Alhamdulilah, pada 24 Jun 2012 telah berjaya diadakan mini program RM3 di Kampung Orang Asli (KOA) Tonggang. Misi kali ini adalah untuk menjayakan beberapa penyelidikan kesihatan dikalangan masyarakat Orang Asli di samping ziarah dan dakwah. Di samping itu, program ini juga adalah pendedahan awal kepada adik-adik pelajar RCMP dalam mengenali masyarakat Orang Asli khasnya dalam mengembangkan potensi dalam berkomunikasi dengan masyarakat umumnya. Selain itu, untuk memeriahkan program tersebut turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan serta sukaneka. Dan yang pasti tidak pernah ketinggalan dalam setiap kujungan ziarah ke KOA adalah "Cak", iaitu bermakna makan-makan bersama :)
Peta KOA Tonggang, Ulu Kinta |
Perjalanan masuk ke KOA Tonggang, 6KM dari jalan besar. Separuhnya berturap dan separuhnya lagi batuan kerikil |
Surau diri Jumaat KOA Tonggang |
Dewan Komuniti |
Pameran kesihatan ; Hypertension, Diabetes Mellitus, Obesity dan pemakanan sihat |
Pendaftaran pemeriksaan kesihatan dan sukaneka |
Sebahagian daripada pengunjung |
Amek-amek menyiapkan bahan keperluan memasak |
Bilik pemeriksaan kesihatan (Dr Najib & Dr Raihan) |
Tim memasak |
AdHoc Chef menyelia staff OA menanak nasi minyak :) |
Divisi pengagihan |
Maduh-maduh cak ( jom2 makan) |
No comments:
Post a Comment