seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Saturday, August 25, 2012

Trip Belantara ( Ipoh - Gua Musang - Kenyir - Dungun)

Alhamdulilah, pada raya ke5 berkesempatan pulang ke Terengganu setelah dibenarkan keluar wad beberapa hari sebelumnya. Seperti biasa, jalan fevret aku adalah Gua Musang-Kenyir :)

Untuk perjalanan kali ini, ayah aku yang drive memandangkan status kesihatan aku yang belum mengizinkan khasnya masih terdapat lebam dan bengkak di area right fossa cubiti. Almaklomla, tersemat rapi long lane      (Central Venous Line) dan Art Line beserta dua IV Cannular sepanjang aku di ICU. Perjalanan kali ini tak begitu sukar memandangkan kali ini, ayah aku drive Kia Sportage. So, dapatla redah macam tu je. Walaupun tak dapat memandu, aku berperanan sebagai jurupandu arah professional.

Perjalanan bermula di Ipoh sekitar jam 10am. Sebetulnya, pukul 9am da keluar rumah tapi ada beberapa lokasi perhentian sementara antaranya adalah Tanah Perkuburan Islam Gurap dan Tesco Xtra. So, secara rasminya kami berlepas dari Ipoh tepat jam 10.15am. 

Dari Tesco Xtra, perjalanan diteruskan ke Simpang Pulai melalui lebuh raya PLUS. Bayar RM1.80 je pun, tapi kalau ikut jalan bandar ntah berapa lama mahu sampai ke Simpang Pulai. Dah sampai Simpang Pulai, pepandai la keluar susur PLUS tuh. Kalau terus, takkan nak gi KL. Dari Simpang Pulai, perjalanan diteruskan menuju ke Cameron Highland. Waktu yang ditempuh kurang lebih satu jam coz kita tak masuk Cameron Highland pon juz setakat simpang kampung Raja. Dari simpang kampung Raja, kami mengambil jalan terus iaitu ke Gua Musang.

Sepanjang perjalanan ke Gua Musang, banyak Kampung Orang Asli yang kami lewati antara Sangway, Jeedeep, Chekau,Brooke dan banyak lagila.Padahal kat Simpang Pulau pon ade Kampung Orang Asli :) Tapi kali, aku bawak keluarga aku beraya di perkampungan Orang Asli Jeedep. Ini dinamakan transformasi hari raya...hehe...Suatu pengalaman baru buat mereka, kalau aku takdenye pengalaman baru. Duit raya tak bawak coz ayah aku tak standby tapi seperti biasa aku standby berbungkus-bungkus cokelat untuk diagihkan di sana. Di Jeedeep, tak perlu basa basi perkenalkan diri coz deme semua da kenal so direct to the point jela. Apalagi, maka berkerumunlah mereka semua:) Di Jeedeep tak lama, cuma dalam 10 menit dan perjalanan kembali diteruskan. Tapi sesampai di Kampung Jekjok, sekali lagi kami berhenti coz nak beraya kat rumah Ustz Agus, tapi malangnya Ustz Agus lagi ziarah ke kampung lain. So, kami kembali meneruskan perjalanan yang agak membosangkan dan panas, almaklom atas puncak banjaran Titiwangsa. Di kiri kanan, ibarat pemandu pelancong aku satu persatu menerangkan perkampungan Orang Asli yang ada. Ayah dan mak aku cuma kata ooooooo jela...haha...

Di pertengahan perjalanan Cameron Highland-Gua Musang, kami berhenti seketika di R&R Pos Blau untuk recharge gastro. Antara perkara yang best kalo buat trip sekeluarga adalah kerana penuh dengan makanan sepanjang perjalanan, ada sardin roll, kueh raya dan macam-macam..So,untuk makan tengah hari kami sekeluarga menjamu selera dengan nasi putih dan rendang ayam. Rehat di R&R Blau je da dekat sejam. Sekitar jam 1pm, perjalanan diteruskan ke Bandar Gua Musang. Dari R&R Pos Blau ke Gua Musang cuma mengambil masa 30menit.

