
Kucing, siapa yang tidak mengenali kucing. Bahkan kucing mempunyai saudara satu spesies sperti harimau, singa, cheetah dan apa-apa lagila. Jika biasanya kita membicarakan tentang kasih dan sayang terhadap kucing, tapi kali ini kita berbicara tentang bermusuh dengan kucing. Permusuhan apa yang dimaksudkan, permusuhan ini adalah apabila kucing tersebut telah melepaskan 'hasil olehan usus' di kawasan rumah anda. Bermula dari itu, permusuhan diperhitungkan....
Mungkin pelbagai cara dan strategi yang telah anda gunakan untuk memenangkan pertarungan tersebut. Pertarungan ini akan makin sengit sekiranya kucing tersebut adalah merupakan kucing jiran anda yang ada maklumi jiran tersebut kurang memperdulikan kucing-kucingnya.
Di sini saya ingin berkongsi berberapa startegi untuk memenangkan pertarungan tersebut. Antara klasik strategi adalah lidi ataupun air. Walaupun kedua ini dilihat sebagai oldschool tapi keampuhannya masih dapat diperhitungkan. Kalau tak caya, cuba lagi.
Antara strategi lain adalah, menggunakan cuka. Kenapa cuka?Jika difikirkan logik akal,kucing mempunyai deria bau yang sensitif. Manakala diketahui umum bahwa bau cuka amatlah keras. Jadi, kemungkinan ini dijadikan peluang untuk memenangkan pertarungan tersebut. Kalau kurang yakin, cuba anda berada di kawasan pengumpulan sampah,nescaya anda tidak mampu bernapas dengan keadaan sedemikian rupa....Taktik ini diguna pakai untuk menyahkan teritori kucing tersebut. Cuka ini anda sembur pada kawasan 'lepak' kucing tersebut. InsyAllah kawasan yersebut berjaya anda rampas.
Selain cuka, serai wangi yang banyak diwar-warkan sebagai pebasmi tikus juga dapat dijadikan alternatif. Konsepnya sama, iaitu mengakali deria bau kucing tersebut.

Yang berikutnya adalah melayangkan surat layang kepada pemilik tersebut. Maklumkan akan keresahan jiran-jiran. Hehe.....
Tapi jangan sesekali memanggil bantuan dari orang Myanmar, kerana hasilnya memang memuaskan tapi taktik yang diguna pakai agak radikal iaitu menangkap dan memmkannya.....Kalau tak caya,pergila tanya. Alasannya mudah,saving.
No comments:
Post a Comment