seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Thursday, September 12, 2013

Belajar fitur Panorama

Anda tahu itu apa panaroma? Kalau dari segi bahasa semua orang mungkin tahu bahkan lebih arif dalam mendefinisikan makna ini. Tapi panaroma ini lebih terkait setting atau fitur pada kamera smartphone. Bahkan di DSLR pon ada, tai dikarenakan kejahilan dan kurang cakna, tak pernah pon nak ambil tahu.Haahaa....Sebenarnya, fitur ni secara tak sengaja belajar dengan adik aku. Almaklom, dia nak upgrade dari samsung S2 ke Iphone4s, pastu dia ajarla abang dia yang ntah apa-apa ntah ni. Maka aku pon bergurula dengan dia tapi tu bab mukadimah jela, selebihnya belajar sendiri jela...

Ternyata, fitur panaroma ni best guna kalau anda betul-betul pandai ambil angle and moment dia. Macam aku ni, aku ada DSLR dan kepakaran aku adalah natural picture or candid, so aku kurang perhatikan la bab-bab fittur panorama nih. Tapi ibarat orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta..Apabila da berkenalan, maka aku ambil keputusan untuk bercinta dengan fitur panoroma. Setiap moment aku nak buat panorama. Tapi xdela guna DSLR, sebab malas. So guna ajela hp cikau aku nih, Galaxy Note...Dan dikarenakan itu, bermulalah pengembaraan aku dengan fitur panoroma :)

muara Sungai Dungun 7am
Pantai Bandar Dungun

Tasik Kenyir dan lebuhraya belantara :)




Bisnes Kueh Raya

Hummm......raya da lepas lama da, tapi baru nk update pasal kueh raya...Almaklom, mood nak menulis jarang sampai :) Nak dijadikan cerita, alhamdlilah ramadhan kali ini memberi berkah seribu makna buat aku. Jika ramadhan tahun lepas penuh dengan duka, ramadhan kali ini diselimuti suka dan gembira. Jika kita perhatikan secara saksama, 9/10 dari rezeki datang dari perniagaan ada benarnya bahkan ia telah terbukti oleh ramai orang. Ramdhan kali ini bertepatan dengan cuti semester, 2-3 bulan jugakla bercuti. So, bagi memaknai cuti ini agar lebih bermakna dan berfaedah, usaha pertama adalah dengan melakukan penjajakan atau survei pasaran terleih dahulu. Ini penting untuk memastikan keefektifan apa yang kita lakukan......hahaha...

Dipendekkan cerita, bisnes kueh raya dimulakan dengan penasihat dan sifunya adalah emak aku. Dan ibu pejabat operasinya adalah di Ipoh manakala pasarannya di Terengganu. Aneh bukan?Tapi itu lah hakikatnya..Emak aku datang dari Terengganu dan berkampung di Ipoh sebelum puasa lagi, bagi meraikan aku nak ujian. Dah habis exam baru operasi ini semua dijalankan,alhamdulilah lulus exam...
Emak aku ni pandai buat kueh mueh, tapi malas nak buat sebab takde mood. Sama je dengan anak dia..haha..Tapi sebenarnya, sebab takde sape kat umah tu yang mood nak memasak or buat kueh tak berapa nak datang. Adik beradik aku cuma dua, aku ade adik and adik aku ada abang...hehe

Bisnes ni bermula sebab ada permintaan dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bandar Dungun, mereka ingin mengagihkan kepada pelajar-pelajar OKU di sana sempena Hari Raya...Alhamdulilah, pesanan dalam 5000biji...Dan disertakan juga pesanan daripada pihak SATU (Syarikat Ayor Terengganu), ade la dalam 9000 biji..Lepas tu ada pesanan lain dalam 3000biji.Kesemua pesanan ni meliputi 3 jenis kueh jah..Ada almond chocolate, famous amous chocolate dan biskut lada...

So, dapur rumah aku di Ipoh da macam kilang biskut da...Lepas sahur, operasi dimulakan hinggalah petang. Kadang-kadang sampai malam, almaklom tenggat waktu sempit. Teraweh banyak disempatkan di rumah sahaja, bukan bermakna tak meraikan kedatangan ramadhan almubarak di masjid. Setelah sibuk mengadun, menguli, mengayak, menekap dan membakar, sampailah waktu untuk membungkus. Bayangkan, ada lebih 15000 biji yang harus dipacking ke dalam lebih kurang 500 bekas kueh..Lepas itu, nak dihantar ke Terengganu. Ada 9 kotak besar semuanya...Untung ada jiran sebelah rumah ada lori dan bisnes buat biskut gak, dan kebetulan nak ke Terengganu. So, apa lagi mintak tolongla...haha
Takpayah cerita banyak, kita tengok gambar kat bawah jah.. Pasal untung, alhamdulilah bolehlah buat tersenyum :)







Tuesday, August 27, 2013

Seharusnya aku pergi...............