Sesampai di Bandar Gua Musang, kami sekali lagi berhenti di Masjid Daerah, Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra untuk menunaikan solat jamak zuhur & asar. Dalam menghayati betapa besarnya masjid tersebut, mak dan adik complaint berkenaan fasiliti tempat wudhu dan bilik air wanita yang tak mesra pengunjung. Antara yang dikesalkan adalah, jauhnya kedua-dua kemudahan tersebut dari bagunan utama di samping tiada susur jalan berbumbung berbanding terbalik dengan kemudahan untuk lelaki. Adalah menjadi harapan AJK Masjid mengambil teguran yang dikemukakan sebagai teguran membina. Dikarenakan permasalahan ini, waktu kami di sana tersita kira-kira satu jam. Sekitar jam 2.30pm, baru dapat kami meneruskan kembali perjalanan.

Perjalanan kembali diteruskan dari bandar Gua Musang ke persimpangan Felda Aring. Aliran trafik ke arah Kota Bharu lengang tetapi perjalanan dari arah Kota Bharu ke Gua Musang boleh tahan banyak jugakla. Almaklom, Gua Musang adalah transit bandar bagi pengendara dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Sebelum meneruskan perjalanan masuk di Felda Aring-Kenyir, antara perkara yang harus diperhatikan ulang adalah status petrol kereta. Dah dalam hutan, nak isi kat celah mana? So, kami berhenti seketika di R&R Gua Musang, manusia di sana berlimpah ruah. Sampai nak parking pon takleh, apetah lagi kalo nak bercakap pasal toilet, kena beratur panjang der. Tak buang masa lama dengan kerumunan manusia, kami pon meneruskan kembali perjalanan. Dari bandar Gua Musang ke persimpangan Felda Aring dalam sejamla.

Dah hampir sejam dari bandar Gua Musang, sampailah di persimpangan Felda Aring. Tapi ini persimpangan baru ke Kenyir, jika sebelumnya aku selalu ambil persimpangan Felda Aring berdekatan dengan Shell (kalau tak salah lah :D ). Jalan ini merupakan jalan alternatif dan belum diwartakan lagi, perjalanan 15km pertama memang best coz jalan baru takde lobang ataupun cacat cela yang begitu bermakna. Tapi, sesudah tu jumpalah jalan tak siap lagi dan masih dalam pembinaan, munasabah la belum diwartakan lagi....adoiiiinyer...Nak tak nak, terpaksa ambil susur ke jalan Felda Aring-Kenyir. Bab-bab ni, tak perlu bimbang coz ada Polis Bantuan yang sudi bagi bantuan. Apabila dah masuk kembali jalan Felda Aring yang lama, situasi jalan pon berubah dan perlu lebih berhati-hati. Kalau cerita pasal lobang dan jalan hancur, itu semestinya. Tapi dek kerana bawak 4WD, ayah aku maen redah je. Habis kerete-kereta cikai dia potong. Macam race dalam hutan lak. Tapi bagi pengguna baru, takyah menggatal la nak race dengan jalan sebegitu rupa, bengkel dan towing pon takde sana. Line telefon hilang timbul, so berhemahla yeps. Jalan ni rusak sedemikian rupa kerana muatan berlebih lori-lori kelapa sawit, nak disalahkan mereka takleh jugak coz da terang-terang ditulis bahwa jalan tersebut adalah jalan persendirian alias Jalan Felda, bukan jalan Negeri or Persekutuan. So, korang takyah complaint lebih, jalan dengan hati-hati sudah.

