Alhamdulilah, untuk sekian kalinya menyambut Ramadhan AlMubarak bersama-sama masyarakat Orang Asli di pedalaman Gua Musang dan pedalaman Sungai Siput. Ramadhan, bulan diwajibkan umat Islam untuk berpuasa bukan penghalang untuk melakukan amal ibadah dan jariah serta bukan alasan untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti.
3-6 Ogos 2012, misi RM3 dan Pusat Dakwah Serantau (PDS) bersama-sama agensi NGO lain seperti MRA, Yayasan Alkhalifah dan IOA bertumpu di bumi Gua Musang. Seperti tahun-tahun sebelumnya, base camp atau tempat transit utama adalah Pos Jeedeep. Seperti yang sedia maklum, misi dan kerangka kerja utama RM3 adalah klinik kesihatan bergerak luar bandar yang mana produk utama yang diandalkan tetap kesihatan. Dan, disertakan adalah aktiviti-aktiviti sosial, pendidikan, penyelidikan kesihatan serta yang tidak dilupakan iaitu meraikan ramadhan dengan pengisian aktiviti-aktiviti kerohanian seperti menghidupkan teraweh dan solat berjamaah.
Antara kampung/pos yang berkesempatan diraikan sepanjang berada di sana adalah Pos Sendrop, Pos Sangway, Pos Jeedeep, Pos Jekjok, Pos Mendrop, Pos Beer, Pos Gerbok, dan Pos Tuel
Sesudah empat hari di bumi Gua Musang, 3 hari berikutnya iaitu 7-9 Ogos 2012 waktunya untuk berpindah kampung iaitu pedalaman Sungai Siput. Kali ini, RM3 tidak terlibat memandangkan ianya merupkan agenda mubaligh-mubaligh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berserta Islamic Outreach ABIM (IOA). Tetapi, ia tidak bermakna agenda kesihatan dilupakan. Dalam kesibukan, saya berkesempatan secara peribadi menjalankan penyelidikan dan pemeriksaan kesihatan serta berpeluang dalam menyampaikan ceramah kesihatan kepada penduduk Orang Asli. Ilmu Allah itu luas, dari semua aspek kehidupan dapat dihubungkaitkan sepertimana aspek dakwah dan kesihatan moden :)
Sepanjang berada di sana, saya didampingi oleh veteran-veteran sukarelawan yang berpuluh tahun mengabdikan diri kepada masyarakat Orang Asli. Diantaranya adalah, Tuan Haji Muhammad Abidin (IOA), Ustz Haji Mohammad Som (JAIPK) dan Ustz Ismail (JAIPk). Banyak ilmu yang diturunkan oleh mereka-mereka ini. Bukan hanya semata dalam dakwah dan pengembangan Islam semata, tapi turut diajarkan tentang kehidupan dan alam. Suatu pengalaman yang amat berharga termasuklah pengalaman terserempak dengan panglima (harimau) di belantara Sungai Siput dan cara mengetahui kehadirannya disekeliling kita.Selain perkongsian ilmu-ilmu tersebut, saya juga berkesempatan untuk mempelajari kehebatan kayu-kayan yang diperolehi daripada Tok Penghulu (Tok Bathin Islam) Kg Bersah iaitu Raja Kayu dan Akar Tongkat Ali. :)
Peta Pos di Gua Musang
|
Pos Jeedeep |
|
Pos Hendrop, Gua Musang |
|
Pos Beer, Gua Musang |
|
Pos Tuel, Gua Musang |
|
Pos Tuel, Gua Musang |
Peta Pos di Sungai Siput
|
Pos Perjep, Sungai Siput |
|
Pos Kuala Mu, Sungai Siput |
Gua Musang
|
Balai Sewang, Pos Sendrop |
|
Tuan Haji Muhammad Abidin IOA di Pos Gerbok |
|
Mr Azha, Yayasan Alkhalifah |
|
Jalanan Balak ke Pos Tuel |
|
Debu setinggi 2 meter |
|
Perkampungan Pos Hanir |
|
Our transport :) |
|
with the ball |
|
Di balik hutan tersebut, sempadan Kelantan-Perak |
|
wait for Tok Penghulu Pos Tuel (Pandak) |
|
Tuan Haji Muhammad Abidin (IOA) |
|
Hutan Simpan Gua Musang |
|
Perkampungan Orang Asli Pos Tuel |
|
Masjid Jamek Pos Tuel |
|
Unload the packages |
|
Seluas mata memandang |
|
Sejauh mata memandang, bukit sempadan |
|
Bersama Imam Muda Masjid Pos Tuel |
|
Padang Bola? bolehla kot :) |
|
Bersama-sama |
|
Jalan Balak (Otw Pulang ke Pos Jeedeep) |
|
Debu yang berterbangan |
Sungai Siput
|
Makanan asasi Orang Asli, Ubi dan Ikan Tengas |
|
Kuliah Subuh |
|
Bersih tiada tercemar :) |
|
Barisan bukit yang memisahkan Perak-Kelantan |
|
Ladang getah yang diusahakan masyarakat OA |
|
Lokasi kejadian terserempak dengan panglima (sekiranya berbau hamis, berarti ia berdekatan dengan kita) |
|
Prospek yang menarik untuk dikembangkan |
|
Projek Tenaga Hibrid untuk Sekolah |
|
Tenaga Hibrid (solar + diesel) |
|
Lapangan sekolah @ lapangan helikopter |
|
Ex SB yang bertugas untuk menjaga komunikasi |
|
Gotong royong menyiapkan juadah berbuka |
|
Gulai ayam bulat |
|
Tazkirah Magrib oleh Ustaz Muhammad Som |
|
Jalan yang telah dibaiki oleh tentera |
|
Jalanan di tebing di awal pagi |
|
Cerun yang sayup-sayup |
Air Terjun Kuala Mu (Air Terjun 7 tingkat)
|
Tongkat Ali dan Raja Kayu |
No comments:
Post a Comment