seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Monday, April 22, 2013

Mahabbah KOA Tonggang

Alhamdulilah, pada 19-21 April 2013 yang lalu bertempat di KOA Tonggang telah dijayakan sebuah program yang dinamakan 'Mahabbah Outreach Comrade IIUM KOA Tonggang'. Program ini adalah merupakan program komuniti dan dakwah dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa dengan dibantu oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan  Agama Islam Perak (JAIPk) dan Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta.

Program yang dianjurkan ini lebih banyak menekankan konsep dakwah dan asas pengukuhan Islam dikalangan masyarakat Orang Asli. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti malam kebudayaan Islam, kelas fardu ain, makan bersama, solat berjamaah dan lain-lain lagi. Antara objektif lain mereka adalah ingin mengaplikasikan konsep Islam dalam kehidupan seharian. Kerana, Islam bukan semata tertakluk persoalan ibadah tetapi merangkumi semua aspek kehidupan.

Secara keselurahan,program ini berjaya dilaksanakan dan objektif yang diimpikan mampu direalisasikan dengan baik.

Tuesday, April 16, 2013

Sahabat belantara vs sahabat urbanisasi


Bersahabat dengan sahabat belantara dan alam ternyata lebih menyenangkan berbanding bersahabat dengan sahabat urbanisasi....

Kerana padanya,hati didamaikan dengan hijaunya daun-daun yang merimbun, tenangnya air sungai yang mengalir, dihiburkan dengan alunan merdu mergastua yang bebas berkeliaran.
Tapi sahabat urbanisasi belum tentu menjamin kebahagiaan dan kenyamanan. Kerana padanya ada hasad dengki, kepura-puraan, dipermainkan, dikhianati dan sebagainya.

Hati yang rapuh mudah saja remuk dilambung badai serakah urbanisasi yang tidak mengenal belas ehsan dan empati.

Sunday, April 14, 2013

Take & Give


Akhir-akhir ini seakan memaksa diri melebihi kapasiti yang seharusnya. Dengan agenda yang sentiasa penuh setiap hari dari awal pagi hingga larut malam, dengan tuntutan kerja 100% seakan sudah sampai ke kemuncak.

Pada akhirnya,keadaan fizikal dan kesihatan menjadi pertaruhan.
Ini juga termasuk dengan faktor cuaca yang begitu ekstrim akhir-akhir ini turut mempengaruhi keadaan kesihatan secara am nya.

Pada dasarnya, badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya agar dapat kembali kepada keadaan yang sediakala. "Take and give"

Kepentingan umum sudah ditunaikan, sekarang waktu untuk kepentingan peribadi



p/s :
1.perjalanan ke KOA di Sg Siput dan bermalam
2.travel ke utara semenanjung dalam tempoh semalam
3.travel ke KLiA dalam cuaca yang begitu mencabar dalam tempoh satu hari