Meneruskan perjalanan CRM di wilayah Chenang (kampong Chnang), yang memakan masa hampir 3jam perjalanan dari pusat bandar Phnom Peng. Antara yang menarik di perkampongan ini adalah, seperti mengimbau kembali keadaan di Malaysia sebelum kemerdekaan. Jalan tanah merah, kereta lembu, kereta kuda menghiasi pemandangan kami selama berada di sana. Antara yang tak terlupakan adalah, melewati malam hari dengan berlampukan cahaya dari bateri kereta serta kedinginan malam yang tak terkata melainkan 'berbungkus' lah kami. :) Dicatatkan suhu pada malam hari adalah di bawah 20°C beserta angin malam yang sepoi-sepoi berhembus menambahkan lagi nikmatnya :)
|
kereta lembu, pengangkutan yang diandalkan
untuk mengangkat hasil padi yang telah dituai |
|
antara pelajar-pelajar sekolah Annikmah,
kampong Chnang |
|
menyucikan diri terlebih dahulu sebelum
mengadapNya |
|
pondok tempat tinggal pelajar
yang disumbangkan oleh
dermawan-dermawan dari
Malaysia |
|
dapur bersama, masih mengandalkan kayu api
sebagai bahan bakar |
|
pam air bumi sebagai sumber air bersih utama
(USD100) |
|
pemeriksaan gua darah |
|
pemeriksaan kesihatan dan konsultasi kesihatan |
Berkesempatan meluangkan masa bersama sekumpulan masyarakat yang mengaku sebagai Islam (kumpulan zahidin) tetapi pada hakikinya bertolak belakang dari asas akidah. Antara yang ketara pada kumpulan masyarakat ini adalah, hanya menunanikan solat sekali seminggu iaitu hanya solat Jumaat, berserban tanpa berkopiah, membaca khutubah Jumaat dalam bahasa Champ yangmana teks khutubah tidak pernah berubah sejak puluhan tahun lalu serta banyak lagi yang tak terpikirkan oleh kita semua. Terima kasih kepada Ustaz Muhammad, Mudir Sekolah Annikmah yang membawa kami kesana. ( Kami naik kereta yang baru ustaz beli tuh :) )
|
Ustaz Muhammad, 2 dari kiri disamping mufti
kumpulanZahidin (2 dari kanan) |
|
antara jemaah kumpulan Zahidin |
|
beserban tanpa berkopiah |
|
teks khutbah Jumaat campuran bahasa Champ
lama dan Arab |
|
teks khutbah Jumaat (khutbah pertama) |
|
teks yang akan dibacakan setiap hari
Jumaat, 4 kali sebulan, 56 kali setahun |
|
antara kitab yang diguna pakai |
|
2 skrol untuk 2 khutbah |
|
mimbar imam, seperti
singgahsana Ayah Pin |
|
pemandangan dalam Masjid Kumpulan Zahidin |
|
silaturahmi dan bertukar pandangan |
|
antara kegiatan yang dilakukan sehabis program |
|
memunggah hasil di atas kereta lembu |
|
pekerja buruh paksa yang menjalani hukuman :) |
|
gambar bersama anggota CRM dan warga
Annikmah Kampong Chnang |
|
Ustaz Toyyib, tenaga pengajar di Annikmah
serta tuan rumah rasmi CRM |
|
kembar 3 (Hassan, Hussin, lupa lak satu lagi) |
|
vrooom vrooom |
|
jom balik rumah |
|
gambar bersama ahli keluarga Ustaz Toyyib, Ustaz Qadir,
Ustaz Asnawi, bprong Yusuf |
Perjalanan ke Cambodia Islamic Centre (CIC), CIC adalah merupakan pusat pendidikan Islam terbesar di Kemboja. CIC menjadi simbol kepada perjuangan masyarkat Islam Champa yang senantiasa dahagakan ilmu. Tapi sayangnya, ia tidak diselia denga begitu baik memandangkan keterbatasan dana dalam menguruskannya. Sebelumnya, ia adalah merupakan sumbangan dari salah satu negara Islam di timur tengah, tapi dananya dihentikan sejak peristiwa 9 september.
|
kiri sekali, Mudir CIC |
|
gaya parking Mudir CIC |
|
rombongan CRM meninjau suasana
pembelajaran di CIC |
|
warga CIC muslimah |
|
Prof Madya Dr Abdul Karim, Penasihat CRM |
|
Dr Hasif dan Ustaz |
|
Dr Haqif bersama srey-srey saat :) |
Perjalanan ke Seam Reap, bandar yang terkenal dengan Angkor Watt. Agenda CRM diawali dengan pertemuan dengan staf Reproductive Health Association of Cambodia (RHAC) Seam Reap. Dilanjutkan dengan tinjauan ke lapangan yakni taklimat pendidikan kesihatan reproduksi serta pengambilan contoh darah pekerja-pekerja rumah urut di Seam Reap.
|
observasi lapangan (bukan melanggan
tapi meninjau :D) |
|
sesi tawar menawar, Dr Zainul menjadi model
buku ...haha |
|
korban kekejaman Pol Pot yang
berusahamenjual buku-buku |
|
pegawai RHAC memberi taklimat kepada
pekerja-pekerja rumah urut |
|
sampel darah untuk kajian khususnya untuk
pendataan HIV |
|
suasana di atas bot, Tonle Sap |
|
gereja terapung, Tonle Sap |
|
rumah air di Tonle Sap |
|
sekolah terapung |
|
perkampungan di Tonle Sap |
|
warga perempuan Tonle Sap sedang mengasingkan
ikan dari jaring |
|
kandang babi terapung |
|
Angkor Watt |
|
gambar bersama di Angkor Watt |
|
pasar barang-barang cenderahati
di Seam Reap |
|
gambar bersama di depan pejabat Mufti Kemboja,
Phnom Penh |
No comments:
Post a Comment