Alhamdulilah, setelah sekian lama menyepi akhirnya kembali berkesempatan untuk kembali merungkai kata-kata. Sedar tidak sedar, ramadhan kembali menjelma dan ia mengingatkan kisah ramdahan yang lalu. Kisah di mana aku berjuang antara hidup dan mati, yang meninggalkan kisah suka dan duka buat aku sekeluarga. Tapi pada dasarnya, ujian yang melanda tempoh hari bukan penghalang dan penghambat serta melemahkan semangat tapi sebagai pemangkin untuk terus kuat berjuang untuk hari-hari mendatang. Kerana aku percaya, Allah tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya jika hambaNya tidak mampu menghadapinya, kerana dengan banyaknya ujian dariNya berarti kasih dan saying dari Nya tidak pernah putus.

Ramadhan kali ini turut disempatkan untuk kembali menghayati apa yang tersirat dan tersurat di balik ujian yang tidak pernah putus-putus daripadaNya. Dengan kesihatan yang sempat turun naik, dan beberapa kali mendapatkan perawatan di hospital bahkan beberapa kali harus diistirehatkan di hospital benar-benar menguji mental dan fizikal aku sebagai hambaNya. Tapi apa yang pasti, aku masih diberi kesempatan olehNya untuk terus menghirup udara segar hinggalah saat ini.

Tapi di balik ini semua, ada kisah yang terus membekas di hati aku hingga hari ini. Kisah di mana aku ditanya oleh SN Noryza yang menjaga aku di ICU tempoh hari. Kenapa aku mengalirkan air mata tanpa henti-hentinya sewaktu koma tempoh hari. Secara spontan aku menjawab  kepada beliau, bahwa aku tidak tahu. Berhari-hari aku memikirkan hal itu hingga suatu hari aku menemukan jawapan kepada soalan tersebut. Kenapa aku mengalirkan air mata tanpa henti-hentinya tempoh hari? Kerana aku belum redha untuk meninggalkan kedua orang tuaku, amal yang masih kurang dan hutang kebendaan dan budi yang masih belum mampu aku bayar. Di kala itu, aku merasakan berada di suatu kawasan yang luas dan cerah, tidak ada sempadan pasti hingga aku merasakan betul-betul tersesat. Di kala itu jua, aku seakan-akan ditanya soalan adakah aku siap untuk mati? Aku tidak mampu menuturkan sebarang kata melainkan mengalirkan air mata tanpa hentinya, yang pada akhirnya ia disedari oleh orang lain,iaitu SN Noryza. Ini mungkin kelihatan tidak munasabah bahkan cenderung diada-adakan tapi itulah yang aku alami. Jika ianya dikatakan sebagai mimpi, mungkin sahaja ia permainan tidur tapi yang nyata moral di balik itu.


Jika kita pada harini ditanya dengan soalan yang sama, adakah kita mampu memberikan jawapan pasti? Adakah kita siap untuk kembali ke alam sana? Yang pastinya, hanya amal kita yang mampu memberikan jawapan pasti kepada soalan tersebut. Allah telah mengingatkan kepada setiap hambaNya, bahwa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Maknailah kehidupan yang kita ada dengan redhaNya, insyAllah.

Monday, May 27, 2013

Paliatif Unit dan Makna Kehidupan



'Paliatif Unit' bukanlah pengakhiran kepada sebuah kehidupan kerana padanya masih tersimpan asa untuk diperjuangkan....asa yg harus sentiasa dibakar dengan semangat dan moral dari keluarga mahupun sahabat agar tetap tabah mengharungi dugaan.....

Suami terlantar kesakitan, isteri teguh setia menabur kasih dan sayang...
Isteri terbaring kesakitan, suami siap sedia berbakti....
Ibu bapa yang layu dimamah usia, anak kembali menebar senyum dan tawa...

Sebuah kitaran kehidupan yang padanya ada sebuah kisah kasih utk dipelajari. Bukan untuk siapapun tetapi untuk kita sendiri memaknainya.

Dan kiita mungkin terbiasa dibuai dengan kata kasih, sayang dan cinta setiap masa tapi adakah kita memaknainya? Adakah kita mampu merefleksikan semua ini kepada sebuah tindakan?

Ada 2 kisah yang menarik untuk dikongsi bersama :

Kisah 1.

