Alhamdulilah, kembara ziarah harini ini disempatkan ke perkampungan Orang Asli Dollah,KOA Makmur dan KOA Suluh di Hulu Kinta. Antara tujuan pemergian ke Kg Dollah adalah ingin menyempurnakan amanah sahabat-sahabat yang ingin membantu adik Ahmad Mustakem. Adik Ahmad Mustakem ini merupakan pengidap Thalassemia dan setiap bulan harus mendapatkan tranfus darah di Hospital Permaisuri Bainun. Dengan berbekalkan nasihat, kami juga mengusahakan agar adik Ahmad Mustakem dapat dibantu oleh pihak Unit Kerja Sosial HRPB atau pihak berkuasa lainnya terutama berkenaan dengan biaya pengangkutan bulanan. Kerana sebelum ini difahamkan,beliau bersama ibunya pernah putus rawatan selama setahun.
Manakala program di KOA Suluh adalah sepenuhnya program daripada pihak Hospital. Pihak hospital mengadakan pemeriksaan kesihatan,sukaneka,agihan bantuan serta makan bersama.
Tapi hari ini, kembara alam bermula dengan sahabat dan mentor terbaik saya iaitu En Dasuki atau dikenali sebagai Cikgu Dasuki. Dengan bermodalkan ilmu yang serba sederhana,kami mendatangi dan mengunjungi sahabat-sahabat belantara di KOA Suluh. Antara yang berkesempatan kami kunjungi adalah rumah Pak Alang alias Abd Rani. Dengan hangatnya bersalam,kami memulakan bicara yang disusun dalam bahasa yang beradab. Perilaku ini tak kunjung ubah dari tuan rumah sendiri yang begitu halus menyusun bahasa dan berkiasnya. Dari isu Maybank (harimau), fumakilla (gajah), kayu kayan, bunian, sejarah pengislaman OA, kehebatan OA suku Jahai sebagai penjejak untuk tentera, aliran sungai, sistem barter beras yang dinalkan suku Jahai di Banding, memancing, ular tedung dan banyak lagi. Kebanyakan ilmu yang dikongsi ini tidak didapatkan di dalam ruangan kelas, tapi dari pengalaman sertama kemahiran yang dimiliki. Begitu juga dengan kami, dengan alam sahaja kami telah berguru akan kehebatan kuasaNya,apatah lagi dengan adanya guru.
Begitu juga Rasullah SAW yang begitu menghormati orang yang memberikan ilmu walau hanya secebis. Sabda baginda "sampainkanlah kepadaku walau sepotong ayat". Kisah Rasullah telah mengiyakan bahwa alam boleh menjadi guru terbaik jika kena pada tempatnya.
No comments:
Post a Comment