seLamaT daTanG

sebuah cerita untuk diceritakan

Friday, March 21, 2014

Belajar dan Mengajar

Mengajar bukanlah senang, kerana ianya memerlukan kemahiran dan skill-skill tertentu dalam menyampaikan dan menarik minat murid-murid. Seperti kita maklum, kanak-kanak mudah berasa bosan dengan proses pembelajaran yang mendatar.

Jika dilihat pada dunia pendidikan hari ini,dapat disimpulkan agak hambar berbanding beberapa waktu dahulu. Dahulu, guru-guru mengajar dengan hati nurani tapi hari ini guru mengajar kerana duit. Bukan mempertikaikan niat dalam berbakti, tapi terkadang niat yang mulia itu terbatas dengan kesungguhan.

Dengan niat dan kesungguhan, guru-guru dahulu mampu menyemarakkan api semangat anak-anak murid agar berani punya cita-cita dengan menyandarkan pada asas ilmu yang mencukupi. Kesungguhan yang tidak mengenal erti penat lelah ini dibarengi dengan kobaran semangat anak-anak yang dahagakan ilmu. Hasilnya yang diperolehi juga tidak mengecewakan.

Tapi ada satu norma pembelajaran yang secara tidak sedar kita lupakan iaitu nilai moral. Nilai moral yang ingin diketengahkan ini bukanlah sebatas subjek moral atau agama yang diajarkan di dalam kelas tetapi penghayatannya di dalam kehidupan yang nyata. Dahulu, nilai moral ini dibangunkan secara simbiosis antara pelajar, guru dan ibubapa pelajar sendiri. Perkembangan pelajar diawasi melalui hubungan mereka sesama pelajar, guru atau masyarakat dengan mendapat kerjasama ibu bapa sendiri. Teguran juga dilakukan secara membina mengingat ini adalah proses pembelajaran dan pengajaran. 

Kini, norma itu dikesampingkan dek kerana matlamat yang kian berubah. Ibu bapa melepaskan tanggungjawab 100% untuk mendidik anak kepada guru-guru, manakala guru berfikiran bahwa tanggungjawab utama mendidik tetap dikembalikan kepada ibu bapa, dan tugas mereka hanya membantu. Pelajar mengambil kesempatan di atas kecelaruan dalam proses pendewasaan ini dengan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk belajar. Ibu bapa hanya mementingkan result anak tanpa menilai keperibadian dan moral anak mereka, dan ini amat membimbangkan. Result yang baik bukanlah cerminan keperibadian tapi hanyalah nilai pencapaian akademik, dan jika nilai yang diperolehi adalah sebaliknya maka terkadang akan memburukkan lagi keadaan.

Slogan "Modal Insan" yang diwar-warkan mantan PM, Tun Abdullah jika diperhalusi secara teliti akan menampakkan sisi positifnya iaitu pembangunan modal insan yang berkualiti itu haruslah dibangunkan dari pelbagai aspek baik dari segi akademik, spiritual dan kemasyarakatan.

Buat masa ini, cukuplah kita saling menyalahkan antara satu pihak dengan pihak yang lain tapi bersama-samalah kita mengemblengkan dan mesinergiskan tenaga dan kemahiran kita dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dari semua sudut aspek.

Lihat sahaja masyarakat Jepun, bukanlah negara Islam tapi dek kerana nilai moral yang begitu tinggi akan menampakkan mereka sebagai masyarakat yang berkualiti. Yang nyata, semuanya dikembalikan kepada kita samaada mahu berubah atau tidak kerana kelak kita adalah pewaris yang bakal menggurus anak bangsa, dan proses ini akan berterusan dan berulang-ulang.

p/s : antara filem yang begitu saya minati suatu ketika dahulu adalah "Laskar Pelangi", menceritakan tentang kesungguhan dan semangat pelajar dan guru untuk terus berjaya dengan keterbatasan yang ada. Tontonilah cerita ini, moga ianya memberi manfaat dan tauladan yang boleh kita pelajari









#pray for MH370

Malaysia sejak akhir-akhir ini hangat diperkatakan di pentas dunia. Semua kisah ini bermula tatkala sebuah pesawat Malaysia Airline System (MAS) MH370 dengan destinasi Kuala Lumpur-Beijing pada 8 Mac 2014 hilang tanpa dapat dikesan oleh radar.

Banyak teori dan spekulasi dikemukakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dunia tentang kehilangan ini dan tidak terlepas juga media-media antarabangsa yang berpengaruh seperti Reuters, CNN,  dan Wall Street Journal. Yang jelas, ada berita yang positif tapi tidak kurang juga negatif.