Setelah hampir 45 menit berhempas pulas di Jalan Felda Aring, kami sampai di Highway Belantara (Highway Gua Musang-Kenyir). Jika tahun sebelumnya, jalan ini belum diwartakan lagi. Tapi untuk tahun ini, kelihatan ianya telah diwartakan coz telah di'upload' ke Google Maps. So, bagi pengendara baru confirm takde sesat-sesatnya. Tapi kondisi highway ni janganlah disamakan dengan highway PLUS or LPT yang ada pelbagai kemudahan asas. Highway ini cuma menawarkan pakej hutan simpan dan pemandangan Tasik Kenyir yang luas terbentang selama sejam perjalanan dari perbatasan Gua Musang-Kenyir. Dan selama sejam perjalanan jugakla, korang semua jangan harap ada talian telefon. Di sini,pengedara juga dinasihatkan berhati-hati coz tanah runtuh dan tanah mendap ada di beberapa titik lokasi sepanjang perjalanan. Dikarenakan cuti hari raya, lori balak pon tak kelihatan so takdela bimbang sangat. Kalau tak, merempitla deme dalam hutan ni. Kalau tak salah, aku pernah ukur jarak dari Felda Aring ke persimpangan Kuala Jeneris, Kuala Berang dalam 90km je.

Akhirnya, setelah sejam lebih dari Felda Aring, kami sampai di persimpangan Kuala Jeneris, Kuala Berang. Arah yang dituju semestinya ke selatan, iaitu bandar Kuala Berang yang kira-kira 20km dari persimpangan Kuala Jeneris. Waktu yang ditempuh pon tak lama, cuma 30menit je tu pon bermalas-malasan. Sesampai di bandar Kuala Berang, kami berhenti seketika di Masjid Daerah Kuala Berang. Ayah dan mak aku tak jamak solat rupanya....Alang-alang tu, ayah aku amik kesempatan berehat seketika.

Setelah menyelesaikan urusan duniawi dan ukhrawi, kami kembali meneruskan perjalanan ke Dungun. Sesampainya di Ajil, kami ambil susur masuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Untuk makluman,highway ni pon masih dalam pembinaan tapi segala kemudahan dah disediakan oleh pihak MTD selaku penanggungjawab lebuhraya ini. Dikarenakan masih dalam pembinaan, jarak pon terbatas iaitu dari Ajil ke Bukit Besi sahaja. Selebihnya,jalan kembali ditutup. Tak payah tanya pasal tol, coz benda tak siap lagi macam mana nak caj. Di susur keluar Bukit Besi, nak tak nak kami kena keluarla. Dan perjalanan diteruskan menghala ke bandar Dungun. Jika pengendara ingin ke Kuala Lumpur, di persimpangan susur keluar lebuhraya tadi boleh mengambil simpang ke kanan iaitu melalui Jalan AMBS-Jabur.

Kurang lebih 30menit, iaitu sekitar jam 7.20pm, kami sekeluarga selamat sampai di rumah iaitu di Kampung Sura Jeti Dungun, Alhamduilah.Jika dihitung kembali waktu perjalanan dari Ipoh-Dungun, hampir 9jam waktu dihabiskan dijalanan ditolak waktu rehat selama perjalanan lebih kurang 3jam.  Sebetulnya, ini bukanlah catatan waktu terbaik coz aku pernah buat cuma 4jam setengah dari Ipoh-Dungun. Tapi dah dinamakan perjalanan santai keluarga, so catatan waktu ini masih dapat diterima. :D

So, bagi pengendara baru atau pengendara belantara lainnya, di sini ada sedikit gambar yang dapat dikongsi bersama dan dapatlah kiranya bermanfaat membantu perjalanan anda di Gua Musang-Kenyir.

R&R Pos Blau Gua Musang

Surau
Warung Makan
Tandas, bersih der.
Ruang rehat keluarga
Banjaran Titiwangsa

Bandar Gua Musang-Felda Aring

Gua Musang-KB lengang
KB-Gua Musang, tengok sendiri la.