Terbaring layu seorang lelaki yang dahulunya kuat dan bertenaga. Tapi kini kurus, tidak bermaya dan tidak bersemangat. Disahkan mengidap kanser kelenjar tahap 4 akhir tahun lalu, betul-betul merubah segala-galanya baik untuk empunya badan, mahupun keluarga.

Tapi tiada yang menyangka, dibalik dugaan ini tersimpan rapi kisah kasih seorang isteri kepada suami. Ketabahannya sebagai isteri diuji tapi dengan kekentalannya dia masih mampu berdiri menghadapi kenyataan pahit ini. Sejak suaminya disahkan mendapat kanser,

sang isteri la yang memikul semua tanggungjawab yangmana dipikul suami sebelumnya. Ditambah dengan menjaga suami yang terlantar sakit.

Kasih dan sayang tidak berubah walau sedikit pon, ditambah dengan kebersamaan anak-anak yang selalu ada di sisi. Segala usaha dan keringat mereka perjuangkan agar ia bukan pengakhiran yang sia-sia. Tidak dinafikan, bahwa bantuan untuk golongan ini selalu ada, tapi sampai bila mereka harus menagih simpati? Dikarenakan itu, keluarga adalah segalanya.

Kisah 2.

Seorang nenek berketurunan Tiong Hwa telah sekian lama menjadikan wad paliatif sebagai rumahnya. Beliau telah disahkan menderita kanser mulut beberapa tahun lalu, tapi masih mampu bertahan hingga harini. Sebagai konsekuensinya, beberapa kali pembedahan telah dijalankan khasnya untuk membuang bahagian yang dijangkiti. Sekarang, sebahagian dasar mulut beliau elah tiada, tapi yang pastinya beliau masih ada hingga ke harini.

Tapi apa yang menarik dibalik kisah ini adalah, kasih sang suami yang telah pun uzur tapi masih selalu setia menemani. Jika ditelusuri secara mendalam kisah mereka, sebelum ini mereka tinggal bersama di Batu Gajah. Tapi, sejak disahkan kanser dan perlu mendapatkan rawatan yang sekerap mungkin. Pasangan warga emas ini telah dipisahkan oleh anak-anak mereka. Sang ayah, dijaga anak mereka di Batu Gajah manakala sang ibu, dijaga oleh anak mereka yang lain di Ipoh. Keputusan ini mungkin terlihat kejam bagi mereka, tapi ini semua adalah untuk kebaikan semua pihak. Sang isteri harus menerima rawatan yang sekerap mungkin di Ipoh, lantaran itu anak-anak mereka memutuskan ibu mereka tinggal di Ipoh. Manakala sang ayah masih ada di Batu Gajah. Tidak hanya itu, antara tujuan lain mereka dipisahkan adalah bagi memastikan ayah dan ibu mereka mendapat perhatian yang sewajarnya dari anak-anak. Menjaga warga emas yang telah lanjut usia bukan semudah disangka, ditambah lagi dengan pelbagai risiko kesihatan yang ada. Inilah yang menjadi pertimbangan mereka. Tapi ironinya, ibu bapa kita tidak mudah mengalah membesarkan anak-anak walaupun pelbagai dugaan dan rintangan.Mungkin untuk kes ini, terkecuali :)

Bilamana sang suami merindui isterinya di Ipoh, beliau akan berkelana dari Batu Gajah ke Ipoh dengan menggunakan bas. Itulah rutin beliau, ini dilakukan semata-mata tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka. Tatkala isteri ditahan di hospital, maka setiap hari la sang suami akan datang menziarahi isteri beliau dari Batu Gajah. Begitu kasih seorang suami yang telah pun uzur terhadapa isterinya. Mungkin janji hidup semati la yang mendorong pasangan ini terus bertahan hingga ke harini.

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:

1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit

5. Hidup sebelum mati.


Penjelasan:

1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.


Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

Friday, May 17, 2013

Hari Pendidik

Bilamana kita sibuk meraikan dan mengucapkan hari guru antara sesama.Kita melupakan insan-insan yang tiada hentinya mendidik kita dari kecil hingga besar iaitu ibubapa kita..Sisihkanlah sedikit penghargaan untuk Ayahanda dan bonda kita semua walau apa pun profesi mereka...kerana ada nya kita hari ini adalah hasil coretan mereka dari awal lagi...Selamat Hari Pendidik buat ayahanda dan bonda...

Ucapan ini juga tak terkecuali buat semua warga pendidik, tak kira seberapa besar ilmu dan pengorbanan yang anda curahkan.


