seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Monday, May 27, 2013

Paliatif Unit dan Makna Kehidupan



'Paliatif Unit' bukanlah pengakhiran kepada sebuah kehidupan kerana padanya masih tersimpan asa untuk diperjuangkan....asa yg harus sentiasa dibakar dengan semangat dan moral dari keluarga mahupun sahabat agar tetap tabah mengharungi dugaan.....

Suami terlantar kesakitan, isteri teguh setia menabur kasih dan sayang...
Isteri terbaring kesakitan, suami siap sedia berbakti....
Ibu bapa yang layu dimamah usia, anak kembali menebar senyum dan tawa...

Sebuah kitaran kehidupan yang padanya ada sebuah kisah kasih utk dipelajari. Bukan untuk siapapun tetapi untuk kita sendiri memaknainya.

Dan kiita mungkin terbiasa dibuai dengan kata kasih, sayang dan cinta setiap masa tapi adakah kita memaknainya? Adakah kita mampu merefleksikan semua ini kepada sebuah tindakan?

Ada 2 kisah yang menarik untuk dikongsi bersama :

Kisah 1.

Terbaring layu seorang lelaki yang dahulunya kuat dan bertenaga. Tapi kini kurus, tidak bermaya dan tidak bersemangat. Disahkan mengidap kanser kelenjar tahap 4 akhir tahun lalu, betul-betul merubah segala-galanya baik untuk empunya badan, mahupun keluarga.

Tapi tiada yang menyangka, dibalik dugaan ini tersimpan rapi kisah kasih seorang isteri kepada suami. Ketabahannya sebagai isteri diuji tapi dengan kekentalannya dia masih mampu berdiri menghadapi kenyataan pahit ini. Sejak suaminya disahkan mendapat kanser,

sang isteri la yang memikul semua tanggungjawab yangmana dipikul suami sebelumnya. Ditambah dengan menjaga suami yang terlantar sakit.

Kasih dan sayang tidak berubah walau sedikit pon, ditambah dengan kebersamaan anak-anak yang selalu ada di sisi. Segala usaha dan keringat mereka perjuangkan agar ia bukan pengakhiran yang sia-sia. Tidak dinafikan, bahwa bantuan untuk golongan ini selalu ada, tapi sampai bila mereka harus menagih simpati? Dikarenakan itu, keluarga adalah segalanya.

Kisah 2.

Seorang nenek berketurunan Tiong Hwa telah sekian lama menjadikan wad paliatif sebagai rumahnya. Beliau telah disahkan menderita kanser mulut beberapa tahun lalu, tapi masih mampu bertahan hingga harini. Sebagai konsekuensinya, beberapa kali pembedahan telah dijalankan khasnya untuk membuang bahagian yang dijangkiti. Sekarang, sebahagian dasar mulut beliau elah tiada, tapi yang pastinya beliau masih ada hingga ke harini.

Tapi apa yang menarik dibalik kisah ini adalah, kasih sang suami yang telah pun uzur tapi masih selalu setia menemani. Jika ditelusuri secara mendalam kisah mereka, sebelum ini mereka tinggal bersama di Batu Gajah. Tapi, sejak disahkan kanser dan perlu mendapatkan rawatan yang sekerap mungkin. Pasangan warga emas ini telah dipisahkan oleh anak-anak mereka. Sang ayah, dijaga anak mereka di Batu Gajah manakala sang ibu, dijaga oleh anak mereka yang lain di Ipoh. Keputusan ini mungkin terlihat kejam bagi mereka, tapi ini semua adalah untuk kebaikan semua pihak. Sang isteri harus menerima rawatan yang sekerap mungkin di Ipoh, lantaran itu anak-anak mereka memutuskan ibu mereka tinggal di Ipoh. Manakala sang ayah masih ada di Batu Gajah. Tidak hanya itu, antara tujuan lain mereka dipisahkan adalah bagi memastikan ayah dan ibu mereka mendapat perhatian yang sewajarnya dari anak-anak. Menjaga warga emas yang telah lanjut usia bukan semudah disangka, ditambah lagi dengan pelbagai risiko kesihatan yang ada. Inilah yang menjadi pertimbangan mereka. Tapi ironinya, ibu bapa kita tidak mudah mengalah membesarkan anak-anak walaupun pelbagai dugaan dan rintangan.Mungkin untuk kes ini, terkecuali :)

Bilamana sang suami merindui isterinya di Ipoh, beliau akan berkelana dari Batu Gajah ke Ipoh dengan menggunakan bas. Itulah rutin beliau, ini dilakukan semata-mata tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka. Tatkala isteri ditahan di hospital, maka setiap hari la sang suami akan datang menziarahi isteri beliau dari Batu Gajah. Begitu kasih seorang suami yang telah pun uzur terhadapa isterinya. Mungkin janji hidup semati la yang mendorong pasangan ini terus bertahan hingga ke harini.

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:

1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit

5. Hidup sebelum mati.


Penjelasan:

1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.


Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

No comments:

Post a Comment