seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Saturday, September 29, 2012

What is your 1st handphone?

Humm....masihkah anda ingat dan menyimpan handphone yang mula2 anda pakai dulu2? Kalau aku ditanya, jawabannya pasti ya. Aku pertama kali pakai handphone waktu kat Matrix (Matrikulasi N.9) da brand pertama waktu itu adalah Trium, anak syarikat Mitshubishi. Tp waktu tu, trend dikalangan member2 aku banyak pakai nokia 3310. Tapi tak kesahla brand apa, yang penting dapat berkomunikasi.

Handphone ni, mak ayah aku yang belikan. Coz waktu tu aku manela ade duit.....hehe...Kedai beli pon tak jauh, bandaraya Dungun je...Setelah dibeli, maka aku pon beria-ria balik ke Dungun, almaklom kebetulan tyme tu tengah ade cuti kat Matrix. Da nama excited, tak yah cakapla...Kalau takde cuti pon aku buat2 cuti kot.haha...


Dan menjadikan ianya lagi menarik, ternyata handphone tersebut masih ada bersama aku walaupun da lebih 10 tahun. Sebetulnya mak aku yang tolong simpankan,coz sayang nak buang sebab banyak memori. Yela,dulu harga handphone bukannya murah. Kalau tak berduit, susah jugak nak dapatkannya.

Tapi itu dulu, seiring waktu pelbagai model dan variasi harga dah pon ada. Seiring itu jugalah, dari handphone standard ke handphone up sket, dari up sket ke PDA, then dari PDA ke Communicator, dan dari tu ke smartphone yang beraneka brand da tapi fungsi utama untuk komunikasi masih ada :)



Gemilang Kemerdekaan dari belantara

DSC02712 by Ismail Isa
DSC02712, a photo by Ismail Isa on Flickr.

Konduktor Bas

Apa itu cita-cita? Waktu kecil kita selalu ditanya guru kita apa cita-cita kita bila da besar nanti. Jawapan yang diberikan pun akan bervariasi dan adakalanya lucu, almaklom bebudak. Ini tak terkecuali aku secara peribadi.

Cita-cita adalah merupakan apa yang diharapkan kelak, iaitu dalam tempoh waktu yang tertentu kita mengharapkan ianya menjadi realiti. Yang pastinya, ianya haruslah disertakan dengan kerja keras dan usahan yang konsisten.

Berbalik kisah tatkala kita kanak-kanak. Antara cita-cita yang selalu jadi 'top 10' adalah doktor, jurutera, cikgu, bomba, polis, askar, nurse dan pelbagai prospek kerjaya lain yang akrab dengan lingkungan kita. Ada yang tertarik dengan seragam yang rapi dan bersih selalu seperti jururawat, dan ada juga yang tertarik dengan kedisplinan polis dan tentera dalam berbaris dan begitu juga kerjaya cikgu kerana nak mengajar.

Waktu aku kecik-kecik dulu, antara percaya tak percaya , cita-cita pada ketika itu adalah konduktor bas. Nampak macam tak betul je, tapi tuh la cita-cita aku.hahaha

Sebenarnya, cita-cita ini muncul tatkala aku suka sangat duit yang berkepuk kat tangan konduktor bas tuh.Macam gambar kat atas lah.  Dahla banyak, gaya dia lipat duit pon ada 'style'. Kanak-kanak macam aku memang la teruja. Bukan nak kata aku mata duitan, tapi sikit tu adela. Tu sebab sekarang 'part time ' aku jadi tokey emas. Kalau tak percaya, boleh refer kat blog ni :) Emas Saudara

Sebetulnya, aku teringat je kisah ni waktu kecik-kecik dulu coz baru-baru ini aku ada menaiki bas dari Kuala Terengganu-Dungun. Bas lompat-lompat tuhla, or sesetengah panggil bas henti-henti or banyak lagila namanya. Tapi betul orang-orang kata, memori waktu kanak-kanak adalah yang terindah. :)

Tuesday, September 11, 2012

Secarik Kisah Leptospirosis

Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.


Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Leptospira pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab Penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.


