seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Tuesday, August 27, 2013

Seharusnya aku pergi...............

Alhamdulilah, setelah sekian lama menyepi akhirnya kembali berkesempatan untuk kembali merungkai kata-kata. Sedar tidak sedar, ramadhan kembali menjelma dan ia mengingatkan kisah ramdahan yang lalu. Kisah di mana aku berjuang antara hidup dan mati, yang meninggalkan kisah suka dan duka buat aku sekeluarga. Tapi pada dasarnya, ujian yang melanda tempoh hari bukan penghalang dan penghambat serta melemahkan semangat tapi sebagai pemangkin untuk terus kuat berjuang untuk hari-hari mendatang. Kerana aku percaya, Allah tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya jika hambaNya tidak mampu menghadapinya, kerana dengan banyaknya ujian dariNya berarti kasih dan saying dari Nya tidak pernah putus.

Ramadhan kali ini turut disempatkan untuk kembali menghayati apa yang tersirat dan tersurat di balik ujian yang tidak pernah putus-putus daripadaNya. Dengan kesihatan yang sempat turun naik, dan beberapa kali mendapatkan perawatan di hospital bahkan beberapa kali harus diistirehatkan di hospital benar-benar menguji mental dan fizikal aku sebagai hambaNya. Tapi apa yang pasti, aku masih diberi kesempatan olehNya untuk terus menghirup udara segar hinggalah saat ini.

Tapi di balik ini semua, ada kisah yang terus membekas di hati aku hingga hari ini. Kisah di mana aku ditanya oleh SN Noryza yang menjaga aku di ICU tempoh hari. Kenapa aku mengalirkan air mata tanpa henti-hentinya sewaktu koma tempoh hari. Secara spontan aku menjawab  kepada beliau, bahwa aku tidak tahu. Berhari-hari aku memikirkan hal itu hingga suatu hari aku menemukan jawapan kepada soalan tersebut. Kenapa aku mengalirkan air mata tanpa henti-hentinya tempoh hari? Kerana aku belum redha untuk meninggalkan kedua orang tuaku, amal yang masih kurang dan hutang kebendaan dan budi yang masih belum mampu aku bayar. Di kala itu, aku merasakan berada di suatu kawasan yang luas dan cerah, tidak ada sempadan pasti hingga aku merasakan betul-betul tersesat. Di kala itu jua, aku seakan-akan ditanya soalan adakah aku siap untuk mati? Aku tidak mampu menuturkan sebarang kata melainkan mengalirkan air mata tanpa hentinya, yang pada akhirnya ia disedari oleh orang lain,iaitu SN Noryza. Ini mungkin kelihatan tidak munasabah bahkan cenderung diada-adakan tapi itulah yang aku alami. Jika ianya dikatakan sebagai mimpi, mungkin sahaja ia permainan tidur tapi yang nyata moral di balik itu.


Jika kita pada harini ditanya dengan soalan yang sama, adakah kita mampu memberikan jawapan pasti? Adakah kita siap untuk kembali ke alam sana? Yang pastinya, hanya amal kita yang mampu memberikan jawapan pasti kepada soalan tersebut. Allah telah mengingatkan kepada setiap hambaNya, bahwa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Maknailah kehidupan yang kita ada dengan redhaNya, insyAllah.

No comments:

Post a Comment