Felda Aring-Kenyir


Ni jalan alternatif dari  Gua Musang ke Kenyir, sorila lupa
tangkap gambar persimpangan masuk :D
Masih terawat dan terjaga Jalan Felda Aring-Kenyir
Dicatatkan, dari simpang masuk ke Felda Aring ke
Kenyir adalah 102km
Menarik bukan?
Tapi sekitar 15km nanti, nanti terjumpalah jalan masih
 dalam pembinaan..hehe
Susur keluar ke Jalan Felda Aring lama
Kalau da jumpa signboard ni, dah sah korg tak sesatnya.
Kondisi semasa  Jalan Felda Aring
Lubang, lopak dan debu antara peneman di Jalan Felda Aring
Nampak itu dua kereta?habis ayah aku potong
 coz deme xleh laju..haha
Da jumpa simpang ni,  jangan mengatai nak gi kanan,
ambil jalan lurus sesuai signbord KUALA BERANG
Antara jalan yang elok dan comel di Felda Aring
Highway Belantara Kenyir

Mulus dan cun bukan?
Dekat depan, ada sedikit tanah runtuh dan tanah
mendap so kene hati-hatila
Antara simbolik korg da sampai sempadan
 Gua Musang-Hulu Terengganu
Aku paling peveret tempat ni,tapi kalau da
senja lain korg nampak pokok ni :)
Signboard masih ada, jangan risau. Nak ke lepak Gajah pon
 boleh di Sanctuary Sg Ketiar
Kuala Berang
Da keluar highway, jumpa perkampungan
 Baong (kalau tak salah la)
Jangan laju-laju, kawasan kampung
Lurus gi highway LPT yang masih dalam pembinaan,
kiri kanan korg baca jela sendiri

Peta Google Maps
(sedikit sebanyak dapatlah membantu)

KOA Jeedeep Gua Musang
KOA Jekjok
Berdekatan KOA Hendrop

R&R Pos Blau
Persimpangan ke Gua Musang
Masjid Daerah Gua Musang
Berdekatan R&R Gua Musang
Jalan Alternatif Felda Aring-Kenyir
Jalan Alternatif Felda Aring-Kenyir
Belum diwartakan lagi
Jalan Felda Aring-Kenyir
Jalan Alternatif Felda Aring-Kenyir
kembali ke jalan lama Felda Aring-Kenyir
Highway Kenyir
Susur masuk Lebuhraya Pantai Timur - Ajil
LPT
Susur keluar Bukit Besi
Jalan Bukit Besi-Kuala Dungun


8 comments:

  1. Pasal jalan alternatif Felda Aring - Kenyir, kenapa tak ambil jalan yang atas berwarna kuning dlm peta tu (no 1744)? Jalan yang berwarna kuning tu teruk jugak ker ?

    ReplyDelete
  2. oooo....yang kuning tu da biasa sy jalan, ni try jalan baru dieorang buat :)

    ReplyDelete
  3. Jalan alternatif tu mmg siap ada signboard ker or main redah ke ? :-)
    Byk orang citer jalan ni lagi cepat ke terengganu dari ikut lebuhraya timur barat....
    Nak kena cuba gak one day....

    ReplyDelete
  4. jalan alternatif tu da ade signboard kecik2, batu penanda KM pon da ade, tp name jugak under construction, so ade smpi jalan siap la....
    sy da cuba jalan ni byk kali dr Ipoh-Dungun, paling cepat 4jam setengah...tapi kalo jalan relax sambil enjoy pandangan lama sketla, total perjalanan dlm 350km

    ReplyDelete
  5. as salam ismail..ade fb x?senang nk sembg pasal jalan nk pegi ke terengganu..
    sbb saye nk travel naik moto ke sane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...kalau nk tanya blh je ke email dr_matsmile@yahoo.com.my

      Delete
  6. Salam tuan, jika nak ke Kuala Terengganu , ambil simpang ke kuala berang ke??

    ReplyDelete
  7. Kena kursus di Terengganu Minggu Dewan. Tq

    ReplyDelete