Baca Informasi Selanjutnya


Untuk dijadikan cerita, cukupla informasi di atas sebagai pengenalan untuk kelanjutan kisah berikutnya. Jika nak tahu lebih lanjut, jangan memalu la klik "Baca Informasi selanjutnya" or surf mana-mana source informasi yang ada. Kalau sumbat semua, ibarat aku nak bagi kuliah kesihatan lak.

Yang pasti raya Aidilfitri 1433H penuh lain dari yang lain, ibarat melaksanakan transformasi hari raya. Hari raya disambut penuh sederhana di Wad Hospital Raja Permaisuri Bainun. Suatu pengalaman yang tak dapat dilakarkan dengan kata-kata. Dan untuk pertama kali jugakla, sejak akil baligh ni tak dapat sembahyang raya. 

Kita hanya mampu merancang, tapi Dia juga sebaik-baik perancang. Kami sekeluarga ditakdirkan meraikan kedatangan 1 Syawal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hospital di mana tempat sehari-hari aku menimba ilmu. Nak dikatakan tak meriah pagi syawal tu bolehla, tapi selesai je solat Hari Raya di Masjid Hospital, 'full house' wad aku. Ibarat pihak hospital mengadakan rumah terbuka di wad aku. Nak gambarkan suasana macam pasar pon ade, tapi dalam kedukaan semua meraikan 1 Syawal dengan penuh bermakna bersama orang tersayang. Itulah nikmat terbesar Aidilfitri yang aku dapat rasakan selama mana berada di sana.

Leptospirosis dan aku?Apa kaitannya? So, bermulalah kisah aku dan leptospirosis. Nama Leptospirosis akhir-akhir ni makin hangat diperkatakan, nama pasar dia 'penyakit kencing tikus'. Sesuai namanya, Leptospirosis adalah merupakan jangkitan kuman disebabkan penularan daripada air kencing tikus yang mengandungi kuman Leptospira. Nak dikatakan adakah ianya mematikan?Sudah tentu ianya mematikan tetapi prognosisnya juga baik sekiranya cepat diubati ibarat kisah aku, alhamdulilah. :)

Seminggu sebelum 1 Syawal, iaitu beberapa hari sekembalinya aku daripada perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Sungai Siput aku terkena demam panas. Demam yang teramat panasla, coz time amik temperature badan aku, dalam 40°C. Kepala ni pon berdenyut-denyut tak tertahankan, sakit yang amat sangatlah orang kata. Apabila kepala da sakit berdenyut-denyut,  perasaan pening nak rebah takyah cakapla, selalu ada semua tu. Pada masa bersamaan, letih-letih badan, mual muntah, cirit -birit dan berpeluh semua ada. Ibarat satu pakej, semua datang bersamaan.

Tapi dek kerana memikirkan ianya cuma demam biasa, so aku cuma ambil panadol ajela untuk meredakan suhu badan yang 'spiking' ni. Alhamdulilah, suhu badan turun jugakla tetapi masih di atas suhu badan normal. Dalam 3-4 hari jugakla aku main tarik tali dengan demam ni, asal malam je demam dan asal demam je malam. Hinggalah nak dijadikan cerita, aku dan member 'research' aku, Mr Najib berencana nak buat audit research di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permasuri Bainun tetapi rencana tinggal rencana. Dek kerana keletihan melampau, rencana asal ditukarkan dirumah aku sendiri. So, buatlah audit di rumah aku. Masa ni, demam da naik turun balik da hingga member aku risau dengan kondisi kesihatan aku. Dalam-dalam buat audit, pelbagai kesimpulan awal yang kami buat berdasarkan kepada jenis demam, latar belakang seminggu terakhir aku dan simptom-simptom yang ada. Apa yang kami rumuskan adalah; Leptospirosis, Malaria, Dengue, Thypoid dan Pyrexia Unknown Origin (PUO). Dikarenakan hasil kesimpulan yang kamirumuskan itu semua 'kaw-kaw', akhirnya aku memutuskan untuk klinik, yang pasti bukan ke klinik swasta memandangkan klinik swasta agak terbatas dalam melakukan penyelidikan makmal lanjut jika terbukti andaian-andaian penyakit di atas. Maka diputuskan ke Klinik Kesihatan Greentown (sebelah hospital je pun).

Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh
Penantian hari pertama di klinik sungguh menyiksakan, betul kata orang 'waiting is suffering'..haha..Tapi, proseduer tetap proseduer. Dalam 30 menit aku sudah mendapat giliran untuk berjumpa doktor (bilik no6). Dan sesuai SOP, doktor akan menanyakan apa keluhan aku dan sedikit latar belakang berkenaan sakit dan latar belakang seminggu terakhir aku. Hasil informasi yang terkumpul, doktor tersebut juga menduga keterkaitan aku dengan 'kencing tikus' ni, tapi untuk memastikan kesahihannya, ujian darah harus dilakukan. Dan daripada hasil yang diperolehi, hematokrit aku begitu rendah, lymphocyte pula sebaliknya iaitu begitu tinggi menunjukkan ada jangkitan kuman. Dek kerana sejarah seminggu terakhir aku di hutan, aku juga diarahkan untuk mengambil sample darah untuk Malaria tapi keputusan adalah pada hari berikutnya. Besoknya aku diarahkan kembali ke klinik untuk melakukan pemeriksaan ulangan dan pemeriksaan darah untuk Malaria. Hari pertama aku klinik berakhir, setelah Mr Najib membawa aku pulang dan berehat. Dengan berbekalkan antibiotik (Doxyciline), Vitamin C, B complex, ORS dan paracetamol aku pulang ke rumah. Nak cerita pasal puasa, takde maknanya coz da hangus pepagi semasa aku hypoglycaemia. Malam tu terasa amat panjang bagi aku, dengan demam yang kembali menganas. Muntah yang tak henti-henti, diarhea dan sakit-sakit badan kian bermaharajalela. Aku rasa da TKO da tapi malam yang panjang tu berhasil dilewati juga.

Keesokan harinya, member aku Mr Najib datang untuk bawak aku kembali ke Klinik Kesihatan Greentown. Masa dia datang, nak bukak pintu rumah pon aku tak lepas hingga terpaksa aku suruh dia buka sendiri. Keadaan dalam rumah takyah cakap da, hancur dan tak terurus. Tak cakap banyak, Mr Najib terus bawa aku ke klinik. Dekat klinik, kondisi kesihatan aku makin memburuk. Aku makin 'mamai' dan tak berapa nak sedar, cermin mata da entah ke mana perginya. Dalam nak ambil keputusan darah kali 
kedua, aku da jatuh tersungkur semasa menunggu. Dek kerana keadaan yang tak stabil, Mr Najib bawakkan aku wheel chair dan dudukla aku atas tuh. Masa jumpa doktor aku da tak berapa nak sedar, apa yang doktor tanya dan jawab pon aku da tak tahu. Last-last, aku sedar  da atas Ambulans menuju ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Apa yang jadi dekat Jabatan Kecemasan dan Trauma, lagila aku tak tahu apa-apa. Dari Jabatan Kecemasan, aku dipindahkan ke wad perubatan. Dan di wad aku cuma beberapa jam sahaja. Doktor-doktor yang ada tak dapat melakukan pemeriksaan lanjut tanpa informsi yang secukupnya hingga terpaksa menunggu kehadiran ahli keluarga aku. Kebetulan hendak dijadikan cerita, 15hb Ogos memang mak ayah aku nak datang dengan tujuan beraya tapi keadaan sekarang menjadikan ianya sebuah perencanaan Yang Maha Hebat dari Nya. Mr Najib memaklumkan kepada mak ayah aku yang sudah diperjalanan iaitu di Karak Hihgway. Sekitar jam 7pm baru mak ayah aku sampai ke hospital. Diarenakan keadaan aku yang makin tidak stabil, BP 101/53, RBS 4.4mmg/dL. Doktor memutuskan memindahkan aku di ICU. Sewaktu menyampaikan khabar kepada kedua orang tua aku, Dr Kher, Pakar Perubatan mengatakan harapan cuma 50-50 dan pasti aku terkena jangkitan Leptospirosis melalui lecet di ibu jari kaki kanan aku. Berita yang amat berat untuk diterima kedua orang tua aku tapi mereka pasrah dan reda. Dikarenakan aku sudah dipindahkan ke ICU, tugas merawat dan menjaga aku terletak di tangan staff-staff ICU dan kedua orang tua aku dibenarkan puang untuk berehat. Jika dihitung, seharian mak ayah aku di atas perjalanan iaitu dari Dungun, Terengganu hingga Ipoh, Perak dan akhirnya di Hospital. Betul-betul perjalanan yang melelahkan apatah lagi di bulan Ramadhan. Yang pastinya, kisah aku pada hari pertama berakhir di ICU.


Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak
Setelah hampir 16 jam tidak sedarkan diri, baru akhirnya aku bangun setelah terjaga sewaktu Staff Nurse tengah membersihkan dan merapikan aku. Sedar-sedar, dikiri kanan tangan terdapat dua set IV Cannular, satu Art Line di radial artery dan satu Central Venous Line di area fossa cubiti tangan kanan aku. Catheter yang dimasukkan malam sebelumnya sudah dilepaskan. Sakit tak sakit, yang pasti aku tak sedar bila masa semua itu dimasukkan especially Art Line dan Central Venous Line. Kalau masa sedar, mahunya aku berteriak menahan sakit. Walaupun aku sudah sedar, tetapi aku masih bingung dan masih merasakan pening dan muntah-muntah. Bagi pelawat yang datang ziarah pon aku da tak berapa nak cam tapi Dr Karim, Dr Tharam dan Kak Nora bolehla aku cam. Pengarah Hospital datang melawat pon aku da tak sedar. Betapa kuat penangan tikus ni. Tapi masa ayah aku masuk, confirm aku kenal dan air muka gembira jelas terpancar dari riak muka ayah aku. Mana taknya, aku da sedar jika dibandingkan semalam. Mak dan adik aku masih di apartmen aku kerana keletihan semalam belum habis.

Doktor-doktor pakar kembali memantau keadaan aku, suatu perkembangan baik katanya. Antara pakar yang ada ketika itu, Dr Kher dan Dr Najjah, yang lain semuanya senior MO. Tapi pening da muntah-muntah masih taknak berengang dari aku. Adoinyer..Hari kedua aku dihabiskan di ICU, pelbagai test serologi dilakukan dan berapa puluh CC darah diambil pon aku da tak sedar. Kemudian, mak dan adik aku datang. Sepupu aku, Mr Zukifli pon ada datang jenguk. Dikhabarkan, Abg Kipli da datang semalam lagi tapi aku je tak sedar. Da name tak sedarkan diri, macam mana nak sedar dengan keadaan sekeliling.

3 hari aku habiskan waktu di ICU. Lumayan lama la jugak tapi memang terasa lama tyme last2 da sedarkan diri. Almaklom pesakit-pesakit disekeliling semuanya tak sedarkan diri. So, wad ICu memang terasa sunyi dan membosangkan dan yang ada cuma bunyi mesin. Ada bunyi 'beep-beep', ada 'teeeeeet' dan macam-macam bunyila tapi suara orang hanya terbatas pada doktor-doktor dan staff nurse. Dan selama aku berada di ICU, banyak jugakla staff nurse yang jage aku baik aku sedar mahupun tak sedar. Jutaan terima kasih diucapkan. Nak cari tak sure jumpa balik or tak coz tak tahu. Yang aku dapat trace pon sorg dua je, Staff Nurse Noryza yang jaga aku dua hari berturut-turut. Dan yang kedua aku ingat sebab name dia pelik, kalau tak salah Staff Nurse Fadilat. Ternyata tugas nurse2 ni memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata jugakla, kalo tiada nurse jenuh jugak doktor2 nak buat kerja. Sekali ucapan terima kasih tak terhingga. Hingga hari last di ICU, SN Noryza yang hantar aku balik ke wad biasa iaitu wad 5B.