Manakala para akademisi dan pakar pula sibuk membicarakan tentang fakta-fakta yang didapatkan. Dan mereka berhujah dengan penuh yakin akan apa yang mereka yakini di setiap temu bual ekslusif. Tapi hasilnya terkadang hampir sama dengan masyrakat yang berspekulasi, tapi yang jelas penjelasan mereka lebih ilmiah.

Kerajaan Malaysia pula berhempas pulas mencari apa yang terjadi disebalik misteri hilangnya MH370. Negara-negara sahabat berganding bahu dalam menyelesaikan kemelut yang melanda. Pelbagai teknologi canggih digunakan dalam pencarian ini hatta negara besar seperti Amerika, Jepun, Perancis, dan Cina.

Jika saya secara peribadi menyentuh lebih dalam tentang isu ini, mungkin juga saya akan berspekulasi dengan teori saya sendiri. Anda juga pasti ada teori tersendiri kan? Tapi saya tidak ingin mengulas lebih mendalam akan hal ini kerana biarlah pihak yang bertanggungjawab menguruskannya.

Sebetulnya, saya cuma ingin mengajak kita semua berfikir sejenak tentang apa hikmah di balik ini. Dari awal terjadi misteri kehilangan pesawat MH370, kita saling menyalahkan antara satu sama lain. Kita lupa akan akan satu hal, iaitu semuanya adalah ketentuan Allah. Tapi apabila Kapten Norudin ditemubual ekslusif oleh pihak TV3, pernyataan beliau sungguh mencengangkan ramai orang. Jika ditinjau latar belakangnya, beliau bukanlah calang-calang orang kerana beliau adalah merupakan bekas ketua pilot MAS dan sekarang adalah merupakan pilot peribadi kepada PM Malaysia. Dan apa yang lebih menarik adalah, beliau tengah melakukan tabligh 40 hari semasa TV3 memanggil beliau untuk diwawancara. Jawapan beliau padat dan ringkas. Anda mahu tahu? boleh lihat di link youtube di bawah....


HILANG!!!!!!!!!!!!

Kita punyai iman, bahkan salah satu daripada Rukun Iman  adalah percaya kepada Qada' dan Qadar. Adakah kita masih menafikannya?

Ramai orang sibuk mengatakan bahwa apabila sains berakhir, maka bermulalah kuasa Allah. Jawaban ini salah sama sekali bahkan cenderung mengelirukan kepada pemahaman umum. Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui serta Dialah sebaik-baik perancang. Allah telah mengaturkan segala-galanya apa yang ada di langit, di bumi serta apa yang ada di kedua-duanya kerana Dialah yang menciptakan alam semesta ini. Hatta kejadian manusia sendiri telah dinyatakan di dalam Al Quraan sebelum kita mengenali apa itu sains. Proses kejadian itu telah dirincikan dengan sebaik-baiknya. Bahkan di dalam tafsiran surah Yaasin Allah berfirman "kun faayakun" ; jadilah, maka jadilah.. Allah Maha berkehendak dengan apa yang Dia hajati tapi kita hamba selalu menafikan tentang kekuasaaan ini dengan terus-menerus mengabaikan titah perintahnya.

Di dalam tafsiran surah Al Fatihah juga Allah berfirman "Iyaakana'budu waaiyakanastaa'in" ; hanya kepada Mu aku sembah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.

Bahkan kini, banyak ilmuan barat telah kembali kepada fitrah Islam lantaran mengetahui rahsia alam yang mereka pelajari melalui sains ternyata selaras dengan firman-friman Allah di dalam Al Quraan. Kita yang sedia ada membesar dengan nama Islam, pernahkah mengambil kesempatan ini untuk berfikir?

Firman Allah di dalam surah Az zukruf yang biasa kita baca sebagai doa perjalanan telah membukti kekuasaanNya..




Allah tidak akan menduga hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Begitu juga kisah MH370 ini, kisah yang menyentuh banyak hati. Tapi kita punya Allah, jangan pernah berputus harap pada pegangan Allah.

Sebelum ini, kita telah banyak disajikan dengan pandangan-pandangan pakar tapi yang jelas, keupayaan mereka terbatas hatta dengan teknologi canggih sekalipun. Ulama dan ustaz kini mengambil tempat, berharap kita yang beragama Islam kembali kepadaNya. Memohon petunjuk dan merayu kepadaNya agar dipermudahkan dalam setiap usaha terkait MH370.



