seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Thursday, December 29, 2011

Cambodia Relief Mission 2011 (part1)

Kemboja
Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankanvThailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.

Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.
Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi.

Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik TonlĂ© Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.
(sumber wikipedia)




wilayah-wilayah (negeri) di Kemboja

Sejarah Melayu Champa
Negeri-negeri Melayu Champa tertegak antara abad ke-3 hingga abad ke-15 Masihi dengan kekuatan dan pengaruh yang meluas. Sepertimana keseluruhan Nusantara Melayu, fahaman Hindu-Buddha mencorak pemerintahan beraja dengan unsur-unsur ketuhanan yang menjadi sumber pujaan rakyat.

Kawasan negeri-negeri Champa terletak di pertengahan dan selatan Vietnam masa kini. Bahan-bahan artifak dan monumen sejarah yang menakjubkan masih lagi wujud. Peninggalan ini serta penulisan yang ada memberi gambaran keupayaan Bangsa Cham mengolah pemikiran abstrak serta idea-idea falsafah yang tinggi. Ini mencernakan budaya Cham yang tersendiri yang berbeza dengan kuasa-kuasa besar sezaman dengannya iaitu Vietnam, Khmer di Kemboja, Siam dan China.

Abad ke-12 menyaksikan permulaan pertembungan besar antara kerajaan Champa, Khmer, Siam dan Vietnam. Champa pula bukanlah satu persekutuan negeri-negeri yang kuat. Bahkan ia dikuasai oleh golongan-golongan berdarah raja yang sering bertelingkah sesama sendiri. Dalam keadaan tertentu, raja yang kuat dapat menggarap kekuatan untuk menyerang kuasa besar yang lain. Ini berlaku pada tahun 1371 apabila armada laut Cham menyerang pusat pemerintahan Raja Vietnam.

Satu ratus tahun kemudian, armada perang Vietnam menyerang Vijaya, ibu negeri Cham. Raja Cham dibunuh bersama dengan rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Dari situ, bermulalah penghijrahan bangsa Cham ke Kemboja dan ke seluruh nusantara Melayu. Negeri-negeri Cham kemudiannya dijajah secara berperingkat dengan daerah Cham yang terakhir dijajah secara rasmi pada tahun 1834-35 oleh Vietnam.

Kedatangan Islam ke Champa
Perbezaan fahaman agama antara golongan istana dan rakyat jelata masih boleh dikesan hingga ke hari ini. Perkampungan Or Ressei, lebih kurang 50 km daripada Phnom Penh, merupakan kelompok keturunan istana Raja Champa. Amalan Islam mereka banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur batiniah serta upacara-upacara mistik kehinduan. Ini berbeza sekali dengan rakyat Cham yang lain, yang rata-rata ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e, yang tiada bezanya dengan amalan Islam di Malaysia.

Proses Islamisasi bangsa Cham meningkat dengan mendadak apabila Putera Raja Khmer, Ponhea Chan menaiki takhta Kemboja dengan bantuan golongan Islam pada tahun 1642. Beliau memeluk agama Islam dengan mengambil nama Ibrahim. Musuh raja Ibrahim tidak berpeluk tubuh. Beliau telah digulingkan dengan bantuan Raja Vietnam dan dipenjarakan dan mati di Hue, Vietnam pada tahun 1650.

Pada tahun 1691-97 Vietnam mengambil-alih pelabuhan-pelabuhan Cham dan penghijrahan meningkat dan sampai ke kemuncaknya pada tahun 1790-an apabila Raja Cham, Po Ca Ci Bri membawa pengikut-pengikutnya masuk ke Kemboja. Mereka membina masjid besar Noor Alihsan di Chrang Chamraes di pinggir kota Phnom Penh.

Kemboja : Sejarah Sepintas Lalu
Enam puluh tahun pertama abad ke 19, Kemboja menjadi medan pergelutan dua kuasa besar serantau-Siam dan Vietnam. Percaturan politik istana Raja Kemboja merupakan dinamika untuk memelihara, menyekat ataupun mengembangkan pengaruh salah satu kuasa besar ini. Maharaja Vietnam menegaskan dengan sinis “ Kemboja merupakan satu negara yang berdaulat dan hamba kepada dua (iaitu Vietnam dan Siam) “.

Dengan kuasa pentadbiran dan pemindahan penduduk daerah utara-barat Kemboja diserap ke dalam pemerintahan Siam manakala daerah Kampuchea Krom di selatan Kemboja pula diserap ke dalam pemerintahan Vietnam.

Dengan tiadanya pemerintahan pusat yang kuat, muncullah pemerintah-pemerintah setempat yang mempunyai wewenangnya yang tersendiri untuk terus berkuasa. Rakyat jelata hanya dilihat sebagai sumber hasil percukaian yang mesti sentiasa diperah.

