seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Sunday, March 11, 2012

Cambodia Relief Mission 2011 (edisi khas)

CRM edisi khas memaparkan sedikit rakaman yang tidak pernah didapatkan oleh mana-mana pihak terkait ajaran yang disampaikan oleh kumpulan yang menamakan mereka sebagai jemaah Zahidin. Di dalam video ini terlihat, Alfadhil Ustaz Muhammad Abu Bakar , Mudir Sekolah Annikmah dan juga merupakan Cancelor Daerah Kampong Chenang yang bertindak sebagai moderator dan penerjemah di antara ahli rombongan CRM dan Mufti Jemaah Zahidin. 


Mufti Jemaah Zahidin sedang membacakan Alif Ba Ta, tetapi menurut Ustaz Abu Bakar terdapat beberapa huruf yang hilang. Berdasarkan keterangan beliau, ajaran ini mengambil asas kepada awal pertama kali AlQuraan yang diturunkan dengan ketidaksempurnaan huruf-huruf AlQuraan.


Mufti Jemaah Zahidin sedang memperdengarkan bacaan Al Fatihah versi mereka. Jika diamati secara teliti, gaya pembacaan terlihat sama dengan sami yang membaca mantera di kuil-kuil. Hal ini diakui kebenaran oleh Ustaz Muhammad. Tambah beliau, ini dimungkinkan oleh pengaruh buddha dan hindu yang masih mengental saat pertama kali Islam disebarkan di bumi Khmer ratusan tahun dahulu. Wallahualam.

Beberapa ciri untuk mengenal pasti jemaah ini ;
1. Solat hanya seminggu sekali, iaitu solat Jumaat sahaja
2. Khutbah Jumaat disampaikan dalam Bahasa Arab (kalau tak silap ada bahasa Champ lama)
3. Berserban tapi tidak berkopiah
4. Apabila suami berkeinginan melakukan hubungan kelamin, si suami akan memberi isyarat pada siang hari sebelum malam menjelma. Si isteri harus mempersiapkan ranjang dengan hamparan kain putih dari pintu masuk bilik hingga ke katil. Bilik turut dihiasi sebaik mungkin dengan isteri akan memberi layanan terbaik.
5. Selepas selesai solat Jumaat, akan ada kenduri yang disiapkan oleh para isteri

Disamping itu, pihak jemaah Zahidin ini turut disokong oleh Amerika Syarikat terutama dalam menyediakan guru-guru bahasa Inggeris serta pembukuan kembali kitab-kitab ajaran mereka. Menurut mufti jemaah ini juga, ahli-ahli jemaah Zahidin di Amerika Syarikat turut aktif dalam membantu penyebaran ajaran mereka. Apa yang dipikirkan oleh kita dibalik agenda tersirat Amerika ini?

p/s : ini adalah merupakan hasil yang didapatkan di lapangan, dan mungkin masih memerlukan penelitian lanjut oleh pihak-pihak yang arif dan berwibawa. Tapi secara harfiah, mereka sudah tergolong kepada golongan yang terpesong dari asas akidah Islam.














No comments:

Post a Comment