Monday, April 22, 2013

Mahabbah KOA Tonggang

Alhamdulilah, pada 19-21 April 2013 yang lalu bertempat di KOA Tonggang telah dijayakan sebuah program yang dinamakan 'Mahabbah Outreach Comrade IIUM KOA Tonggang'. Program ini adalah merupakan program komuniti dan dakwah dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa dengan dibantu oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan  Agama Islam Perak (JAIPk) dan Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta.

Program yang dianjurkan ini lebih banyak menekankan konsep dakwah dan asas pengukuhan Islam dikalangan masyarakat Orang Asli. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti malam kebudayaan Islam, kelas fardu ain, makan bersama, solat berjamaah dan lain-lain lagi. Antara objektif lain mereka adalah ingin mengaplikasikan konsep Islam dalam kehidupan seharian. Kerana, Islam bukan semata tertakluk persoalan ibadah tetapi merangkumi semua aspek kehidupan.

Secara keselurahan,program ini berjaya dilaksanakan dan objektif yang diimpikan mampu direalisasikan dengan baik.

Tuesday, April 16, 2013

Sahabat belantara vs sahabat urbanisasi


Bersahabat dengan sahabat belantara dan alam ternyata lebih menyenangkan berbanding bersahabat dengan sahabat urbanisasi....

Kerana padanya,hati didamaikan dengan hijaunya daun-daun yang merimbun, tenangnya air sungai yang mengalir, dihiburkan dengan alunan merdu mergastua yang bebas berkeliaran.
Tapi sahabat urbanisasi belum tentu menjamin kebahagiaan dan kenyamanan. Kerana padanya ada hasad dengki, kepura-puraan, dipermainkan, dikhianati dan sebagainya.

Hati yang rapuh mudah saja remuk dilambung badai serakah urbanisasi yang tidak mengenal belas ehsan dan empati.

Sunday, April 14, 2013

Take & Give


Akhir-akhir ini seakan memaksa diri melebihi kapasiti yang seharusnya. Dengan agenda yang sentiasa penuh setiap hari dari awal pagi hingga larut malam, dengan tuntutan kerja 100% seakan sudah sampai ke kemuncak.

Pada akhirnya,keadaan fizikal dan kesihatan menjadi pertaruhan.
Ini juga termasuk dengan faktor cuaca yang begitu ekstrim akhir-akhir ini turut mempengaruhi keadaan kesihatan secara am nya.

Pada dasarnya, badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya agar dapat kembali kepada keadaan yang sediakala. "Take and give"

Kepentingan umum sudah ditunaikan, sekarang waktu untuk kepentingan peribadi



p/s :
1.perjalanan ke KOA di Sg Siput dan bermalam
2.travel ke utara semenanjung dalam tempoh semalam
3.travel ke KLiA dalam cuaca yang begitu mencabar dalam tempoh satu hari

Sunday, March 31, 2013

Perjuangan dan kehidupan


Aku dan kehidupan

Akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan yang mana setiap satunya ada keutamaan tersendiri. Dalam pada kesibukan tersebut,masih berkesempatan untuk mengendalikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Dakwah Kebajikan Orang Asli Hulu Kinta. Sebuah badan yang diasaskan atas dasar kebersamaan dan kepeduliaan antara sesama khasnya untuk masyarakat Orang Asli. Alhamdulilah,sudah 3 bulan lamanya badan ini beroperasi dan 3 bulan tersebut juga telah memikul amanah sebagai setiausaha badan tersebut. Jika ada yang berkesempatan, dapatlah kirannya ke laman Dakwah Kebajikan OA

Wednesday, January 16, 2013

Disempat-sempatkan


Alhamdulilah...dalam kesibukan urusan dunia, berkesempatan menunaikan tanggungjawab fardu kifayah sebagai muslim untuk solat jenazah di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kebetulan HRPB adalah jajahan daku...hehe...
Almarhumah adalah merupakan Orang Asli suku Temiar dari kampung Sg Baduk,Ulu Kinta. Jika pagi disempatkan untuk mengambil bahagian dalam tuntutan fardu kifayah, malam ba'da Isya disempatkan untuk sama-sama bertahlil dengan keluarga almarhumah dan warga kmpg Sg Baduk. Proses solat jenazah dan tahlil diimamkan oleh sahabat dari Jabatan Agama Islam Perak , Ustz Halim dan Ustz Zamri dari JAKIM.
Semoga almarhumah dipermudahkan segala urusannya. Amin.




Saturday, January 12, 2013

Bersugi


Bersugi adalah merupakan salah satu sunnah baginda Muhammad SAW dalam menjaga kebersihan diri. Mungkin perkataan bersugi agak asing bagi sesetengah orang tapi apabila 'berus gigi' atau 'gosok gigi', mungkin ramai yang sedia maklum.
Pada asasnya, konsepnya adalah sama dengan berus gigi biasa melainkan berusnya adalah dari kayu sugi yang hujungnya dipecahkan sedikit agar dapat terbentuk seperti berus. Biasanya bersugi tidak memerlukan obat gigi,tapi tak tahu lah jika ada yang melakukan kombinasi.
Bagi saya peribadi, sudah beberapa bulan saya tidak memberus gigi tapi tidak berarti saya mengabaikan kebersihan gigi kerana saya sudah beralih kepada kayu sugi. Jika dikatakan hasilnya, sangat memuaskan. Tapi pada kebiasaanya sesudah bersugi saya akan berkumur dengan listerine untuk memberi kesegaran pada mulut. Tapi ini tergantung individu.




Diriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, "Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah :
-KEBAIKAN & KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK
1) MEMBERSIHKAN MULUT.
2) MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
3) MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.
4) ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
5) MENGUATKAN GUSI.
6) MENGHILANGKAN GELEMA.
7) MEWANGIKAN MULUT.
8) MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
9) MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
10) MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT

Selain daripada semua kelebihan di atas, bersugi adalah SUNNAH RASULULLAH. (Munabbihat Ibni Hajar)

WAKTU YANG SESUAI MENGGUNAAN SUGI:
1) KETIKA MAHU SOLAT.
2) KETIKA MAHU MENGAJI QURAN.
3) KETIKA MAHU BERSAMA ISTERI.
4) KETIKA MAHU TIDUR
5) KETIKA AMBIK WUDUK.
6) SELEPAS MAKAN.
7) SELEPAS BANGUN TIDUR.

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW. menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda :“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi).Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah SAW. adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesihatan gigi.

Tahukah anda bahwa bersiwak itu penting dalam Islam? 
Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana yang demikian (bersiwak) itu menyihatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
“Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis orang-orang soleh, dan duduk di dalam majlis para ulama”. (Thibbi Nabawi)

Proses pencemaran proton pada gigi.
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasam untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak akan menebal dan menjadi keras. Plak ini sukar dibersihkan secara fizikal seperti mencungkil, menggosok gigi dengan berus gigi dengan ubat gigi dan sebagainya.

Proses Gigi Mendapat Elektron 
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berusaha untuk mengawal aktiviti biotik dan terhindar dari jangkitan kuman. Oleh kerana itu, gigi yang digosok dengan kayu siwak (kayu sugi /Malaysia) mempunyai kemampuan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada menyungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosok beberapa gigi saja, elektron akan tersebar ke gigi lain yang bersebelahan apabila gigi tersebut bersentuhan atau rapat. Plak dibahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu siwak.
Dengan hanya menggosok dibahagian depan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menanggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.Oleh kerana itu, menggosok tidak perlu mencapai keseluruh permukaan gigi termasuk gigi belakang dan geraham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang tersebut perlu digosok karena elektron tidak mengalir dengan sempurna dari gigi depan.

Berus Gigi Linen atau Plastik
Terdapat berbagai berus gigi atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat berbagai teknik dan reka bentuk. Di antara teknik yang digunakan ialah seperti mesin getar, mesin yang memutar berus, pengurut gusi dari getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan berbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan berbagai bentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan sempurna. Berus yang dibuat dari linen atau plastik amat mudah memerangkap bakteri. Itulah sebabnya persatuan doktor gigi menyarankan agar berus gigi diganti setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia boleh membahayakan kesihatan gigi.
Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya (termasuk Indonesia) terjadi lonjakan barangan keperluan yang dibuat dari sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan pada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),“Lazimnya berus yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus penggosok sajadah dan songkok, berus gigi dan berus cukur dikhuatirkan mengandung bahan haram ini.”
Di saat umat Islam dilanda kebimbangan mengenai status barang halal, khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW. telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 1430M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat berbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder, tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.

Cara Menggunaan Kayu Sugi atau Siwak.
Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:
1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat digigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merosak gusi apabila digunakan.
2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan dipakai sahaja.
3. Siwak yang kering akan merosak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.
4. Bahagian hujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.

Monday, January 7, 2013

Do Healthcare Workers Practice What They Preach

Tajuk yang menarik bukan? Ini adalah merupakan judul artikel sebuah kajian yang dijalankan di kalangan tenaga kesihatan terkait gaya hidup mereka. Hasil kajian yang didapati cukup mecengangkan bahkan cenderung memalukan instansi kesihatan. Jika kajian seperti ini dijalankan di Malaysia, mungkin hasil yang diperolehi hampir sama dengan kajian tersebut.

Tekan untuk baca seterusnya