seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Thursday, December 6, 2012

Durian dalam durian

Alkisahnya sewaktu mak ayah aku datang bercuti ke Ipoh di kala musim durian. Di Perak ni, ibarat cendawan tumbuh sesudah hujan apabila melihat begitu ramainya peniaga durian ekpres. Di mana-mana tempat ada je gerai-gerai durian.

Aku ni nak dikatakan hantu durian tidaklah tapi boleh layan la. Tapi sejak peristiwa di ICU, selera terhadap durian ni mulai hambar. Biarlah bertimbun durian di depan, tapi da tak tergoda...Mungkin Post Traumatic Syndrome kot....

Tapi kali ni, cerita ni lebih berkisahkan ayah aku. Seorang pecinta sejati durian. Walau seorang diri, ayah aku dapat menghabiskan berbiji-biji buah durian dengan selamber je. Pasal harga kadang-kadang dia tak kisah asalkan sedap. Tapi durian yang sedap tetap durian kampung, yang mana pernah aku bawak balik dari perkampungan Orang Asli Gua Musang.


Nak dijadikan cerita, dalam meraikan musim durian ni, ayah aku ni berburu la durian di merata tempat. Kalau di Perak yang terkenal adalah di sekitar Bukit Gantang atau Tapah. Dalam keasyikan berburu, kami sekeluarga dikejutkan dengan satu hal begitu menarik minat kami iaitu menemukan durian dalam durian. Durian ni durian tembaga. Betul-betul memeranjatkan. Tapi itulah, apapun ia sepastinya tunduk pada 'kun fayakun', Jika Allah berkehendak maka jadilah walaupun pada hemat kita manusia itu adalah mustahil.


Begitu juga kisah bunga durian dan buah durian pada pokok yang sama tapi berlainan dahan. Aku secara peribadi pernah menemukan banyak pokok-pokok durian di Gua Musang yang sudah di luar ketentuan musim. Sekarang durian tidak lagi bermusim pada bulan-bulan tertentu sahaja tapi sudah boleh didapatkan bila-bila masa. Itulah Keagungan dan Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatunya.

No comments:

Post a Comment