Balik-balik di wad 5B, SN pon sambutla dengan ramahnya dan kata; 'dah sedar pon sekarang berbanding masa mula-mula masuk tapi ingat tak lagi mase mula-mula masuk?'. Dah dinamakan tak sedar, jawab jela ntahla kak, tak ingat apa-apa pun. Tapi yang penting 'Alhamdulilalh' katanya. Awal-awal aku ditepatkan di kubikel akut, tapi dikarenakan dah sedar, aku dipindahkan ke katil 35 iaitu di kelas kedua. Tapi kelas kedua dan ketiga rasa sama je. Yang beza aku dapat conquer TV yang betul-betul depan TV. Dapat jugak hilang bosang:D . Dalam aku ralik-ralik dalam wad, tetiba camla dekat satu suara yang unik yang aku pernah dengar je tyme mula-mula datang. Ternyata benar, suara yang unik tu rupanya suara MO yang incharge aku mula-mula masuk. Nama MO tu, Dr Elizabeth. Di senyum je tengok aku. Ada waktu kosong, Dr Elizabeth ada la cerita tentang cerita-cerita yang lucu gakla masa mula-mula aku masuk iaitu waktu dia nak assessment (ambil keterangan) kesihatan aku. Antaranya adalah, waktu dia mintak no talifon mak ayah aku, dia kata aku jawab nak buat apa. Kami gelak sama-sama. Tapi sepanjang perawatan, beliau tetap mengatakan ianya amat mencabar dan sukar. Selain Dr Elizabeth, ada MO, Dr Kaw. Dua-dua MO ni suka senyum, tapi Dr Kaw aku suka sebab dia bagi aku discharge alias balik rumah walhal MO lain belum berpendapat yang sama. Hehe. Walupun dibenarkan discharge, tapi tetap merayakan Hari Pertama Syawal di hospital bersama pesakit-pesakit lain berserta anggota keluarga masing-masing. Pagi syawal tuh, wad 5B macam pasar pon ada, tapi macam tapak perkelahan pon ada coz ahli keluarga pesakit yang datang bawa pelbagai juadah hari raya untuk diraikan bersama dan tak terkecuali akula. Tapi aku lain sikit, coz aku makan kat Taman Teraputik Hospital, ada suasana sikit :D


Dalam menyambut kedatangan Syawal di hospital ni, tengok jugakla perjuangan doktor2 dan nurse2 yang berkorban dan meraikan Syawal jauh dari keluarga ni. Antara yang terkesan, ada akak SN ni, SN Rujaemah ni kerja dari malam raya sampai petang hari raya pertama. Kalau ikut shiff, da dua shiff dia cover. Dasyat dowh. Ada gak aku tanya, tak letih ke?Dia pon jawab, nak buat camna, staff kurang. Tapi takpe, lepas ni akak dapat cuti panjang, katanya lagi sambil senyum. Kalau doktor2 especially HO tu aku tahula waktu deme bertugas, iaitu dari matahari tak naik lagi sampai matahari tenggelam balik. Sama-sama dasyat la, lama-lama deme jugak yang tumbang coz keletihan. Dalam wad ni jugak,aku nak berterima kasih dekat SN Rujaemah, SN yang lain aku lak nama dia tapi nanti aku cari dalam wad balik :D, Dr Sandeep, Dr Lee, Dr Kaw, Dr Elizabeth dan banyak lagila..


Pengalaman menyambut syawal di hospital da menutup kedukaan keluarga aku seketika. Mungkin da nampak aku OK kot. Tapi jika dibandingkan dengan pesakit-pesakit lain yang masih di dalam wad, mungkin syawal ini kurang serinya bagi mereka, tapi apa pun kedatangan Syawal tetap diraikan walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun hari pertama raya aku dibenarkan keluar, tapi aku masih dikehendaki datang untuk beberapa hari berikutnya untuk ujian darah. Yela, satu MO benar aku balik dan yang lain masih ragu-ragu, maka diambil lah jalan tengah iaitu aku tetap harus datang ke wad walaupun dah discaj dari wad. Takpela, asalkan hari raya aku tak berlama-lama dalam wad :D.


Kisah ni mungkin tak seberapa jika dibandingkan dengan kisah pesakit-pesakit lain tapi cukup bermakna bagi aku secara peribadi. Dan kisah ini juga mungkin tak lengkap secara keseluruhan, memandangkan sumber informasi hanya terbatas kepada ahil keluarga terdekat dan lingkungan terdekat pada waktu itu. 


Walauapapun dan bagaimanapun, aku dan keluarga secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tak langsung. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian setimpalnya. Wallahualam.