seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Friday, July 27, 2012

Penyelidikan dan Ziarah KOA Sungai Choh

Pada 16 Julai 2012, alhamdulilah telah berkesempatan untuk ziarah Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Choh, Ulu Kinta. Tujuan ziarah kali ini lebih tertumpu kepada penyelidikan kesihatan tentang "Scabies" yang dijalankan oleh sahabat daripada Royal College of Medicine Perak. Dan seperti biasanya, perjalanan kami dibantu oleh Ustaz Abdul Halim Abdul Latiff, pendakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) unit Ulu Kinta. Dikarenakan dalam setiap ziarah KOA, akan selalu diadakan 'cak', maka seperti biasanya akan adalah adHoc chef :)

Perjalanan ke KOA Sungai Choh agak mencabar jika dibandingkan perjalanan ke KOA Tonggang, daripada jaraknya yang lebih jauh, jalan yang ditempuh agak sukar kerana ianya adalah laluan lori balak yang berbatuan dan berlumpur. Perjalanan masuk ke KOA daripada jalan besar (Institut Perguruan Guru Ulu Kinta) mengambil masa sekitar satu jam. Jika diamati dari lokasi dan geografi KOA Sungai Choh, ia terletak diantara Pos Raya (Simpang Pulai) dan Tanjung Rambutan
Peta lokasi KOA Sungai Choh, Ulu Kinta
Hutan Simpan Ulu Kinta

Hutan Simpan Ulu Kinta
Perjalanan masuk
Video dalam pajero

sayup-sayup
Rumah Tok Ketua KOA Sungai Choh
Tok Ketua Adi, KOA sungai Choh
Isteri Tok Ketua sedang menyiapkan 'sayur kobis jantung hatiku'
Assistant (sebetulnya mereka adalah penyelidik kali ini...hehe)
yang hanya tolong tengok je :)
Gaul sebolehnya
Akhirnya, daripada tolong tengok kepada tolong gaul
Memasukkan hati ayam
Ustaz Abdul Halim dan Tok Ketua
Berganding bahu menghidupkan lampu surau
Dan tiba waktu yang ditunggu, iaitu makan
Cak
Divisi pembahagian kurang jelas kelihatan :)
Part pertama yang harus dilakukan, mencuci manuk (ayam)
Supervise assitant chef :)
Posing terakhir sebelum balik, actually tengah sibuk
membersihkan surau seperti sediakala

No comments:

Post a Comment