bau kucing tersebut.
Satu lagi adalah dengan menggunakan bola. Tapi taktik ini terkadang masih dalam tahap ekperimen memandangkan tiada bukti ilmiah akan keberhasilannya. Bola ini dijadikan sebagai 'orang-orangan'. Konsep yang selalu diguna pakai untuk menghalau burung-burung disawah. Penggunaannya dikhabarkan hanya meletak bola tersebut di kawasan yang menjadi pot panas. Tapi harus diingat janglah bola pingpong,kalau boleh letakla bola saiz bola sepak.

Yang berikutnya adalah melayangkan surat layang kepada pemilik tersebut. Maklumkan akan keresahan jiran-jiran. Hehe.....

Tapi jangan sesekali memanggil bantuan dari orang Myanmar,  kerana hasilnya memang memuaskan tapi taktik yang diguna pakai agak radikal iaitu menangkap dan memmkannya.....Kalau tak caya,pergila tanya. Alasannya mudah,saving.

Sunday, December 16, 2012

Adab Memasak

Islam itu indah...dalam setiap apa yang kita lakukan jika dikarenakanNya mesti diberi ganjaran yang setimpal walaupun pada zahirnya ia kelihatan kecil. Jom kita menanam amal untuk dunia yang seterusnya..

Saturday, December 8, 2012

Nasi Kandar Line Clear


Nasi Kandar Line Clear, bagi peminat Nasi Kandar pasti mengetahui keberadaanya khasnya yang tinggal di Penang. Bahkan 'Line Clear' telah menjadi branding yang tersendiri. Jika dilihat pada menu, mungkin dilihat sama dengan Restoran2 Nasi Kandar yang lain tapi Line Clear tetap mempunyai sentuhan yang tersendiri. 

Tempat beroperasinya Line Clear adalah di Penang Street. Dan yang menariknya, bukan restoran mewah yang harus dicari tapi restoran tepi jalan dicelah-celah penuhnya deretan bangunan kedai. Mungkin konsep ini cuba dikekal sejak dari awal ia beroperasi. Tapi yang pasti, pelanggan tak pernah putus. Betol lah apa yang dikata, kedai biasa belom tentu hasilnya biasa.

Line Clear bukan hanya menjadi tarikan dalam negeri,bahkan masyarakat antarabangsa turut meminatinya terutama dari Jepun dan Korea. Dalam temubual secara tak sengaja dengan pemilik restoran ini, beliau mengatakan bahwa kejayaan harini didorong usaha perintis terdahulu. Sekiranya dahulu, Nasi Berlauk hanya dijual bergerak dengan 'mengandarkan'nya dibahu, maka dari situlah dikenali Nasi Kandar iaitu nasi pikul...Antara faktor kejayaannya adalah resipi masakan yang betul-betul mampu memikat selera ramai orang. Beliau mengatakan bahwa seluruh bahan-bahan rempah didatangkan khas dari India bagi mengekalkan resipi asli.

Dengan konsep yang sederhana,tapi pelanggannya tidak semestinya sederhana bahkan golongan diraja,politikus,artis dan kenamaan turut menjadikan Line Clear sebagai persinggahan wajib untuk persoalan selera. Buktinya, lihat sahaja di dinding album restoran tersebut. Penuh dengan deretan gambar.
Waktu perniagaan Line Clear jika tidak silap 24jam iaitu nontstop. Hanya ditutup pada hari-hari perayaan sahaja. Tapi sekadar peringatan untuk yang pertama kali datang,jangan datang pada waktu makan tengah hari atau hari cuti melainkan siap untuk beratur panjang. Sekadar tips untuk dikongsi,datangla sebelum waktu makan tengah hari.hehe

Okela,selamat menjamu selera.....

Thursday, December 6, 2012

Durian dalam durian

Alkisahnya sewaktu mak ayah aku datang bercuti ke Ipoh di kala musim durian. Di Perak ni, ibarat cendawan tumbuh sesudah hujan apabila melihat begitu ramainya peniaga durian ekpres. Di mana-mana tempat ada je gerai-gerai durian.

Aku ni nak dikatakan hantu durian tidaklah tapi boleh layan la. Tapi sejak peristiwa di ICU, selera terhadap durian ni mulai hambar. Biarlah bertimbun durian di depan, tapi da tak tergoda...Mungkin Post Traumatic Syndrome kot....

Tapi kali ni, cerita ni lebih berkisahkan ayah aku. Seorang pecinta sejati durian. Walau seorang diri, ayah aku dapat menghabiskan berbiji-biji buah durian dengan selamber je. Pasal harga kadang-kadang dia tak kisah asalkan sedap. Tapi durian yang sedap tetap durian kampung, yang mana pernah aku bawak balik dari perkampungan Orang Asli Gua Musang.


Nak dijadikan cerita, dalam meraikan musim durian ni, ayah aku ni berburu la durian di merata tempat. Kalau di Perak yang terkenal adalah di sekitar Bukit Gantang atau Tapah. Dalam keasyikan berburu, kami sekeluarga dikejutkan dengan satu hal begitu menarik minat kami iaitu menemukan durian dalam durian. Durian ni durian tembaga. Betul-betul memeranjatkan. Tapi itulah, apapun ia sepastinya tunduk pada 'kun fayakun', Jika Allah berkehendak maka jadilah walaupun pada hemat kita manusia itu adalah mustahil.


Begitu juga kisah bunga durian dan buah durian pada pokok yang sama tapi berlainan dahan. Aku secara peribadi pernah menemukan banyak pokok-pokok durian di Gua Musang yang sudah di luar ketentuan musim. Sekarang durian tidak lagi bermusim pada bulan-bulan tertentu sahaja tapi sudah boleh didapatkan bila-bila masa. Itulah Keagungan dan Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatunya.