|
Simbolik Perjalanan Sang Kancil |
Perjalanan solo merentasi Banjaran Titiwangsa dari Ipoh menuju dungun melalui Felda Aring (Gua Musang) dan Tasik Kenyir (Kuala Berang). Jarak perjalanan yang ditempuh adalah 410km yang mana tempat bermulanya adalah di Ipoh (Perak), dan berakhir di Dungun (Terengganu) dan begitu juga sebaliknya utk perjalanan pulang. Berbanding perjalanan melalui lebuh raya utara selatan (PLUS) dan lebuh raya pantai timur (LPT), jarak yang ditempuh adalah sebanyak 550km yang mana destinasi permulaan dan berakhir adalah sama. Lebuh raya belantara (Felda Aring-Gua Musang) relatif memberi diskaun perjalanan sebanyal 140km. Tapi jangan diingat mudah, lebuh raya belantara ini memberikan seribu satu tantangan yang mencabar jika dibandingkan dengan lebuh raya PLUS dan LPT yang memberikan seribu satu kemudahan..
Jarak perjalanan dari Ipoh ke Gua Musang lebih kurang 200km yang mana harus ditempuh dalam tempoh 2 jam. Ini relatif dengan kelajuan standar (80-90km/jam) serta jalanan yang berliku dan bergelombang sepanjang perjalanan terutama di kawasan orang asli iaitu Post Brooke, Post Jagdeep, Post Hendrop (Gua Musang)
Setibanya di bandar Gua Musang, kita disajikan dengan pemandangan yang memukau terutama batu kapur yang berdiri mengelilingi bandar Gua Musang.
Perjalanan diteruskan dengan mengambil jalan ke Kuala Krai. Dari bandar Gua Musang, kita memerlukan kurang lebih setengah jam perjalanan untuk sampai ke Felda Aring. Felda Aring adalah merupakan pintu masuk ke Tasik Kenyir.
Perjalanan yang mencabar baru sahaja bermula di sini, Felda Aring benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal bukan hanya kepada pemandu, tapi juga kepada kenderaan yang melaluinya. Perjalanan sekitar 30km ini benar-benar menguras tenaga dan waktu akan banyak dihabiskan di sini memandangkan banyak kesulitan yang bakal kita temui. Antara kesulitan yang bakal ditemui adalah jalanan yang berlobang dan hancur yang hampir menyamai trek hutan akan sama-sama kita tempuh. Hampir satu jam harus dikhususkan disini. dan diingatkan, di sini anda harus extra hati-hati dan berilah tumpuan yang sepenuhnya.
Setelah hampir satu jam perjalanan yang agak meyeksakan di Felda Aring, lebuh raya belantara agak segera menjelma. Tiada yang dapat menyangka, dari jalanan kampung yang hancur lebur tiba-tiba ianya tersambung dengan jalana berturap 4 lorong yang cantik. Humm, cantiknya tak selalu mengiringi seluruh perjalanan kerana sepanjang itu akan kita temui tanah runtuh dan jalan raya yang mendap. Tapi secara keseluruhan, Perjalanan sepanjang Tasik Kenyir begitu menjanjikan dan mampu memukau setiap pasang mata yang melaluinya. Tapi harus diingat, ini adalh jalanan belantara yang tida sebarang kemudahan asas dan tiada jaringan telekomunikasi yang tersedia. Anda hanya bersendirian di sini, jikalau anda beruntung anda mungkin akan ditemani gajah-gajah liar yang melintas. Jadi, berhati-hatilah. Perjalanan sepanjang Tasik Kenyir ini menyita sekurang-kurangnya satu jam perjalanan dengan total jarak tempuh nya adalah 90km.Tapi tempoh satu jam ini mungkin bertambah jikalau anda terlalu banyak berhenti sperti saya, almaklum lensa kamera begitu asyik memotret setiap pemandangan indah tersebut.
Setelah satu jam perjalanan, jalanan belantara tersebut menemui akhirnya di Kuala Jeneris, Kuala Berang. Dan dari Kuala Berang ke Dungun hanya mencatatkan satu perjalan 15menit dengan jarak tempuh adalah 100km.
Ingatan dari penaja;
1. Pastikan kenderaan yang anda gunakan dalam keadaan sihat walfiat, begitu juga dengan pemandunya.
2. Pastikan anda telah mengisi minyak yang secukpnya kerana tiada stesen minyak di hutan :D
3. Pastikan anda mampu memberi perhatian yang 'extra' sewaktu melalui jalanan belantara ini
4. Dikarenakan jalanan belantara ini belum diwartakan, adalah menjadi tanggungjawab pemandu itu sendiri sewaktu memandu di kawasan tersebut terutama sepanjang 90km perjalanan.
5. Upayakan untuk mendapatkan info perjalanan anda dari Balai Polis Gua Musang dan Balai Polis Hulu Terengganu untuk mengetahui situasi semasa.
6. Hati-hati dengan lori-lori balak dan lori kelapa sawit
7. Selamat mencuba
|
tasik kenyir dengan latar banjaran titiwangsa |
|
Tasik Kenyir |
|
Highway belantara |
|
Seluas mata memandang |
|
Lori-lori balak merajai jalanan belantara |
|
Jembatan penghubung antara satu pulau dengan pulau yang lain di Tasik Kenyir |
|
dari dalam ke luar |
|
Simbolik perjalanan |
|
ke Gua Musang |
|
sempadan perbatasan |
|
lori-lori yang membawa buah kelapa sawit merajai Felda Aring |
|
di sekitar perkampungan orang Asli di Lojing |
|
ke Cameron |
|
pusat hentian Strawberry, Cameron |
teimakasih kerana memasukkan pemandangan2 menarik,saya pernah melalui jalaan ni semasa mula2 dibuka tapi semua gambarnya dah hilang...rasa nak lalu semula utk melihat kembali pemandangannya..
ReplyDeletePembetulan.situ bukan banjaran titiwangsa.banjaran tersebut adalah banjaran pantai timur yg menjadi sempadan kepada negeri kelantan terengganu dan pahang
ReplyDelete