Pertama kali Kapal Korek diperkenalkan di Malaysia adalah pada tahun 1913 oleh "Malayan Tin Dredging Ltd" yang mana memulakan operasinya di Batu Gajah, Perak. Kapal Korek tersebut dioperasikan dengan menggunakan kuasa "steam". Syarikat Malayan Tin Dredging Ltd adalah merupakan syarikat pengeruk timah terbesar di dunia saat itu.
Pada tahun 1926, telah dioperasikan sebuah lagi syarikat baru yang dinamakan Southern Malayan Tin Dredging Ltd yang mana telah beroperasi di antara daerah Batu Gajah dan Tanjung Tualang dengan kekuatan 5 buah unit kapal korek.
Saat ini kita akan membicarakan satu-satunya kapal korek yang masih tersisa di bumi Malaysia iaitu lebih tepatnya di kilometer 9 Jalan Batu Gajah-Tanjung Tualang, Perak. Kapal Korek ini dikenali sebagai " Tanjung Tualang Dredge No.5" telah di desain dan dibina oleh F.W. Payne pada tahun 1938 di England. No.5 yang tercantum pada TT5 adalah merupakan saiz ukuran kapal tersebut yang mana skala 1 adalah saiz yang terbesar. TT5 telah berkhidmat selama 44 tahun sehingga Ogos 1982, di saat harga timah menjunam lemah.
Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
Ketinggian : 5 Tingkat
Berat : 4500 Tan
Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.
Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta
Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg. Tualang.
|
sign board masuk ke TT5 |
|
TT5 yg berlatarkan Banjaran Titiwangsa |
|
pintu masuk utama ke TT5 |
|
mendulanG |
|
teknik Banka, mengenalpasti potensi sebelum dilakukan intervensi |
|
peta lokasi mineral alami diseluruh Perak |
|
gambaran secara paper :) |
|
basikal antik yang memenuhi ruang muzium |
|
sewaktu2, kapal korek dioperasikan dengan 90 orang yang dibahagikan kepada 3 shift |
|
teknik mendulang yang didominasi oleh masyarakat Melayu |
|
perlengkapan serta jongkong timah 30kg |
|
antara fot0-foto yang dipamerkan di dalam muzium |
|
statistik rinci berkenaan kapal korek beserta spesifikasi kapal2 tersebut. terdapat 55 buah kapal korek yang tersebar di dua negeri utama iaitu Perak dan Selangor dan sekarang hanya tersisa satu, TT5. |
|
perlengkapan yang diguna pakai dalam mendulang bijih timah |
|
lombong terbuka |
|
lombong terbuka |
|
lombong terbuka |
|
TT5 yang masih utuh walau sudah ditinggalkan hampir 30 tahun. |
|
penulis merangkap jurufoto :) |
|
penggeruk tanah |
|
tercatat TT5 mempunyai 112 bucket |
|
Bucket / pengeruk gergasi
|
No comments:
Post a Comment