Pemerintahan Perancis bermula pada tahun 1863 apabila Raja Kemboja Norodom menandatangani perjanjian keselamatan dengan pegawai-pegawai Perancis melalui konsensi balak dan logam galian. Untuk terus berkuasa, Raja Norodom pada tahun 1884 mementerai perjanjian yang mengandungi klausa berikut :
‘ D.Y.M.M Raja Kemboja menerima segala perubahan pentadbiran, perundangan, kewangan dan perniagaan mengikut budi bicara kerajaan Peranchis pada masa-masa akan datang yang dianggap berguna oleh kerajaan Peranchis untuk menjayakan tanggung-jawabnya melindungi keselamatan Kemboja’.

Penjajahan Perancis berterusan sehingga kemerdekaan Kemboja tercapai pada tahun 1953. Corak pemerintahan di Kemboja selepas ini banyak diwarnai oleh personaliti Raja Sihanouk.

Indo-Cina pada masa itu sedang terus bergolak dengan penglibatan langsung kuasa-kuasa besar dunia-Amerika, Russia dan Cina. Keamanan serta kemakmuran Kemboja tertakluk kepada arus-arus pergolakan politik yang sedang bergelora. Perang saudara meletus pada tahun 1970 apabila General Lon Nol merampas kuasa dengan sokongan Amerika dan Sihanouk mendapat sokongan daripada Cina dan Pol Pot. Bermulalah malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja termasuk umat Islam Melayu-Champa.

Perjanjian damai di Peranchis pada tahun 1991 membuka era baru bagi Kemboja. Pemerintahan Liberal-Demokrasi dengan Raja Berpelembagaan menyaksikan kemunculan 3 parti politik yang besar di Kemboja – Cambodian Peoples’ Party di bawah pimpinan HunSen, FUNCIPEC di bawah pimpinan Putera Ranarridh dan Sam Rainsy Party.

Kini bilangan penduduk Melayu-Champa dianggarkan 500,000 daripada jumlah penduduk Kemboja 13 juta. Namun begitu dari segi politiknya masyarakat Melayu-Champa dianggap penting kerana mereka merupakan penentu dalam pilihanraya. Di Parlimen waktu kini CPP mempunyai 73 kerusi, FUNCINPEC 26 dan Sam Rainsy Party 24. Daripada jumlah ini 11 kerusi parlimen diwakili oleh orang-orang Islam. Perlembagaan Kemboja menentukan bahawa kerajaan hanya boleh dibentuk apabila ia mendapat sokongan 2/3 daripada jumlah kerusi di Parlimen.
Kini, di Kemboja, pilihanraya terakhir telah dilaksanakan pada bulan Julai 2008.

Genosid dan Penghapusan Etnik Melayu-Champa di Kemboja 1975-79
Konvensyen Antarabangsa Genosid tahun 1948 menakrifkan genosid (genocide) sebagai pelbagai tindakan seperti “membunuh manusia daripada sesuatu kelompok yang mempunyai identiti nasional, etnik, ras atau agama yang tertentu, dengan tujuan untuk menghapuskan sebahagian atau keseluruhannya sesuatu kelompok itu”.

Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi ‘alim ulama’ Islam sudah mula dibunuh. Apabila Phnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid.

Polisi penghapusan etnik ini terlaksana dengan beberapa pendekatan
Pendekatan pertama ialah penghinaan jiwa dan maruah bangsa Cham. Lelaki bangsa Cham yang konon berdegil untuk terus bersongkok, berkopiah atau berserban akan dibunuh. Begitu juga orang perempuan yang ingin terus berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurung. Semua dipaksa berpakaian hitam. Bahasa Melayu-Champa diharamkan langsung.

Pendekatan kedua ialah pengharaman amalan-amalan beragama. Sembahyang, berpuasa, membaca Al-Qur’an merupakan amalan–amalan yang ditegah. Masjid atau surau dirobohkan atau dijadikan stor makanan atau barang. Memakan daging babi dijadikan petanda untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan seseorang Cham itu kepada perjuangan komunis. Dua kampung kecil orang Islam di Kahpol dan di Svey Kliang telah bangun melancarkan jihad. Mereka rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan komunis.
Pendekatan ketiga ialah pemindahan-paksa. Masyarakat Cham dari sesuatu kampung dipecah-pecahkan dan dihantar ke tempat-tempat yang jauh di antara satu sama lain. Ketiga-tiga pendekatan ini mengorbankan banyak nyawa.

Fahaman komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor Wat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979.

Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975. 
(sumber www.gurumuslimkemboja.blogspot.com)

Cambodia Relief Mission (CRM)
CRM adalah merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran luar kelas dan pada waktu yang sama turut mengenegahkan misi kemanusiaan sebagai salah satu objektifnya. CRM ini dijayakan oleh pelajar-pelajar perubatan Kolej Perubatan Diraja Perak (RCMP) dengan kerjasama pihak Majlis Tertinggi Agama Islam Kemboja serta Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja. 



seluas mata memandang
ruang udara Phnom Penh
apa yang harus dilakukan selanjutnya...hummm
Mengadakan mesyuarat pertama di bumi Khmer, iaitu di depan Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja atau lebih tepatnya di depan pos pengawal keselamatan kedutaan.

mesyuarat pertama di bumi Khmer
Chief De Mission, Dr Zainul
ruang mesyuarat, kaki lima pos pengawal
 keselamatanKedutaan Besar Malaysia, Kemboja
tugu apa ntah ni....
Memulakan perjalanan dengan berbelanja ubat-ubatan serta perlengkapan kesihatan yang diperlukan sepanjang misi CRM. Sepastinya yang menjadi tumpuan adalah deretan kedai-kedai farmasi di pusat bandar Phnom Penh berdekatan pasar besar Phnom Penh. Antara yang menarik adalah, semua obat di sini dijual bebas tanpa preskripsi dan harganya memang terjangkau :)

mengenal pasti obat-obat yang hendak dibeli
borong sekotak, dalam USD 100
 kot nilainya
kedai farmasi rasmi CRM :)


Berkesempatan melawat tempat bersejarah utama yang tersimpan sejuta kisah kekejaman Pol Pot di bumi Khmer iaitu Choueng Ek Genocidal Centre.

Museum Choueng Ek
bacala sendiri apa yang ditulis tuh..hehe
pakaian mangsa kekejaman Pol Pot

kuburan mangsa Pol Pot



antara sebahagian pengunjung luar yang asyik
mendengar taklimat melalui  alat perakam
pokok ajaib
markas Pol Pot di Phnom Penh, tempat tahanan
sel-sel tahanan yang bagunan asalnya adalah
 merupakan sekolah



alat yang diguna untuk mendera
mangsa-mangsa
Meraikan Sambutan Tahun Baru Hijriah di surau Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja bersama-sama warga Malaysia di sana . Turut hadir sama adalah TYT Dato' Duta Besar. Majlis turut diserikan dengan acara makan-makan :)

bacaan Yaasin
ameen ya Rabbal Alamin
Memulakan misi pertama dengan mengadakan pertemuan dengan Sahibus Samahah, Alfadhil Ustaz Kamaruddin, Mufti Kerajaan Kemboja. Berkogsi pandangan serta berkesempatan mendengar kisah-kisah Islam di era Pol Pot hingga hari ini. Selain itu, kami juga amat bertuah kerana diberi keizinan untuk menumpang berteduh di Pejabat Mufti sepanjang di Kemboja memandangkan lokasi aktiviti berdekatan dengan pejabat Mufti.

dua dari kiri, Alfadhil Ustaz Kamaruddin
bergambar di atas tuk-tuk, kenderaan rasmi
Phnom Penh

harga minyak di Kemboja (1USD=4000) so,
mahal or murah harganya berbanding Malaysia


bersama mudir Annikmah Phnom Penh


sesi kebersihan mulut, mengosok gigi



potong memotong


gambar bersama pelajar-pelajar dan tenaga pengajar
Annikmah Phnom Penh

Paris de Mekong
nelayan di sungai Mekong

suasana matahari terbenam dari atas Sungai Mekong
sekali sekali guna teknik Silhouette

deretan rumah bot di atas sungai Mekong

perkampungan rumah air di Sungai Mekong

Melakukan kunjungan hormat di Hospital Sihanouk, Phnom Penh. Hospital ini menawarkan perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada masyarakat yang memerlukan. Tapi belakangan ini, perkhidmatan secara percuma diterhadkan dan beberapa jabatan terpaksa ditutup untuk sementara waktu sebagai langkah penghematan kerana penyumbang utama hospital ini adalah Jepun baru sahaja mengalami musibah gempa bumi dan tsunami.



Meneruskan perjalanan CRM di Preak Riang, pusat pendidikan tabligh yang terbesar di Phnom Penh. Antara cabaran utama adalah terpaksa mengharungi derasnya aliran sungai Tonle Sap untuk sampai ke lokasi. Tapi kesemua ahli CRM 'menghayati' perjalanan tersebut.


merentas arus sungai Tonle Sap


Mudir Pusat Tabligh Preak Riang
berbekam angin