Ya Allah,

jika di laut, TIMBULKANLAH

jika di langit, TURUNKANLAH

jika di darat, TUNJUKKANLAH

ameeen




Monday, March 17, 2014

Janji Syurga

Kasih dan sayangnya ibu bapa terhadap anak-anak adalah perkara yang benar-benar menyentuh hati. Pengorbanan yang tidak ternilai mereka dalam membesarkan anak tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Kasihnya ibu bapa membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran agar menjadi orang yang berguna dan beriman.

Kali ini, terpanggil rasanya untuk mengupas cerita "Janji Syurga". Lakonan mantap Eman Manan dan Norlia Ghani di Astro Oasis begitu menyentuh perasaan (walaupun cerita ini da berulang kali da ditayangkan oleh pihak Astro, tapi moral cerita ini harus diperhatikan)

Kisah ini berawal dengan seorang anak yang bernama Andak (Eman Manan) yang tinggal bersama ibunya mak Anjang (Norlia Ghani) di kampung.  Andak di usia mudanya menyampaikan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama Siti Norkiah kepada ibunya, tetapi hasrat itu dibatalkan sahaja di kemudian hari lantaran memikirkan kebajikan ibunya. Siapa yang akan menjaga ibunya?Makan minum ibunya.... Andak menghabiskan sisa usianya menjaga ibunya yang sakit. Diuruskan segala makan minum, kebersihan, serta kesihatan ibunya tanpa ada mengeluh.

Mencari nafkah sebagai pesawah tidak melunturkan tanggunjawabnya sebagai anak. Makan minum ibunya diuruskan sebelum keluar bekerja.

Jalan cerita "Janji Syurga" yang emosional dikuatkan lagi dengan sentimen keagamaan yang begitu kuat. Menceritakan tanggungawab seorang anak dalam sudut pandang Islam. Bahkan, Islam menyuruh ummatnya berbuat baik kepada kedua orang tua. Allah juga berfirman maksudnya," dan janganlah sesekali akmu berkata uhh kepada orang tua kamu'.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku dan dosa-dosa kedua ibubapaku, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku sewaktu kecil"







Saturday, January 18, 2014

Ibu

Mimbar Pencetus Ummah musim pertama telah melabuhkan tirai secara rasminya, dengan menyaksikan PU Hafidz muncul sebagai juara. Kepetahan beliau berhujah dan berpidato, di samping huraian yang begitu rinci mampu menarik perhatian juri-juri profesional. Bukan hanya kepetahan beliau dalam berbicara, tapi pembawaan emosi yang betul betul mampu mengugah hati-hati yang mendengarnya. Tahniah untuk PU Hafidz.

Tapi kali ini saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah yang berjudul 'Ibu'. Tiada yang menyangka, Dr Ridhuan Tee Abdullah menjadi peserta bidang terjun dan dikehendaki menyampaikan tazkirah kepada umum. Tazkirah singkat ini mungkin dilihat biasa-biasa sahaja, tapi kisah dibalik ini telah mampu menyentuh banyak hati hingga meneteskan air mata termasuk AF Dato' Hassan Al Hafiz dan AF Ustz Kazim Elias Al Hafiz.

Biarpun berlainan agama, kasih seorang anak terhadap ibu tidak pernah putus apatah lagi Islam mengajarkan ummatnya agar senantiasa berbakti kepada kedua orang tua. Begitu indahnya Islam mendidik ummatnya.

Jom kita sama-sama hayati tazkirah yang disampaikan oleh beliau ;


Tuesday, January 7, 2014

Diam Membisu

Tahun 2014 sudah beberapa hari lalu menjengah tiba, tapi blog daku masih diam membisu...hehe..Almaklum akhir-akhir ini disibukkan dengan sifat malas yang menggunung untuk update info atau cerita terbaru. Idea untuk menulis itu ada, tapi biasela apabila malas menguasai diri, jadi tetap zero....dengan datangnya tahun 2014, maka berlalu sudah 2013 yang tidak akan kembali lagi. Kenangan manis, pahit, masam dan tawar sudah sebati menemani hari-hari kita. Bahkan hari yang berlalu disifatkan oleh Imam Syafie sebab kerugian terbesar kita. Sebab apa? Sebab kita tidak mampu menggantinya kembali....

Hajat dihati masih ingin menulis, tapi mata berkata lain...mungkin sudah masanya untuk tidur. Assalamualaikum dan salam 2014.

