seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Friday, March 21, 2014

#pray for MH370

Malaysia sejak akhir-akhir ini hangat diperkatakan di pentas dunia. Semua kisah ini bermula tatkala sebuah pesawat Malaysia Airline System (MAS) MH370 dengan destinasi Kuala Lumpur-Beijing pada 8 Mac 2014 hilang tanpa dapat dikesan oleh radar.

Banyak teori dan spekulasi dikemukakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dunia tentang kehilangan ini dan tidak terlepas juga media-media antarabangsa yang berpengaruh seperti Reuters, CNN,  dan Wall Street Journal. Yang jelas, ada berita yang positif tapi tidak kurang juga negatif.

Manakala para akademisi dan pakar pula sibuk membicarakan tentang fakta-fakta yang didapatkan. Dan mereka berhujah dengan penuh yakin akan apa yang mereka yakini di setiap temu bual ekslusif. Tapi hasilnya terkadang hampir sama dengan masyrakat yang berspekulasi, tapi yang jelas penjelasan mereka lebih ilmiah.

Kerajaan Malaysia pula berhempas pulas mencari apa yang terjadi disebalik misteri hilangnya MH370. Negara-negara sahabat berganding bahu dalam menyelesaikan kemelut yang melanda. Pelbagai teknologi canggih digunakan dalam pencarian ini hatta negara besar seperti Amerika, Jepun, Perancis, dan Cina.

Jika saya secara peribadi menyentuh lebih dalam tentang isu ini, mungkin juga saya akan berspekulasi dengan teori saya sendiri. Anda juga pasti ada teori tersendiri kan? Tapi saya tidak ingin mengulas lebih mendalam akan hal ini kerana biarlah pihak yang bertanggungjawab menguruskannya.

Sebetulnya, saya cuma ingin mengajak kita semua berfikir sejenak tentang apa hikmah di balik ini. Dari awal terjadi misteri kehilangan pesawat MH370, kita saling menyalahkan antara satu sama lain. Kita lupa akan akan satu hal, iaitu semuanya adalah ketentuan Allah. Tapi apabila Kapten Norudin ditemubual ekslusif oleh pihak TV3, pernyataan beliau sungguh mencengangkan ramai orang. Jika ditinjau latar belakangnya, beliau bukanlah calang-calang orang kerana beliau adalah merupakan bekas ketua pilot MAS dan sekarang adalah merupakan pilot peribadi kepada PM Malaysia. Dan apa yang lebih menarik adalah, beliau tengah melakukan tabligh 40 hari semasa TV3 memanggil beliau untuk diwawancara. Jawapan beliau padat dan ringkas. Anda mahu tahu? boleh lihat di link youtube di bawah....


HILANG!!!!!!!!!!!!

Kita punyai iman, bahkan salah satu daripada Rukun Iman  adalah percaya kepada Qada' dan Qadar. Adakah kita masih menafikannya?

Ramai orang sibuk mengatakan bahwa apabila sains berakhir, maka bermulalah kuasa Allah. Jawaban ini salah sama sekali bahkan cenderung mengelirukan kepada pemahaman umum. Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui serta Dialah sebaik-baik perancang. Allah telah mengaturkan segala-galanya apa yang ada di langit, di bumi serta apa yang ada di kedua-duanya kerana Dialah yang menciptakan alam semesta ini. Hatta kejadian manusia sendiri telah dinyatakan di dalam Al Quraan sebelum kita mengenali apa itu sains. Proses kejadian itu telah dirincikan dengan sebaik-baiknya. Bahkan di dalam tafsiran surah Yaasin Allah berfirman "kun faayakun" ; jadilah, maka jadilah.. Allah Maha berkehendak dengan apa yang Dia hajati tapi kita hamba selalu menafikan tentang kekuasaaan ini dengan terus-menerus mengabaikan titah perintahnya.

Di dalam tafsiran surah Al Fatihah juga Allah berfirman "Iyaakana'budu waaiyakanastaa'in" ; hanya kepada Mu aku sembah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.

Bahkan kini, banyak ilmuan barat telah kembali kepada fitrah Islam lantaran mengetahui rahsia alam yang mereka pelajari melalui sains ternyata selaras dengan firman-friman Allah di dalam Al Quraan. Kita yang sedia ada membesar dengan nama Islam, pernahkah mengambil kesempatan ini untuk berfikir?

Firman Allah di dalam surah Az zukruf yang biasa kita baca sebagai doa perjalanan telah membukti kekuasaanNya..




Allah tidak akan menduga hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Begitu juga kisah MH370 ini, kisah yang menyentuh banyak hati. Tapi kita punya Allah, jangan pernah berputus harap pada pegangan Allah.

Sebelum ini, kita telah banyak disajikan dengan pandangan-pandangan pakar tapi yang jelas, keupayaan mereka terbatas hatta dengan teknologi canggih sekalipun. Ulama dan ustaz kini mengambil tempat, berharap kita yang beragama Islam kembali kepadaNya. Memohon petunjuk dan merayu kepadaNya agar dipermudahkan dalam setiap usaha terkait MH370.



Ya Allah,

jika di laut, TIMBULKANLAH

jika di langit, TURUNKANLAH

jika di darat, TUNJUKKANLAH

ameeen




No comments:

Post a Comment