Kasih dan sayangnya ibu bapa terhadap anak-anak adalah perkara yang benar-benar menyentuh hati. Pengorbanan yang tidak ternilai mereka dalam membesarkan anak tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Kasihnya ibu bapa membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran agar menjadi orang yang berguna dan beriman.
Kali ini, terpanggil rasanya untuk mengupas cerita "Janji Syurga". Lakonan mantap Eman Manan dan Norlia Ghani di Astro Oasis begitu menyentuh perasaan (walaupun cerita ini da berulang kali da ditayangkan oleh pihak Astro, tapi moral cerita ini harus diperhatikan)
Kisah ini berawal dengan seorang anak yang bernama Andak (Eman Manan) yang tinggal bersama ibunya mak Anjang (Norlia Ghani) di kampung. Andak di usia mudanya menyampaikan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama Siti Norkiah kepada ibunya, tetapi hasrat itu dibatalkan sahaja di kemudian hari lantaran memikirkan kebajikan ibunya. Siapa yang akan menjaga ibunya?Makan minum ibunya.... Andak menghabiskan sisa usianya menjaga ibunya yang sakit. Diuruskan segala makan minum, kebersihan, serta kesihatan ibunya tanpa ada mengeluh.
Mencari nafkah sebagai pesawah tidak melunturkan tanggunjawabnya sebagai anak. Makan minum ibunya diuruskan sebelum keluar bekerja.
Jalan cerita "Janji Syurga" yang emosional dikuatkan lagi dengan sentimen keagamaan yang begitu kuat. Menceritakan tanggungawab seorang anak dalam sudut pandang Islam. Bahkan, Islam menyuruh ummatnya berbuat baik kepada kedua orang tua. Allah juga berfirman maksudnya," dan janganlah sesekali akmu berkata uhh kepada orang tua kamu'.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku dan dosa-dosa kedua ibubapaku, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku sewaktu kecil"

assalamualaikum bro, ada tak link or video drama ne, puas saya cari tapi tak jumpa
ReplyDeleteassalamualaikum tuan..saya nak mintak tolong tuan ssekiranye ade link yg bole sy tonton cerita nie..terima kasih tuan
ReplyDeleteAssalamualaikum.. ceritanya mmg terbaik... Blh sy tahu ape tajuk Lagu tu.. 😓
ReplyDeletePerjalanan Ke Syurga-Jay Jay
ReplyDelete