Thursday, September 12, 2013

Belajar fitur Panorama

Anda tahu itu apa panaroma? Kalau dari segi bahasa semua orang mungkin tahu bahkan lebih arif dalam mendefinisikan makna ini. Tapi panaroma ini lebih terkait setting atau fitur pada kamera smartphone. Bahkan di DSLR pon ada, tai dikarenakan kejahilan dan kurang cakna, tak pernah pon nak ambil tahu.Haahaa....Sebenarnya, fitur ni secara tak sengaja belajar dengan adik aku. Almaklom, dia nak upgrade dari samsung S2 ke Iphone4s, pastu dia ajarla abang dia yang ntah apa-apa ntah ni. Maka aku pon bergurula dengan dia tapi tu bab mukadimah jela, selebihnya belajar sendiri jela...

Ternyata, fitur panaroma ni best guna kalau anda betul-betul pandai ambil angle and moment dia. Macam aku ni, aku ada DSLR dan kepakaran aku adalah natural picture or candid, so aku kurang perhatikan la bab-bab fittur panorama nih. Tapi ibarat orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta..Apabila da berkenalan, maka aku ambil keputusan untuk bercinta dengan fitur panoroma. Setiap moment aku nak buat panorama. Tapi xdela guna DSLR, sebab malas. So guna ajela hp cikau aku nih, Galaxy Note...Dan dikarenakan itu, bermulalah pengembaraan aku dengan fitur panoroma :)

muara Sungai Dungun 7am
Pantai Bandar Dungun

Tasik Kenyir dan lebuhraya belantara :)




Bisnes Kueh Raya

Hummm......raya da lepas lama da, tapi baru nk update pasal kueh raya...Almaklom, mood nak menulis jarang sampai :) Nak dijadikan cerita, alhamdlilah ramadhan kali ini memberi berkah seribu makna buat aku. Jika ramadhan tahun lepas penuh dengan duka, ramadhan kali ini diselimuti suka dan gembira. Jika kita perhatikan secara saksama, 9/10 dari rezeki datang dari perniagaan ada benarnya bahkan ia telah terbukti oleh ramai orang. Ramdhan kali ini bertepatan dengan cuti semester, 2-3 bulan jugakla bercuti. So, bagi memaknai cuti ini agar lebih bermakna dan berfaedah, usaha pertama adalah dengan melakukan penjajakan atau survei pasaran terleih dahulu. Ini penting untuk memastikan keefektifan apa yang kita lakukan......hahaha...

Dipendekkan cerita, bisnes kueh raya dimulakan dengan penasihat dan sifunya adalah emak aku. Dan ibu pejabat operasinya adalah di Ipoh manakala pasarannya di Terengganu. Aneh bukan?Tapi itu lah hakikatnya..Emak aku datang dari Terengganu dan berkampung di Ipoh sebelum puasa lagi, bagi meraikan aku nak ujian. Dah habis exam baru operasi ini semua dijalankan,alhamdulilah lulus exam...
Emak aku ni pandai buat kueh mueh, tapi malas nak buat sebab takde mood. Sama je dengan anak dia..haha..Tapi sebenarnya, sebab takde sape kat umah tu yang mood nak memasak or buat kueh tak berapa nak datang. Adik beradik aku cuma dua, aku ade adik and adik aku ada abang...hehe

Bisnes ni bermula sebab ada permintaan dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bandar Dungun, mereka ingin mengagihkan kepada pelajar-pelajar OKU di sana sempena Hari Raya...Alhamdulilah, pesanan dalam 5000biji...Dan disertakan juga pesanan daripada pihak SATU (Syarikat Ayor Terengganu), ade la dalam 9000 biji..Lepas tu ada pesanan lain dalam 3000biji.Kesemua pesanan ni meliputi 3 jenis kueh jah..Ada almond chocolate, famous amous chocolate dan biskut lada...

So, dapur rumah aku di Ipoh da macam kilang biskut da...Lepas sahur, operasi dimulakan hinggalah petang. Kadang-kadang sampai malam, almaklom tenggat waktu sempit. Teraweh banyak disempatkan di rumah sahaja, bukan bermakna tak meraikan kedatangan ramadhan almubarak di masjid. Setelah sibuk mengadun, menguli, mengayak, menekap dan membakar, sampailah waktu untuk membungkus. Bayangkan, ada lebih 15000 biji yang harus dipacking ke dalam lebih kurang 500 bekas kueh..Lepas itu, nak dihantar ke Terengganu. Ada 9 kotak besar semuanya...Untung ada jiran sebelah rumah ada lori dan bisnes buat biskut gak, dan kebetulan nak ke Terengganu. So, apa lagi mintak tolongla...haha
Takpayah cerita banyak, kita tengok gambar kat bawah jah.. Pasal untung, alhamdulilah bolehlah buat tersenyum :)