seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Friday, March 21, 2014

Belajar dan Mengajar

Mengajar bukanlah senang, kerana ianya memerlukan kemahiran dan skill-skill tertentu dalam menyampaikan dan menarik minat murid-murid. Seperti kita maklum, kanak-kanak mudah berasa bosan dengan proses pembelajaran yang mendatar.

Jika dilihat pada dunia pendidikan hari ini,dapat disimpulkan agak hambar berbanding beberapa waktu dahulu. Dahulu, guru-guru mengajar dengan hati nurani tapi hari ini guru mengajar kerana duit. Bukan mempertikaikan niat dalam berbakti, tapi terkadang niat yang mulia itu terbatas dengan kesungguhan.

Dengan niat dan kesungguhan, guru-guru dahulu mampu menyemarakkan api semangat anak-anak murid agar berani punya cita-cita dengan menyandarkan pada asas ilmu yang mencukupi. Kesungguhan yang tidak mengenal erti penat lelah ini dibarengi dengan kobaran semangat anak-anak yang dahagakan ilmu. Hasilnya yang diperolehi juga tidak mengecewakan.

Tapi ada satu norma pembelajaran yang secara tidak sedar kita lupakan iaitu nilai moral. Nilai moral yang ingin diketengahkan ini bukanlah sebatas subjek moral atau agama yang diajarkan di dalam kelas tetapi penghayatannya di dalam kehidupan yang nyata. Dahulu, nilai moral ini dibangunkan secara simbiosis antara pelajar, guru dan ibubapa pelajar sendiri. Perkembangan pelajar diawasi melalui hubungan mereka sesama pelajar, guru atau masyarakat dengan mendapat kerjasama ibu bapa sendiri. Teguran juga dilakukan secara membina mengingat ini adalah proses pembelajaran dan pengajaran. 

Kini, norma itu dikesampingkan dek kerana matlamat yang kian berubah. Ibu bapa melepaskan tanggungjawab 100% untuk mendidik anak kepada guru-guru, manakala guru berfikiran bahwa tanggungjawab utama mendidik tetap dikembalikan kepada ibu bapa, dan tugas mereka hanya membantu. Pelajar mengambil kesempatan di atas kecelaruan dalam proses pendewasaan ini dengan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk belajar. Ibu bapa hanya mementingkan result anak tanpa menilai keperibadian dan moral anak mereka, dan ini amat membimbangkan. Result yang baik bukanlah cerminan keperibadian tapi hanyalah nilai pencapaian akademik, dan jika nilai yang diperolehi adalah sebaliknya maka terkadang akan memburukkan lagi keadaan.

Slogan "Modal Insan" yang diwar-warkan mantan PM, Tun Abdullah jika diperhalusi secara teliti akan menampakkan sisi positifnya iaitu pembangunan modal insan yang berkualiti itu haruslah dibangunkan dari pelbagai aspek baik dari segi akademik, spiritual dan kemasyarakatan.

Buat masa ini, cukuplah kita saling menyalahkan antara satu pihak dengan pihak yang lain tapi bersama-samalah kita mengemblengkan dan mesinergiskan tenaga dan kemahiran kita dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dari semua sudut aspek.

Lihat sahaja masyarakat Jepun, bukanlah negara Islam tapi dek kerana nilai moral yang begitu tinggi akan menampakkan mereka sebagai masyarakat yang berkualiti. Yang nyata, semuanya dikembalikan kepada kita samaada mahu berubah atau tidak kerana kelak kita adalah pewaris yang bakal menggurus anak bangsa, dan proses ini akan berterusan dan berulang-ulang.

p/s : antara filem yang begitu saya minati suatu ketika dahulu adalah "Laskar Pelangi", menceritakan tentang kesungguhan dan semangat pelajar dan guru untuk terus berjaya dengan keterbatasan yang ada. Tontonilah cerita ini, moga ianya memberi manfaat dan tauladan yang boleh kita pelajari









No comments:

Post a Comment