"I want to help you vs I want to work with you"
Sewaktu menghadiri Post APACH conference tempohari, berkesempatan berbual dengan salah seorang daripada ahli panel tersebut iaitu Prof Dr Alberto Gomes, Pengarah Pusat Budaya, La Troube Universiti Australia. Beliau menceritakan pengalaman beliau sepanjang bersama masyarakat Orang Asli suku Semai, Perak sewaktu menjalankan penyelidikan di akhir 80an dan awal 90an.
Beliau menegaskan bahwa terdapat perbedaan yang jelas antara ' I want to help you dan I want to work with you'. Perbedaan ini harus dipahami dengan jelas bagi memastikan matlamat yang digariskan dapat tercapai dengan baik.
Penggunaan kata yang jelas sewaktu bersama masyarakat Orang Asli adalah penting. Tatkala kita menggunakan 'I want to help you', mereka berfikir yang kehadiran kita adalah 100% peratus untuk menolong dan mereka tidak akan memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi.
Bahkan ahli panel yang lain iaitu Dato Dr Abdul Razak juga menegaskan bahwa masyarakat Orang Asli memahami istilah 'I want to help you' dalam konteks yang lain. Sebagai contoh, dalam projek pembukaan ladang getah atau kelapa sawit. Dari membuka tapak,semaian, baja dan mengutip hasil dilakukan oleh pihak yang mengatakan 'I want to help you' dan tiada dari masyarakat sendiri. Lanjut beliau, sewaktu rombongan pihak Lembaga Getah Malaysia berhasrat memperkasa ekonomi masyarakat Orang Asli dengan rancangan penanaman getah, projek itu terbengkalai di pertengahan jalan. Usaha membuka ladang dan penyerahan anak benih getah sudah dilakukan tapi Orang Asli tidak menanamnya. Kata mereka, kamu sudah membuka tapak projek dan kamu jugala yang harus menanam,membaja dan mengutip hasilnya. Alhasil, anak benih getah mati kekeringan dan tapak projek ditumbuhi semak samun.
Tapi apabila kita datang dengan ' I want to work with you', pemahaman mereka lebih jelas. Komitmen dan kerjasama yang diberikan juga betul-betul memuaskan. Sebagai hasil, kita mendapat kepercayaan daripada mereka seperti mana kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk sama-sama berkerja dalam satu kumpulan. Atas dasar saling menghormati dan saling menghargai, objektif yang digariskan akan tercapai.
Konsep ini bukan hanya dapat dipraktikkan dalam bidang pembangunan sosioekonomi sahaja, tapi mampu diterapkan dalam pelbagai bidang terutama pendidikan dan kesihatan di kalangan masyarakat Orang Asli khasnya dan masyarakat umum amnya.
Prof Alberto Gomes & Prof Awang |
No comments:
Post a Comment